Tuesday, November 29, 2011

Claim Insurans Motorsikal Langgar Kereta


Pertanyaan yang diajukan...
naza
: salam..saya baru mengalami accdent.motor laju keluar simpang tanpa berhenti..dan melanggar kereta saya..moto da disabit kan salah..tetapi bengkel kata
naza : walaupun moto salah..saya kena cover kerosakan kereta saya menggunakan insurance
saya..

Jawapan Kami...
Terima kasih bertanya ... Maaf agak lewat membalas...
Saya bukan agen insuran tapi saya, Saya nak bantu jawab pun tak berani nak cakap... cuma apa yang saya nak katakan kat sini macam kat bawah ni...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Macam Mana Claim Insurans
Motorsikal Langgar Kereta Atau Kereta Langgar Motorsikal

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jika Motorsikal yang langgar kereta, walaupun dalam kes diatas motorsikal yang salah. Nilai insurans motosikal rendah dan jumlah sikit sangat, walaupun motorsikal itu first party insurans cover. Dalam kes ni, Selalunya syarikat insurans tidak mahu bayar.. Atau insurans motorsikal tak mampu untuk tanggung baiki kereta tersebut. Terutama bila damage nya banyak dan jumlahnya sampai ribu-ribu ... Lagi malang nasib kita kalau Motosikal yang melanggar kereta tu memang tak ada insurance dan road tax. So macam mana nak claim insurans tersebut?
_______________________________
First kena fahamkan dulu..
Bab insurans motorsikal, lain sedikit dari insurans kereta.

_______________________________
A) Kalau insurans kereta
Kalau insurans kereta, ada knock for knock. Orang langgar kita, kita repair, First claim dengan insurans sendiri, lepas tu pihak insurans kita akan claim pula dari Insurans pesalah. Jadi NCD kereta kita tidak terjejas. Contohnya Kereta langgar kereta



Maksudnya disini, dalam Kes kereta kita kena langgar, insurans pelanggar tu yang akan bayar kita. Dan bukannya tolak dari insurans kita. Tengok siapa punya salah? Maka insurans dia akan bayar.

1) Cuma kalau buat insurans 1st party ni insurans kita akan bayarkan dahulu,
pastu dia akan claim dengan insurans orang yang salah tu..

2) Sekarang ni kebanyakkan insurans dah tak nak terima untuk buat 3rd party cover kecuali kita terus buat renewal dengan insurans sebelumnya. Tidak digalakkan ambil 3rd Party Insure sebab jika berlaku kemalangan kenderaan kamu kira “burn” kena keluar duit sendiri repair..
3rd party hanya cover kerosakan orang yang kena musibah. Lagi pun jika masih berdegil juga hendak 3rd party coverage mesti lakukan Inspection di Puspakom. Pihak Puspakom ada keluarkan satu repot barulah pihak insurans bersedia dan sudi untuk beri perlindungan.
_______________________________
B) Kalau insurans Motorsikal
Insurans motorsikal pula lain sikit, tiada knock for knock. Maksudnya disini "Orang langgar atau kita yang melanggar, tak boleh claim dari pesalah "



1) Sekiranya insurans 1st party, boleh lah hantar bengkel panel yang boleh buat claim insurans. Selalunya anda akan berjumpa dengan adjuster untuk confirmkan harga repair dan barang apa yang perlu direpair atau dibolehkan repair. Duit Claim insurans akan terus pergi ke bengkel panel yang buat repair.

2) Sekiranya menggunakan 3rd party, anda perlu keluar duit sendiri dahulu, bila sudah siap repair motorsikal, barulah kita boleh claim insurans. 3rd party juga membenarkan anda claim dari insurans pesalah, tetapi pihak insurans boleh menolak claim sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan..
_______________________________
Kes Motorsikal Langar Kereta Atau Kereta Langgar Motorsikal
_______________________________
Back to the point, tentang pertanyaan saudara naza.. Selalu dengar .. kalau si bawak motorsikal tu yang salah..dia akan kena saman RM300 sahaja sebab kesalahan mengakibatkan kemalangan. Tetapi kereta yang rosak tak boleh claim pada motorsikal tersebut..



Kalau kita tengok ayat pada insurans motorsikal tu sepertimana macam kat atas tu .
“Orang langgar atau kita yang melanggar, tak boleh claim dari pesalah “ .

Maksudnya disini kalau melibatkan motorsikal (motorsikal langar kereta atau kereta langgar motorsikal ) insurans kereta lah yang kena tanggung.. Jadi pemilik Kereta akan di sarankan oleh pihak bengkel dan insurans Claim gunakan insurans sendiri untuk membaiki kereta sendiri. Tetapi kita kena pastikan Insurans kereta kita tidak akan kehilangan NCB sebab kita tak bersalah ( Motorsikal langar kereta) .. Tetapi sebaliknya jika pemandu kereta yang pulak yang salah ( kereta langgar motorsikal ) maka NCD kereta kita tidak terjejas... Ini kalau tak silap saya lah ... kalau salah tolong betulkan sebab saya pun tak berapa tau pun..



Tetapi kalau kita rasa ianya tak adil bagi kita.. Kalau kita rasa berani nak lawan bolehlah Fight kes tersebut dalam mahkamah.
1) kena lapor polis tentang kemalangan
2) Segera maklumkan kepada pihak insurans (notified sahaja)
3) Boleh ambil jalan penyelesaian Settle of court
4)Polis akan buat investigation.. dan kita akan dapatkan peguam masuk dalam court.. Lepas tu Hakim yang akan putuskan macam mana lepas tu..
5) atau Anda boleh menggunakan khidmat peguam untuk berurusan terus dengan pihak Insurance.. Selalunya peguam akan buat surat untuk menuntut jumlah claim membaik pulih kenderaan tersebut kepada pesalah dan insurans pihak tersebut . tapi nanti tolak caj peguam 20%

Kalau rasanya agak susah sangat ..
Cuba dapatkan khidmat nasihat Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau rujuk ketetapan BNM pada pihak Insurans.. Mungkin diorang boleh membantu mencari jalan terbaik mengenai masalah tersebut..
_______________________________
Perhatian pada semua...
So kita kena hati-hati sikit takut Motorsikal langgar kereta kita .... Kita juga yang susah... Walaupun sama- sama bayar insurans dan road tax... Motorsikal tak kena bayar tapi insurans kereta sendiri yang keluar...
Kes ni memang nampak macam berat sebelah.. Hakikat sebenar itu yang terjadi pada insurans kenderaan kat Malaysia ni....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Thursday, November 24, 2011

Air Balang Kenduri Kahwin Resepi Air ABC Rock


Semenjak ni kami agak sibuk sikit .. Musim orang cuti sekolah .. time tu lah musim orang kahwin... Sebenarnya kami agak kesibukan dengan side income bisnes kami "Perkhidmatan katering air balang ".. Syukur Alhamdulillah dalam masa terdekat ni banyak tempahan membuat air balang khususnya untuk kenduri perkahwinan..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kahwin ....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok Antara lokasi sebuah Majlis Perkahwinan yang kami dapat tempahan dekat Dewan Jubli Intan Pontian baru-baru ni...

Ni tengah sebuk sikit bancuh air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin.. kesemuanya 10 jenis air minuman telah tersedia..


Ok kami selit untuk selingan Promosi Tersebut...


Bila dah siap bancuh tu.. Tibalah masa melayan tetamu ... Seronok bila kita tengok ade ramai tetamu serbu tempat air ni reramai oder air yang diorang nak...

Biasa lah kalau kanak-kanak kecil pasti teruja nak merasa... Selalu yang bebudak kecil ni nak minum air Milo ais ajerr..


Hah .. Ni masa tetamu datang memang kena serbu dan berbaris tetamu nak ambik air... perrgghh tak terlayan beb...


Masih sibuk melayan kerenah tetamu.. Yang tak putus-putus minta macam-macam... Kan banyak pilihan ... Tinggal pilih nak air yang mana...


kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... Yang pasti ramai yang kata semua sedap belaka tau...


Tak putus-putus tetamu yang menikmati air dalam balang ... larissss-larissss... Sebabnya mungkin ianya satu tarikan dan tetamu boleh menikmati apa sahaja air yang di sediakan..


Boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...


Apa yang kami harap perkhidmatan kami memenuhi kehendak tuan rumah dan para tetamu.... moga anda semua berpuas hati.... terima kasihhh pada tuan rumah yeee...

Kami Ucapkan Selamat Pengantin Baru pada kedua mempelai tersebut...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air ABC Rock
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air ABC Rock ( Air Batu Campur ) antara air paling laris sekali masa majlis tersebut... Rasa nya tak susah kalau nak buat sendiri tapi agak banyak sikit ingredient. Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...




BAHAN-BAHAN
( Hanya untuk 2 cawan)
Ketulan ais atau ais kisar
1 sudu halwa kundur
1 sudu halwa buah pala atau buah kabung
2 sudu air gula Melaka
2 sudu Ibu Sirap
2 sudu susu sejat
1 sudu jagung atau cendol
1 sudu sagu masak atau biji selasih
2 sudu kacang merah atau sudu kismis2 sudu kacang kisar20gm cincau
2 skop aiskrim vanila
Cara Membuatnya
campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas atau cawan. Masukkan ais yang telah dikisar ke dalam cawan. Kalau tak ada selalunya saya pakai ais cube jenis hancur ajerr.. Senang sikit… last sekali klu nak letak aiskrim vanila lagi sedap..Sedia untuk dinikmati

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Wednesday, November 23, 2011

Teknik Penyaduran Chrome Electro Plating Kereta


Pertanyaan yang diajukan..
zuraidin wa smkn menarik. cm nk tanya teknik electro plating Aluminum tu cmna pula apa bezanya?
mbikers sadur lagi bagus ke boleh terangkan tak?boleh terangkan tak diy nk wat
Jawapan kami…
Thanks pada zuraidin dan mbikers bertanya soalan ni… Maaf saya amat lambat balas.. ( saya sibuk sikit dan sedang berkursus lahh…) Sebenarnya saya tak tahu nak terangkan macamnerr jawapan tersebut pasal saya tak tahu sangat teknik tersebut.. Cuma saya berikan sedikit maklumat berkenaan dengan nya…secara ringkas macam kat bawah ni…
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Teknik Penyaduran Chrome Electro Plating

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sedikit tentang sejarah...


Mengikut sejarah, Pada tahun 1863 -1914 Paul Louis Toussaint Héroult ( warga Perancis) dan Charles Martin Hall (warga Amerika) kedua-dua mengemukakan satu proses meleburkan aluminium oksida dihasilkan melalui pengunaan arus elektrik. Bila ini telah dilakukan aluminium tulen dapat dihasilkan. Proses dinamakan sempena kedua-dua ahli-ahli sains dan kita masih menggunakan Hall Herout Method Teori… Mereka ini lah menjadi asas yang diguna pakai pada Electroless Plating ( Teknik Penyaduran) sehingga zaman sekarang…

Ok.. Teknik penyaduran ni masa zaman sekolah dulu lah ada belajar kan.. Kalau korang ada buat eksperiment kat makmal sains sekolah korang atau tengok soalan kertas peperiksaan Sains ada benda ni...
Dalam sel elektrolisis, tenaga kimia dialirkan tenaga elektrik. Arus mengalir daripada elektrod positif kepada elektrod negatif di luar sel . katod (sudu besi) jisim katod bertambah.. jisim anod berkurangan melarut dan masuk ke dalam larutan sebagai ion argentum dimana logam perak dienapkan..

“atom argentum (perak) - elektron -> ion argentum”
_______________________________
Sebenarnya Teknik tersebut lebih kurang ajer dengan asas teknik Penyaduran Chrome Electro Plating yang digunakan untuk part-part kereta ni...

Peralatan asas yang sepatutnya ada


_______________________________
Teknik Penyaduran Chrome Electro Plating part Kereta





1) Dapatkan part yang hendak dibuat penyaduran tersebut.. Bersihkan dan cuci dari kotoran kemudian tanggalkan kesemua cat dan membuang karat degil pada permukaan tersebut…tujuan membuat pengasaran pada permukaan part supaya mudah untuk proses penyaduran melekat nanti. Kerja-kerja polishing perlu dilakukan bagi memperhaluskan kembali permukaan supaya tiada permukaan melekuk atau calar-calar setelah membuat pengasaran pada permukaan part tersebut .. Pastu basuh sekali lagi tetapi dengan menggunakan larutan bercampur asid bagi memudahkan menanggalkan habuk, minyak, gris dan dan kotoran. Kemudian bilas dan basuh bersih-bersih dengan air beberapa kali



2) Proses penyaduran electroplating chemical acid copper dilakukan dengan merendam part tersebut kedalam takungan mengandungi chemical acid copper..Tujuannya bagi membantu menutup ketidaksempurnaan dan liang halus yang ada part tersebut dan sebagai satu lapisan asas coating supaya lapisan penyaduran lebih kuat melekat tidak mudah terkakis dan pudar warnanya. Selepas itu ianya perlu di gilap ( polish copper buffing ) sekali lagi

3) Selepas itu rendam part pada takungan Semi-Bright nickel bagi melakukan proses saduran Semi-Bright nickel coat juga bertujuan lapisan asas melindungi dari kakisan dan menambah ketahanan.


4) Selepas itu Sekali lagi dipindah masuk part tersebut kedalam takungan Bright nickel untuk proses saduran Bright nickel untuk menimbulkan warna reflective lebih berkilat


5) Dan proses terakhir dengan memindahkan part ke takungan chemical chromium pula ... Tujuannya adalah sebagai proses penyaduran electroplating chemical chromium.. Ini adalah penyaduran chrome pada part tersebut supaya lebih berkilau warnanya..


Dan laast sekali part tersebut perlu dibersihkan kemudian bilas semula dari sisa chemical.. kemudian di biarkan kering... dan lihat lah hasilnya penyaduran chrome yang nampak lebih berkilat lagi...
_______________________________
Teknik Penyaduran Chrome Electro Plating part Motorsikal

Bagi part-part motorsikal ni sama ajerr macam kat atas kalau nak buat penyaduran Chrome ni... Boleh dilakukan pada part-part motorsikal macam kat bawah ni...




_______________________________
Teknik Penyaduran Chrome Electro Plating Part plastik
Penyaduran ialah pemendapan ion logam daripada larutannya ke atas permukaan yang bercas elektrik. Maka permukaan saduran sepatutnya pengalir elektrik. Tetapi Plastik tidak mengalirkan elektrik, jadi penyaduran secara terus tidak boleh dipraktikkan. Proses penyaduran plastik perlu melalui beberapa langkah dengan menutup plastik dengan pengalir elektrik yang melekit (adhesive conductor), seperti cat logam (metallicpaint), sebelum menjalankan proses penyaduran sebenar.

Terdapat
dua cara untuk menyadurkan plastik

Cara pertama ialah dengan mewujudkan permukaan yang kasar supaya logamboleh melekat. Kemudian, penyaduran di atas permukaan itu untuk membina lapisanlogam. Proses ini dikenali sebagai electroless, auto-catalytic atau penyaduran kimia(chemical plating)

Cara kedua ialah dengan menggunakan cat pengalir (conductive paint) ke atas plastik, kemudian sadurkannya



i. Seperti biasa perlu buat pengasaran diatas permukaan part plastik tersebut
- Mula-mula bersihkan bahagian-bahagian plastik daripada minyak, gris dan segala bendasing.
-Untuk kebersihan sempurna, gunakan sedikit larutan asid
- Bilas dengan air beberapa kali di dalam setiap langkah pembersihan menggunakan asid dan bes untuk membuang agen pembersihan yang telah digunakan sebelum langkah seterusnya diambil.

ii. Masukkan bahagian itu ke dalam chrome-sulfur bath. Asid akan menyebabkan lubang atau menggores permukaan plastic supaya mudah untuk logam melekat.

iii. Cat part tersebut dengan pengalir (conductive paint) terlebih dahulu
iv.Kemudian, masukkan bahagian itu ke dalam palladium chloride bath. Permukaan awal logam terhasil akan membenarkan penyaduran standard berlaku. Khususnya bahagian yang akan disadurkan dengan tembaga (copper) sebagai lapisan persediaan sebelumdisadurkan dengan chrome,nickel atau logam-logam lain.

Ok back to point beza antara
Polish Chrome dan electro plating Chrome
Polish Chrome nampak lebih original lebih tahan lama berbanding cara celup atau Sadur Nikel Chrome guna teknik electro plating chrome yang cepat terkelupas.. klau sport rim kereta kena batu sikit ajer , Permukaan Chrome tu dah terkelupas ... Cuma guna sadur ni permukaan nya lebih bersinar dan berkilau lain macam sikit...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Friday, November 18, 2011

Honda Civic 1.6 VS Mitsubishi Evo 6



Pertanyaan yang diajukan..
HBO Salam,antara Honda Civic 1600 Vtec 2nd hand dgn Mitsubishi Lancer evo 6 2nd hand,mana yg lbh berbaloi utk dibeli? Dr segi enjin,harga n mantainence.
Jawapan kami..
Terima kasih pada HBO bertanya... Maaf saya lambat balas yerrr... dah agak tertanguh lama lahhh.. Sebenarnya saya tak berapa sesuai untuk menjawab soalan tersebut.. cuma saya hanya dapat bagi pandangan sedikit ajer secara ringkasnya..

Honda dan Mitsubishi sangat mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia. Permintaan kedua-dua kereta ini sangat laris di pasaran samada di wakil jualan kereta baru atau terpakai. Di sini timbul satu tanda tanya kepada kita semua apakah keistimewaan kedua-dua teknologi ini..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Honda Civic 1.6 VS Mitsubishi Evo 6
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau nak buat perbandingan di antara kedua-dua teknologi ini kena melalui beberapa aspek. Aspek-aspek tersebut ialah keupayaan bergerak, keselesaan pemanduan, saiz kereta dan harga pasaran kereta tersebut. Berdasarkan perbandingan ini kita akan perolehi teknologi paling terbaik di antara honda atau mitsubishi.

Back to the point, tentang pertanyaan saudara HBO
First kena kenal sejarah Honda dan Mitsubishi ni dulu

Honda Civic 1.6
1) Model Honda Civic yang mula-mula pakai enjin DOHC VTEC B16a iaitu model Honda Civic EF9. Tahun 1988 – 1991 . Model ni kat malaysia ada yang panggil civic mayat

2) Model Honda Civic EG Tahun 1992 - 1995. kat malaysia juga dikenali dengan panggilan 'civic bullet' atau 'civic dolphin'. Di jepun ianya pakai enjen B16a 1.6cc DOHC...kat malaysia pakai enjin D15b SOHC (ada juga model sohc vtec). Ada model 4 pintu dan juga 2 pintu. Kalu model 4 pintu chassis codenya ialah EG9 juga dipanggil CIVIC FERIO. Kalu 2 doors pulak EG3 dan EG6..

Model ferio dalam keluarga civic ni setakat ni ada kat model EG dan EK sahaja..
yang dikatakan model ferio ni ni ialah civic EG/EK yang 4 pintu.Yang model 2 pintu tidak di panggil ferio

3) Model Honda Civic EJ , EK Tahun 1996 – 2000- Ada beberapa versi yang perlu kita ketahui terlebih dahulu .
-EJ6 (model tahun 96 - 98) ialah Model 4 pintu. enjin D16y sohc(malaysia) /non-vtec
-EJ7 (model tahun 99 - 2000) enjin 1.6cc D16y sohc(malaysia) /non-vtec
-EK3 model dari Jepun ada dua jenis enjin 1.5 dan 1.6 sohc
-EK4 berenjinkan 1.6cc DOHC VTEC.
-EK2 model 2 pintu enjin D16y, 1.6 sohc
-EK9 enjin B16b DOHC VTEC type R (model yg hanya dijual di Jepun). Tapi ada juga yang pasang B18C







Ok, Honda Civic EK dikeluarkan bermula tahun 1996 sehingga tahun 2000. Selain EK, model EJ juga dikeluarkan pada tahun yang sama, bezanya model EJ agak lower specnya tak banyak beza...spoiler EK4 agak tinggi ....kalau EJ rendah je spoilernya. Lampu signal belakang cuma beza pada warna..kalu EJ warna kuning...kalu EK warna putih. Pastu lining pintu kalu EJ colour chrome kalau EK colour hitam plastik.

Harga pasaran semasa sekarang ni dah drop dengan banyaknya. Kalau korang ada luck, korang boleh beli dengan harga lingkungan RM 25,000.00 dan semuanya bergantung kepada spec dan setakat mana modified yang telah dilakukan. Cuma dari segi tahun agak rugi membeli sesebuah kereta yang berusia melebihi 15 tahun ni.. Lagi satu harga spare part dan mantainence mahal . tambah-tambah kaki modified. Kalau tak percaya pergi la beli halfcut..
_______________________________
Mitsubishi evo 6
Bila sebut Mitsubishi Lancer evo 6, Sememangnya saya terbayang contribute untuk zaman kegemilangan 'Tommi Makkinen Edition 6.5' (TME).. Pengeluaran Mitsubishi Lancer evo 6 sekitar tahun 1999 - 2001 dan merupakan kesinambungan model GSR dari Evo 4 dan 5 kerana body adalah sama.. Enjin 4G63 ini ada 3 jenis variasi 1.8,2.0 dan2.4. walaupun codenya sama tapi power lain-lain. tetapi spesifikasi asas model ini ialah enjin 4G63T( DOHC ) bersasaran 1997 cc, enjin Aluminum, 16v inline 4 cylinder Fuel Injection. Sebenarnya enjin 4G63 digunakan dari versi Evolution1 hinggalah 8, sebelum enjin 4G63 ini digantikan dengan enjin 4B11 pada versi Evolution 9 . Cuma pada Mitsubishi Lancer evo 6 perubahan lebih tertumpu kepada sistem penyejukan, turbin jenis titanium-aluminida serta ketahanan enjin dan sedikit perubahan ketara pada bamper hadapan sahaja.


Yang atas ni versi asal Mitsubishi Lancer evo 6

Yang ni pulak versi Tommi Makkinen Edition 6.5' (TME) pernah popular dengan gaya ala rally zaman dahulu..

Kalau nak beli kereta Mitsubishi Lancer evo 6 terpakai pun masih harganya sangat mahal..kereta tahun 1999 2nd hand pun dekat RM60,000 lebih... Ni kan pula nak cari spare part kat half cut melampau giler harga enjin evo kalau nak banding harga half cut enjin VR4 .. Dari segi mantainence lebih mahal sebab CBU kalau nak banding Honda Civic punya..

OK, Mitsubishi Lancer evo 6 ada 3 versi- Iaitu Lancer evo 6 gsr, Lancer evo 6 RS ( racing spec) dan Lancer evo 6 TME.. ketiga-tiga versi ni dari segi enjin semua sama ajer tetapi cuma diubahnya top gear ratio tu saje.. Lancer evo 6 gsr dan TME pun sama tapi part TME banyak masuk barang rally..

Kalau nak kirakan tak berapa adil lah nak buat perbandingan yang tepat dari segi model dan kualiti kereta antara Honda Vtec 1.6 dan Mitsubishi evo 6... ( kalau nak compare biarlah Honda civic 2.0 barulah OK) kalau kereta Standart dengan standart (tiada modifide enjin ) Jauh bezanya wehhh...Mitsubishi mempunyai keupayaan yang cukup hebat iaitu 280 hp pada 6900 rpm. Manakala Honda Civic 1.6 pula mempunyai 150 hp pada 7600 rpm.. Dalam erti kata lain, Mitsubishi Lancer Evolution 6 mampu meninggalkan jauh sebuah kereta Honda Civic 1.6 pada awal-awal pecutan lagi.

Rasanya kalau nak beli sangat antara kereta tersebut... baik ambik Honda Civic la.. Kalau ikut perbezaan Honda dan Mitsubishi Evo maintenance tidak lah banyak sangat, spare part boleh kata murah Honda dari Mitsubishi Evo, pastu barang senang carik. Lagipun service centre honda lagi banyak berbanding mitsubishi ni. Tapi kalau compared to Mitsubishi evo, memang la performance dia lebih dan keseronokan memandu lebih terasa. . Tapi korang tau-tau aje la, Nak bayar insurance pun tinggi, pastu kalau accident ke perrgghhh sakit beb..
_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Wednesday, November 16, 2011

DIY Paint Protection Film



Pertanyaan Yang Diajukan..
Guest Bro tumpang tanya? Camne nak elak kan bumper kereta drp tercalar akibat batu2 pasir kat jalan .Cat pada bumper dah bertompok2 terkopek.
Guest lg satu kat hujung bumper dah calar pasal terlanggar tiang masa parking.
Jawapan kami..
Thanks pada Guest bertanya… Maaf agak lambat balas sikit.. Apa pun saya cuba bagi pandangan secara ringkas seperti dibawah ni…
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Paint Protection Film


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau kita pergi kedai aksesori kereta.. selalunya kita akan buat tinted film pada cermin kereta.. tapi sekarang ni bukan setakat tu ajer, kita boleh buat tampal Paint Protection Film pulak pada bahagian part-part kereta dengan tujuannya untuk mencegah dan memberi protection pada permukaan cat kereta dari calar-calar.. pemasangannya sama macam kita nak tinted cermin kereta.. cuma film yang digunakan agak berlainan sikit.. lebih tahan sikit..


_______________________________
Tujuannya pemasangan Paint Protection Film
Sebagai contoh..

1) Kadang kala semasa memandu kenderaan, kalau kita ikut belakang lori pasir ke atau lori tanah kerr.... mesti ada batu-batu yang jatuh .... Permukaan Bumper mesti berbintik-bintik cat tertanggal..



2) Dapat dilihat perbezaan sebelum pemasangan dan selepas pasang Paint Protection Film.. Permukaan cat lebih licin, halus dan sekata selain lebih berkilau.Dapat melindungi permukaan cat kereta dari kesan UV dan menghalang pemudaran. Pengunaan Paint Protection Film yang digunakan hampir tidak dapat dikesan.



3) Menutup kesan kecacatan pada cat. Kalau sebelum ni permukaan cat mengerutu kerana orange peel.. selepas pemasangan Paint Protection Film tidak kelihatan kesan orange peel tersebut.



4) Melindungi kesan langsung permukaan cat dari kotoran sama ada terkena minyak, tar jalan, najis burung, serangga atau getah pokok.



5) Melindungi permukaan cat mengurangkan kesan calar-calar akibat kereta bergesel akibat pelanggaran yang tak di sengajakan atau acsident kecil




- Kesan calar tidak terus ke lebih dalam pada permukaan cat tersebut.. bila di cabut / di tanggalkan Protection Film tersebut kita dapati calar tersebut tiada kesan pada permukaan bumper tersebut


- Ini termasuklah kesan gurisan atau garit dengan benda tajam .. apabila kita tanggalkan Protection Film tersebut kita dapati juga calar tersebut tiada kesan pada permukaan bumper tersebut ..
_______________________________
Cara Pemasangan ..
Seperti mana cara pemasangan pada tinted cermin kereta, Ianya serupa ajerr kalau nak pasang sendiri Paint Protection Film ni...

1) Langkah permulaan... kena bersihkan permukaan bumper tersebut dari kotoran... buat lakaran terlebih dahulu pada Protection Film saiz permukaan bumper tersebut .. kemudian ambil pisau/ gunting potong ikut saiz lakaran tersebut..


2) Pastu ceraikan Bumper Protection Film lapisan kertas dibelakangnya. Sambil tu spray dengan air sabun sekali atas tinted film tersebut.. Kemudian spray air sabun pada permukaan bumper pula.. Pastu lekap Protection Film pada permukaan bumper


3) Tarik Protection film biar sama,Adjust baik-baik kasi tegang dan Ratakan dengan Felt edge squeegee supaya tiada kedutan yang berlaku dan harus pastikan tiada gelembung air buble terperangkapdidalam lapisan film tersebut..


4) Akhir sekali setelah berpuas hati, bolehlah potong dan buang lebihan Protection film pada setiap penjuru bumper dengan pisau tajam.. Ok Dah siap hasil tampal Paint Protection Film pada bumper tersebut…
_______________________________
Bahagian lain yang boleh kita pasang Paint Protection Film
Ok ... Selain dari tampalan Paint Protection Film pada bahagian bumper kereta depan atau belakang kita juga boleh buat bahagian pada part kereta lain juga .. Contohnya kita boleh buat tampal Paint Protection Film pulak pada bahagian part-part kereta seperti bumper, headlamp, Rr lamp, hood, fender, rocker panel dan macam-macam lagi


_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks