Wednesday, November 16, 2011

DIY Paint Protection Film



Pertanyaan Yang Diajukan..
Guest Bro tumpang tanya? Camne nak elak kan bumper kereta drp tercalar akibat batu2 pasir kat jalan .Cat pada bumper dah bertompok2 terkopek.
Guest lg satu kat hujung bumper dah calar pasal terlanggar tiang masa parking.
Jawapan kami..
Thanks pada Guest bertanya… Maaf agak lambat balas sikit.. Apa pun saya cuba bagi pandangan secara ringkas seperti dibawah ni…
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Paint Protection Film


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Kalau kita pergi kedai aksesori kereta.. selalunya kita akan buat tinted film pada cermin kereta.. tapi sekarang ni bukan setakat tu ajer, kita boleh buat tampal Paint Protection Film pulak pada bahagian part-part kereta dengan tujuannya untuk mencegah dan memberi protection pada permukaan cat kereta dari calar-calar.. pemasangannya sama macam kita nak tinted cermin kereta.. cuma film yang digunakan agak berlainan sikit.. lebih tahan sikit..


_______________________________
Tujuannya pemasangan Paint Protection Film
Sebagai contoh..

1) Kadang kala semasa memandu kenderaan, kalau kita ikut belakang lori pasir ke atau lori tanah kerr.... mesti ada batu-batu yang jatuh .... Permukaan Bumper mesti berbintik-bintik cat tertanggal..



2) Dapat dilihat perbezaan sebelum pemasangan dan selepas pasang Paint Protection Film.. Permukaan cat lebih licin, halus dan sekata selain lebih berkilau.Dapat melindungi permukaan cat kereta dari kesan UV dan menghalang pemudaran. Pengunaan Paint Protection Film yang digunakan hampir tidak dapat dikesan.



3) Menutup kesan kecacatan pada cat. Kalau sebelum ni permukaan cat mengerutu kerana orange peel.. selepas pemasangan Paint Protection Film tidak kelihatan kesan orange peel tersebut.



4) Melindungi kesan langsung permukaan cat dari kotoran sama ada terkena minyak, tar jalan, najis burung, serangga atau getah pokok.



5) Melindungi permukaan cat mengurangkan kesan calar-calar akibat kereta bergesel akibat pelanggaran yang tak di sengajakan atau acsident kecil




- Kesan calar tidak terus ke lebih dalam pada permukaan cat tersebut.. bila di cabut / di tanggalkan Protection Film tersebut kita dapati calar tersebut tiada kesan pada permukaan bumper tersebut


- Ini termasuklah kesan gurisan atau garit dengan benda tajam .. apabila kita tanggalkan Protection Film tersebut kita dapati juga calar tersebut tiada kesan pada permukaan bumper tersebut ..
_______________________________
Cara Pemasangan ..
Seperti mana cara pemasangan pada tinted cermin kereta, Ianya serupa ajerr kalau nak pasang sendiri Paint Protection Film ni...

1) Langkah permulaan... kena bersihkan permukaan bumper tersebut dari kotoran... buat lakaran terlebih dahulu pada Protection Film saiz permukaan bumper tersebut .. kemudian ambil pisau/ gunting potong ikut saiz lakaran tersebut..


2) Pastu ceraikan Bumper Protection Film lapisan kertas dibelakangnya. Sambil tu spray dengan air sabun sekali atas tinted film tersebut.. Kemudian spray air sabun pada permukaan bumper pula.. Pastu lekap Protection Film pada permukaan bumper


3) Tarik Protection film biar sama,Adjust baik-baik kasi tegang dan Ratakan dengan Felt edge squeegee supaya tiada kedutan yang berlaku dan harus pastikan tiada gelembung air buble terperangkapdidalam lapisan film tersebut..


4) Akhir sekali setelah berpuas hati, bolehlah potong dan buang lebihan Protection film pada setiap penjuru bumper dengan pisau tajam.. Ok Dah siap hasil tampal Paint Protection Film pada bumper tersebut…
_______________________________
Bahagian lain yang boleh kita pasang Paint Protection Film
Ok ... Selain dari tampalan Paint Protection Film pada bahagian bumper kereta depan atau belakang kita juga boleh buat bahagian pada part kereta lain juga .. Contohnya kita boleh buat tampal Paint Protection Film pulak pada bahagian part-part kereta seperti bumper, headlamp, Rr lamp, hood, fender, rocker panel dan macam-macam lagi


_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

14 comments:

Alan said...

kalau nak balut satu keretapun boleh ke? kat kedai mana yang boleh buat ni?

nabilah_2908 said...

oh...best ni..

kalau hantar kedai..minta buatkan...rasa2nya berapa eh kos nya?

Yastro said...

Bagus gak mende ni yerr...mana2 keta yg baru atau yg dah cat baru bole la apply mende nih...terbaik bro!!

wanbu said...

macam best jerkkk...

tapi nak tau gak efect jangka masa panjang... klu dia terkopek ker @ terkoyak mcm susah gak kan...

cer tengok mcm tinted cermin tue.. kan kengkadang bila dah lelama kuar dia punyer gelembung udara..

nak tanya cat kete leh terkopek tak bila dah lama pakai pastu nak cabut?

Papa Mifz said...

wah baru tau pasal nih...berapo yer balut satu keto??

ABU said...

oh macam tu diorang buat.. baru tahu, nice info..

khairul said...

baru sy tau ada paint protection ni rupanya

Daddylicious said...

pertama kali tahu akan hal ni...bagus ni kalau dibuat...

Woofer Storm said...

baru tahu bro.thank...

Tapi berapa biasanya harga untuk pemasangan ini..ada efek yang tak baik ke bro dalam jangka masa yang lama??

ayie said...

serius nak..mana nak dapat benda ni? berapa harga?

MataHati @ MH said...

proses memasang ni sangat rumit utk mendapatkan hasil yg memuaskan hati..

tu lah, brp harga pemasangan kat kedai..?

dhiera said...

berminat jugak nak tahu bajet hantar dekat kedai~

AYuNG said...

Lor.....keta pun buleh balut jugak kisah nya...rate harga klu buat kat tempat2 yg di nyatakan kat atas tuh agak2 bapa?

ct noramyra rahim said...

nak tau lah kos dier n kedai kat mana?