Friday, November 4, 2011

DIY Polish Headlamp kereta


Pertanyaan yang diajukan..
LiFe KaMi said...: sentuh pasal polish, nak tanya pendapat bro,macam mana nak bagi headlight kereta berkilat semula,dah kabur teruk ,lampu pun nampak malap,nak buat kat kedai 4 5 ratus juga kena tu..headlight kami plastik kot tak pasti pula,kereta vios lama bro..:)
Jawapan kami:
Thanks bertanya life kami… Maaf agak tertangguh seketika jawapan balas tersebut…Apa pun kami cuba berikan sedikit pandangan kami secara ringkas

Kereta sekarang lampu hadapan (head lamp) dan lampu belakang (tail lamp) biasanya
diperbuat daripada plastik polycarbonate (kalau tak silap) untuk lampu besar. Kerana lebih tahan daya impak, tak mudah pecah dan ringan. Dahulu diperbuat daripada kaca, mudah pecah dan berat.

Selepas beberapa tahun kemudian.. lampu hadapan (head lamp) akan menjadi kasar dan pudar disebabkan oleh habuk , sinar matahari dan sebagainya.Ini akan menyebabkan cahaya lampu pada malam hari tidak terang. Permukaan luar lampu akan cepat berubah warna kekuningan dan pudar
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Polish Headlamp kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Cara bagaimana mengilatkan kembali headlight kereta yang pudar,kusam kekuningan macam kat bawah ni....

A) Kalau Rajin... Nak Cabut Keluar Lampu




1) First cuba tanggalkan soket lampu dan cabut keluar headlamp tersebut.bersihkan dari kekotoran dulu..



2) Gosok dengan kertas pasir 1000 atau 1500 grit sandpaper (dibasahkan dulu kertas pasir tersebut) kemudian gunakan kertas pasir 2000 pulakuntuk memperhaluskan lagi permukaan..



3) Selesai gosok kertas pasir, bersihkan guna kain basah.. Pastu keringkan terlebih.. Pastu bubuh sikit “clear plastic polishing compound” pada permukaan lampu.biarkan seketika ..




2)Perhatian*** Jangan gunakan polishing compound tah apa-apa jenis.. Kerana ia tak sesuai dengan meterial yang diperbuat dari plastik.. untuk permukaan besi boleh lerr

Ok.. ini cadangan saya
1) Boleh guna Meguire's fine cut cleaner untuk meratakan kembali calar-calar kasar dipermukaan permukaan luar lampu akibat batu atau pasir yang terpelanting
2) Pastu Meguire's clear plastic polish untuk menjernihkan plastik headlamp cover dari kusam kekuningan kembali cerah.. yang pastinya ia sesuai digunakan pada apa-apa permukaan yang diperbuat dari plastik..



4) Pastu gosok / tonyoh dengan span sampai permukaan plastik jadi jernih kembali.. Dapat lah dilihat hasilnya daripada warnanya kusam menjadi cerah kembali plastik cover tersebut..
_______________________________
A) Kalau Tak Mahu Cabut Keluar Lampu



1) Kalau tak nak cabut keluar headlamp. Pun boleh gak.. Tapi kena tampal masking tape untuk buat border line kat tepi lampu tu dulu lah.. Supaya tak mencalarkan body kereta semasa kerja gosok kertas pasir atau kerja-kerja polishing dilakukan..
- Kat sini saya guna mesin gosok ..tapi Kalau tak ada .. Gosok tangan guna kertas pasir 1500 atau 2000 di permukaan headlamp cover



2) Selesai gosok kertas pasir … bersihkan permukaan headlamp cover dengan kain basah…Pastu bubuh sikit “clear plastic polishing compound” pada permukaan headlam.. Biarkan seketika dulu



3) Kat sini saya guna mesin Polish...Gosok / tonyoh dengan span sampai permukaan plastik jadi jernih kembali.. Kalau tak ada mesin polis boleh guna manual tangan ajerr... Polish guna span lembut...Pastikan ianya rata dan sekata, sebaiknya gosok dalam bentuk bulatan.
- Pastu bersihkan permukaan cover headlamp dengan kain
bersih dari sisa polish yang masih tertinggal..


Inilah hasilnya selepas dipolish warna yang kusam kekuningan kembali cerah ..
_______________________________

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

17 comments:

LiFe KaMi said...

headlight kilat macam tu le yg kami nak..hehe
boleh le pratikkan bila ada masa lapang nanti, guna tangan dapat le exercise sikit..

dah lama berhajat nak polish headlight ni,cuma cara yang betul tu belum pasti mcm mana nak buat..
terima kasih byk2 bro, selamat hari raya qurban..:)

nas said...

wah.... rajin juga ea life kami di sini... salam hari raya aidiladha buat blogger firestartingautomobile....
:))

aziekz said...

thanks bro..


salam aidil adha buat bro&keluarga.:)

Mohamadazhan.com said...

pergh...terbaik! salam idul adha bro

ABU said...

semart la... nice.. nak try nnti
btw, slmt hari raya idul adha..

Daddylicious said...

hari tu buat di kedai terbang 50 henget....

MataHati @ MH said...

terbaik terbaik..
baru berkira2 nak polish lampu kereta tapi jenuh memikir caranya.. entry yg dtg tepat pada masanya

Woofer Storm said...

sama la bro..lampu dah tak terang ni,baru je ingat nak tukar lampu tu..heheee

salam aidil adha bro^^

ayie said...

hmm kalau tak tanggal nampak cam mudah..selamat hari raya

encikReza said...

aku x pernah terpikir plak nk polish lampu keta selama ni...
tengsss 4 d info bro!

Adylia Qarissa said...

memang berkilat :)

Yastro said...

Seboleh2nya nak polish guna polisher pad...klau guna tangan tu boleh...tapi jenuh laa..pas tu lom tentu hasilnya...btw keta aku guna kaca...so x de masaalah lagi la ngan kepudarannya...

logorithm said...

Uiks? Rupa-rupanya boleh kertas pasir headlamp kereta? Info menarik! :-o


Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

[U] Edwards Syndrome

[U] Suis

Nizam Ijam said...

terbaik!

azr0ie said...

macam mana nak elokkan warna crome dlm cover lampu?

mamatrok said...

Tuan, mana nak dapat meguire's cleaner utk scratch & polish headlamp ni?

fajridil adha said...

blog terbaik!. t.kasih diatas perkongsian. boleh cuba bila masa terluang nanti.