Monday, June 8, 2009

Kancil Anak Muda VS Kancil Makcik

<
Aduh Sakit Kepala......Pening Pilih Colour....
Pertemuan tidak dirancang, apabila dua pemilik kancil telah berkunjung kebengkel kami yang masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Berbeza umur dan berbeza gender tetapi dengan satu tujuan yang sama dan satu matlamat iaitu menukar wajah baru kancil lama kepada versi baru... Tetapi apa sudah jadi dengan mereka berdua.

Nampaknya kedua-dua pemilik kancil tersebut sedang puas memikirkan colour apa yang hendak disepadankan dengan kancil kesayangan mereka. Sambil membelek Catelog Colour sambil merenung jauh kearah kancil mereka

Pemilik Kancil pertama merupakan seorang makcik, kami panggil beliau "akak" je, tetapi amat memeranjatkan melalui pemerhatian kami kancil beliau telah menjalani satu modifikasi terhadap enjin lama ditukar kepada enjin turbo yang lebih berkuasa. Seperti mana ubahsuai kereta lain tak sah kalau enjin saja yang power tetapi biarlah luaran colour nampak lebih garang lagi...





Pemilik kancil kedua merupakan anak muda jiwa muda.. hati panas jeeer... Kancil ini juga telah menjalani satu modifikasi enjin asal kepada enjin turbo yang baru. katanya sudah beberapa kali pertukaran enjin dilakukan tetapi ini yang paling sedap...








Lama gak dua-dua dok pilih-pilih colour tapi tak de jawapan pun. banyak plak soal diajukan

Cuma kami hanya dapat bantu hanya pandangan tentang apa yang kami tahu kalau nak cat kereta semula. Yg lain Up to U all lah... terpulang


1. Tak semua colour sesuai dengan jenis kereta.

2. Mesti lihat bentuk kereta sama ada bulat atau bersegi

3. Ikut syor Catelog Colour kalu warna untuk Kancil jgn ambik warna kereta brand lain

4. Tanya pandangan orang tentang warna pilihan. atau warna kegemaran

5. Keadaan body kereta teruk kemek bergelombang atau tidak

6. Pilih warna yang senang jaga tidak cepat kotor, terutama hitam atau putih

7. Repair dan rawat dulu body atau bumbung kereta yang ada jerawat karat

8. Warna mejoriti kat jalan raya.

9. Perubahan effect warna mengikut cuaca, nampak pucat bila mendung atau berbelang semasa terik,menyerlah atau kusam sentiasa

10. Jangan ambil risiko pilih colour pelik-pelik hanya warna dibenarkan oleh JPJ

11. Status warna solid, 1k, 2k, Metelic, Diamond atau spacial effect tak sama sifatnya

12. Servey dulu kat mana-mana kedai harga yang ditawarkan.

13. Keadaan body yang teruk mempengaruhi harga.

14. Harga yang ditawar mungkin jadi lebih tinggi atau mungkin jauh lebih rendah. dah siap baru tau cuma anggaran yang dapat diberi.

15. Masa yang diambil untuk menyiapkan sesebuah kereta. ingat seorang tukang cat ibarat seorang berseni yang memerlukan mood dan tumpuan bukan menghadapi tekanan dan gesaan. Juga keadaan hari tersebut sama ada kerap hujan atau tidak.

16. Apakah Jaminan yang diberikan.

17. Pilih Colour yang mudah untuk melakukan touch up sekiranya berlaku kemalangan kecil atau tercalar.

18. Ikut Kemampuan diri seadanya.

19. Warna Metalic, Spacial Effect, Pearl, Diamond,3D atau 4D memerlukan kemahiran tukang cat berpengalaman.
Setelah kerja mengosok habis dilakukan ... ada bahagian tertentu perlu dibungkus untuk melindungi terkene semburan cat... takan cermin pun nak cat jugakan...

Cermin dgn tayar pun dibungkus... lampu belakang bukak..
Cermin belakang dan depan bungkus.. lampu depan pun sama..

Nah ini hasilnya.... Tunjuk sikit je... nanti kalu dah siap bolehlah tengok puas-puas... Colour hijau pucuk pisang lahh...

Kancil ni plak lain colournya..dah under code warne merah ler...







1 comment:

Sound Deadening Store said...

This is very unique content. I really appreciate to this content. Thank you so much for this information. I hope you like this my compliment. sound deadening for cars