Saturday, June 13, 2009

Projek Satria Purple Diamond

Colour Unggu bling-bling... berkilat-kilat..

Kali ini kami dapat projek yang berlainan skit.. Tuan punya Sebuah Satria telah datang ke bengkel kami untuk tukar colour asal keretanya.. tapi dah alang-alang nak cat tu dia nak warna Purple Diamond berbintik 5 colour( Lip lap atau bling-bling tu ada pelbagai warna). Tapi jarang-jarang orang menggunakan colour itu.. Kerana proses catnya agak rumit sedikit kerana memerlukan ketelitian, ketekunan dan tumpuan penuh semasa semburan dilakukan. Kerja semburan dilakukan dengan berhati-hati dan cermat supaya serakan bling-bling tu sekata tidak bertompok-tompok, tak balance, tak terlampau padat, tak banyak, tak sikit dan susunannya teratur. Elakan cat meleleh.. susah nak repair touch up balik.. rumit kan...

Di bawah ni kami lampirkan serba sedikit proses kerjanya..

Hah inilah warna asal Satria tu... Langkah pertama tanggalkan part kereta dulu..
Keadaan kereta tu masa di simen... teruk gak... penuh sana sini.. sape ye yang sanggup nak gosok kereta ni.. permukaan bodynya agak bergelombang terutama bonet depan..

Lepas dah siap kena bungkus..bersedia untuk proses cat primer, under code dan base code

Sudah proses cat, kena polish dan pasang barang plak... jangan calar nanti susah nak toch up
Kerja sampai malam lah... kene siapkan juga cepat..

Alhamdulillah... Siap gak kereta ni kira berjaya menyiapkan cabaran ni... Perhatikan sebelah penjuru kanan perhatikan serakan bling-bling tu berkilat-kilat warna warni kena cahaya lampu... yang penting owner tak ada komen buruk dan berpuas hati dengan hasilnya.. kami mengucapkan terima kasih kerana memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap bengkel kami.. jutaan terima kasih terhadap sokongan anda..

No comments: