Thursday, June 25, 2009

Ubah suai kereta ikut JPJ



Garis Panduan Ubahsuai Kecil Aksesori Kenderaan
Pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan yang dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran JPJ
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ, terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri-ciri, kestabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:-
1. Pemasangan air spoiler di bahagian hadapan dan belakang.
2. Pemasangan side skirt, aerofoil dan door visor pada kereta.
3. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
4. Pengubahsuaian kecil pada radiator grilles, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu-lampu.
5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
7. Pemasangan para bumbung.
8. Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
9. Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
10. Pemasangan pengadang angin, penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
Nota:
Senarai yang telah dinyatakan di atas akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.
Contohnya:-
1.Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
2. Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi. 3. Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.
4. Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
5.Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan. 6.Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.7.Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.

Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan
1. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
2. Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.
3. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
4. Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.
5. Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.
Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.Senarai di atas boleh diubah dari masa ke semasa

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ
Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-
1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5. Pengubahan ke atas sistem brek.
6. Pengubahan ke atas sistem steering.
7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9. Penukaran enjin.
10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung


Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kejuruteraan Automotif,
Jabatan Pengangkutan Jalan,Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
1. Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti. Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
2. Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
3. Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.
Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

Panduan Memohon Penukaran Enjin
Jenis-Jenis Permohonan
1. Kategori 1 : Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin asal.
2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25% dari enjin yang asal.
3. Kategori 3 : Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan melebihi atau kurang 25% dari keupayaan asal.
4. Kategori 4 : Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza dari yang asal.
5. Kategori 5 : Penukaran enjin dari model yang berlainan dari enjin asal.

Syarat syarat permohonan
Syarat syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin
·Tidak ada pengubahsuaian pada enjin 'Mounting'
·Kimpalan pada enjin 'Mounting' tidak dibenarkan.
·Propeller Shaft' tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana bahagian.
·Tiada keretakan atau karat pada enjin 'Mounting'.
·Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti melebihi 25% daripada kapasiti enjin asal.
·Sistem gantungan (Suspension System) perlu dinaikkan taraf merangkumi 'Spring Stiffness'.

Bagi kategori 1 - Permohonan dihantar terus kepada JPJ negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut .
1. Pemberitahuan Penukaran Enjin
2. Kad Pendaftaran yang asal
3. Resit Pembelian enjin yang asal
4. Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2)
5. Surat Kastam K2 yang disahkan
6. Insuran yang baru .

Bagi kategori 2 - Pemohon perlu membuat pemeriksaan khas di PUSPAKOM dan melaporkan kepada JPJ negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut :
1. Pemberitahuan Penukaran Enjin
2. Kad Pendaftaran yang asal
3. Resit Pembelian enjin yang asal
4. Surat Kastam K2 yang disahkan
5. Surat Pelepasan Tanggungan
6. Laporan Pemerikasaan Puspakom (B2)
7. LKM (Cukai Jalan)
8. Insuran yang baru.

Bagi kategori 3 , 4 dan 5 - Pemohon perlu membuat permohonan Kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif , Ibu Pejabat dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
1. Pemberitahuan Penukaran Enjin
2. Salinan kad pendaftaran
3. Salinan Resit Pembelian Enjin
4. Salinan surat Kastam (K2)
5. Setelah mendapat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif , pemohon perlu mengikut proses kategori 2 .

Peraturan Pemasangan Cermin Gelap
Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Pengecualian khas pemasangan cermin gelap
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-
1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Cara-cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Khas CG1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
1. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
2. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan seta rekod-rekod Perubatan yang terkini.
3. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan,sertakan dokumen-dokumen sokongan.

Garis Panduan Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar
Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut :i. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;ii. Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points);iii. Kenderaan yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu
iv. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.
Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, bagi tempoh enam (6) bulan pertama iaitu mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2009, JPJ atau PDRM akan menawarkan kompaun RM300 kepada pesalah.

1.Adakah semua kenderaan diwajibkan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang ?
Mulai 1 Januari 2009 semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 wajib memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

2.Apakah kenderaan yang dikecualikan daripada dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Kenderaan-kenderaan yang dikecualikan dari dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang adalah seperti berikut:-i)Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;ii)Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points);iii)Kenderaan yang mempunyai lebih daripada lapan tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; daniv)Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.

3.Adakah dikenakan tindakan saman jika kenderaan yang didaftar selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang?
Tidak. Kenderaan tersebut diberi tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

4.Berapakah jumlah tali pinggang keledar yang sepatutnya dipasang pada sesebuah kenderaan?Setiap tempat duduk di dalam sesebuah kenderaan yang kapasitinya tidak melebihi 8 tempat duduk tidak termasuk pemandu hendaklah dipasang tali pinggang keledar.

5.Adakah kenderaan barangan dikecualikan dari memasang tali pinggang keledar?
Kenderaan barangan yang mempunyai berat muatan maksimum melebihi 3500 Kg adalah dikecualikan daripada memasang tali pinggang keledar belakang.

6.Adakah kenderaan jenis van, MPV, SUV dan MUV perlu dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang?Ya. Sekiranya kenderaan tersebut didaftar pada atau selepas 1 Januari 1995 dan jumlah tempat duduknya kurang dari 8 orang termasuk tempat duduk pemandu.

7.Bolehkah tempat duduk belakang sesebuah kenderaan dipasang dengan tali pinggang keledar jenis ikatan pinggang sahaja?Boleh. Sekiranya binaan kenderaan tersebut tidak membolehkan ia dipasang dengan tiga penambat bina dalam.

8.Siapakah yang akan dikenakan tindakan saman sekiranya terdapat penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar?
Tindakan saman akan dikenakan kepada penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar.


9.Berapakah umur penumpang yang akan diambil tindakan saman sekiranya tidak memakai tali pinggang keledar belakang?
Tindakan saman hanya akan dikenakan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.

10.Siapakah yang dikecualikan daripada memakai tali pinggang keledar?
Pengecualian daripada memakai tali pinggang keledar diberikan kepada:Orang yang diperakui oleh dua orang pengamal perubatan berdaftar - tidak boleh memakai tali pinggang keledar atas sebab kesihatan dan Mana-mana orang yang dikecualikan oleh Menteri dari masa ke semasa.

11.Adakah perempuan mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar?
Ya. Perempuan yang sarat mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar.

12.Siapakah yang akan dikenakan tindakan sekiranya penumpang melebihi daripada jumlah tali pinggang keledar belakang yang dipasang dalam sesebuah kenderaan dan kesemuanya tidak memakai tali pinggang keledar?Jumlah penumpang yang dikenakan tindakan adalah mengikut bilangan tali pinggang keledar yang dipasang dalam kenderaan tersebut. Manakala saman akan dikeluarkan kepada penumpang yang berada di tempat duduk yang dipasang tali pinggang keledar sahaja.

13.Bolehkah satu tali pinggang keledar dipakai oleh lebih daripada seorang penumpang?
Tidak boleh kerana setiap tali pinggang keledar hanya untuk seorang sahaja.

14.Saya bekerja sebagai seorang pemandu. Sekiranya majikan saya yang duduk di tempat duduk belakang tidak memakai tali pinggang keledar, siapakah yang akan di saman?
Majikan tuan yang akan disaman.

15.Sebagai pemandu adakah saya akan disaman sekiranya penumpang di tempat duduk belakang yang berumur di bawah 17 tahun tidak memakai tali pinggang keledar?
Tidak. Saman hanya dikeluarkan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.

16.Adakah bayi wajib memakai tali pinggang keledar?
Tidak. Bayi tidak diwajibkan memakai tali pinggang keledar sekiranya diriba.

17.Kenderaan saya didaftarkan sebelum 1 Januari 1995 tetapi mempunyai tali pinggang keledar belakang, adakah penumpang saya wajib memakainya?
Tidak wajib. Walau bagaimanapun penumpang digalakkan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.

18 Berapakah jumlah kompaun yang kena dibayar?
Jumlah kompaun yang kena dibayar ialah RM 300.

1 comment:

zuhri muhammad said...

nak tnye klu kancil 850 tukar head ngan carburetor mira saja salah ke??nnti klu nak tukar nama sangkut x??