Pertanyaan yang diajukan..
Ajez : aku pakai moto rim asal pasni aku ingat nak tayar yang besar dan tebal ingat cari FKR keIRC pakai tt9 atau tt100 mana bagus.kerana aku 5 kali seminggu aku ulangalik jauh lebih 34 km sehari.tayar aku dah pancit 3 kali dalam masa kurang sebulan.pernah tayar pancit tiba2 bawak laju xsident jatuh kat jalan habis lutut tangan luka. yang tiga kali bocor tu tayar kat belakang. hari tu yg pancit kali ke 2 pekedai tu ade tukar tayar moto free dia bagi tayar dunlop.oklah tu tak lah licin macam tayar sebelumnya tapi masih pancit lagi atau mungkinkah rim yang menyebabkan tayar pancit. ade jugak yang syorkan kat aku suruh pakai tayar tubeles tapi mahal sangat...kene tukar kepada rim sport lagi. Apa cadangan bro brapa kos. aku ni kurang pandai dalam bab macam ni.
Jawapan kami: Uiiihhh panjangnyer soalan ni... macam mana nak jawab...Macam orang tua selalu cakap,malang mana ada bau langsung. tayar MOTOR PANCIT. pastu menolak motor cari kedai motor......tolak tolak tolak..
Tayar pancit secara tiba-tiba ketika anda sedang menunggang motorsikal?Jika pernah, apa yang anda lakukan ketika itu & apakah nasib anda ketika itu samada terjatuh atau anda dapat mengawal motorsikal anda daripada jatuh?
Berikut adalah tips-tips yang ingin dikongsi jika anda berhadapan dengan situasi tersebut
Terdapat 2 situasi tayar pancit..
1.Petanda2 amaran tayar pancit
Situasi dimana angin dari tayar keluar secara perlahan-lahan dan anda boleh perasaan perubahan tersebut terutama sekali ketika anda sedang membelok. Motor akan terasa berat dan berada dalam keadaan tidak stabil dan terhoyong-hayang. Ini mungkin kerana terdapat bocor yang kecil pada bahagian tayar akibat tercucuk benda-benda tajam seperti paku, pin, batu & sebagainya yang menyebabkan angin keluar daripada tayar sedikit demi sedikit.
2.Tayar pancit tanpa amaran
Situasi Tayar tiba-tiba meletup atau dimana angin dalam tayar keluar secara pantas dan mengejut tanpa memberi anda sebarang tanda atau amaran. Ini mungkin akibat kerana tayar motor tersebut terkena benda tajam dan mengalami bocor yang besar seterusnya menyebabkan tayar kempis secara tiba-tiba. Situasi ini biasanya susah untuk dikawal kerana angin dalam tayar keluar secara total.
Apa yang perlu anda buat?
1) Jika tayar belakang pancit Tayar belakang motorsikal yang selalu pancit kerana beban yang lebih dibahagian belakang, terutama sekali jika membonceng orang dibelakang. Sebab itu saiz tayar belakang direka lebih besar berbanding tayar hadapan.
Cuba untuk perlahankan motorsikal anda. Jangan brek secara tiba-tiba. Kawal motor anda sebaik mungkin agar tidak terbabas ketengah jalan. Jangan panik tumpukan perhatian untuk memberhentikan motorsikal anda dengan selamat supaya tidak terjatuh. Biasanya situasi ini lebih senang dikawal kerana anda masih boleh mengawal keseimbangan handle motorsikal.
2)Jika tayar hadapan pancit
Situasi ini lebih berbahaya kerana ia susah untuk dikawal. Anda akan hilang kawalan terhadap motorsikal kerana handle tidak berfungsi seperti biasa. Jika tayar hadapan motorsikal yang pancit secara tiba-tiba, anda hanya ada masa lebih kurang 5 saat untuk mengawal motorsikal anda. Situasi 50-50 berlaku samada anda dapat mengawalnya dari terjatuh ataupun tidak.
3)Jika tiba2 pancit hilang kawalan motorsikal
first jangan panik..Jika anda tidak dapat mengawal motorsikal anda ketika itu, cuba elakkan dari jatuh ke sebelah kanan jalan bagi mengelakkan anda dilanggar oleh kenderaan lain. Peluang anda untuk dirawat sebagai pesakit luar di hospital berdekatan lebih cerah jika anda jatuh ke sebelah kiri bahu jalan. Tetapi, jika anda terjatuh ke sebelah kanan jalan anda tidak akan dirawat sebagai pesakit luar, malah mungkin lambat keluar dari hospital.
Tip-tip berguna Pilih Tayar Motorsikal
1. Periksa tayar motorsikal anda sebelum memulakan perjalanan. Pastikan cukup angin tidak terlalu keras atau lembik. Tukar tayar yang baru jika bunga tayar sudah botak.Perhatikan keadaan kehausan tayar motosikal anda kerana setiap bentuk kehausan memberitahu sesuatu bentuk masalah mekanikal.
2. Berhati-hati ketika melalui kawasan yang sedang dalam pembinaan jalan atau kawasan yang kerja-kerja penggalian lubang sedang dijalankan kerana terdapat objek-objek yang tajam di kawasan tersebut. Objek-objek tersebut boleh menyebabkan tayar motorsikal anda pancit dan bocor.
3.Mari kita mengenali jenis tayar motorsikal..
Setiap pemilik motosikal ingin memiliki tayar yang terbaik untuk motosikal mereka.. Menurut satu kaji selidik yang telah dibuat antara jenama-jenama tayar pilihan yang diorang rasa bagus digunakan sering di gunakan tak kiralah mat rempit atau pemandu berhemahTapi itu pendapat masing masing lerrr... cuma aku hanya nak kongsi beberapa jenis tayar ajer kat sini... dari segi performance... jangkamasa tayar ni....
Ada yang suka FKR harga boleh lahh....... bunga pon tebal..Cuma ada yang cakap pakai FKR RS900 80/90 ni tayar x berapa nak grip time brake emergency dan berat.. Agak licin ketika hujan. Ketika nak amik selekoh, tayar ni terasa seakan-akan membuang..kalau guna farrelli F900...bunga nampak macam tt100 dah try sangat licin on dry road.. Tak berapa sesuai untuk amik selekoh pada high speed Cuma kalau bagusnyerr Pancit boleh naik
Aku tak kisah mana-mana model TT ni.. TT100, TT500 or TT900 suma bule layan....
tapi utk cornering TT900.. utk wet handling TT100.. dunlop TT900 pergh layan lap memang best.. motor pun ringan.. tapi time hujan x grip langsung brek skit senang gelungsur seb baik x sondol kete member aku masa dia kuar simpang x bagi signal. x bleh pakai punya member hak2 kalau dunlop TT100 saiz 80/90, masa ni trend tayar besar layan lap best siut.. tapi motor berat pick up x de kena set balik sprocket leceh.lagi satu kalau pakai TT100 saiz 70/80 la layan lap dan time hujan ada grip.. for both aku rasa TT500 arrr...tapi kalo bawak takat 80kmh... mana pun ok daaaa....
Bagi aku layan korner ngan tayar ni, cukup mencengkam. tayar IRC yg cubprix siam pakai, tapi kat malaysia tayar ni tak popular. sebab ia tayar racing. Bunganya halus lembut serta berselerak ok. Kalau tayar MICHELIN 90/80 tayar Michelin terbukti dengan cengkaman yang baik tetapi bunga tayar sebegini amat berbahaya untuk digunakan sebagai tayar hadapan.. lagi satu tah kenapa lah bunga dia cepat abis. Lagi satu pernah sekali cuba test pakai Michelin Pilot Sporty grip hanya pada jalan yg panas..... tayar hard compound tapi cepat botak.... dalam hujan....masyaallah.....
4. Gunakan tayar tubeless Gunakan tayar tubeless (tayar tanpa tiub di dalamnya). Tayar ini lebih selamat dan tahan lasak berbanding tayar-tayar biasa. Struktur dalamannya lebih kuat serta teguh & tidak memberikan impak yang besar jika ia tiba-tiba pancit. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana ketika pancit.
Anda juga boleh menampal sendiri kebocoran pada tayar jika berada dalam situasi kecemasan dengan cepat dan pantas, berbanding menukar tiub bagi tayar biasa. Jika bocor, harga bagi menampal tayar jenis ini lebih murah dari harga tiub motorsikal. Harga tayar tubeless agak mahal sedikit tetapi amat berbaloi demi keselamatan anda.
Tayar Tubeless Memang Berbaloi
Pakai tubeless pun pancit juga. Tapi biasanya, kalau setakat kena paku tu, sempat lagi cari workshop, atau pam kat stesen minyak. bukan susah nak pancit.....dia kalau pancit, pancit jugak tapi...angin dia keluar skit2.......sebab tayar tubeless tidak menggunakan tiub.....kosong di dalamnya....so apabila terkena paku atau benda tajam.....paku tersebut akan melekat dah bertindak sebagai penahan angin dari keluar (tapi kalau biar lama2 kempis jugak tayar tu).....berbeza tayar bertiub...kerana....tiub lagi nipis dari tayar luar....so...koyakan pada tiub besar dan sememangnya angin keluar menderu2 la.......
Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan.
Bajet Tukar Tubeless
Tayar tubeless (heavy duty) RM130 sepasang + Sport Rim RM110 sepasang (tayar depan dan belakang). Total cuma RM240
Rim biasa tak boleh pakai tayar tubeless. Kalau guna tayar tubeless mesti guna sport rim. Tak kisah la berapa spike korang nak yang penting sport rim.. Pemilihan sport rim bertayar tubeless lebih selamat untuk tunggangan seharian. Penggunaan sport rim lebih ringan sebenarnya meningkatkan kuasa motosikal kerana peningkatan nisbah kuasa-ke-berat (power-to-weight ratio). Kuasa yang sedia ada dapat menggerakkan motosikal dengan lebih baik kerana berat bebanan keseluruhan menurun .
Kalau pancit,Kos tukar tubeless pun tak mahal. Jauh lebih jimat Tubeless cuma RM5!berbanding tak pakai tubeless kalau tukar tube motor RM 14...(tiub yang bagus) dan lagi satu kalau tak jumpa kedai motor, workshop kereta pun boleh buat! Hm, itulah yang istimewanya tayar tubeless ni. Kalau pomen jalanan, harganya tak kurang RM20 sekali tukar. Kalau tiap-tiap bulan kena? Huh...
Lagi satu, kalau selalu pancit, tayar pun cepat rosak. Kos tukar tayar lebih kurang RM50 - RM65 sekarang ni.Kesimpulannya, saya nasihatkan semua sahabat yang kerap bermotosikal bertukarlah kepada tayar tubeless. Very cost-effective! InsyaAllah.
Penggunaan Tire Guard Sealant
Memang kalau guna Tire Guard sealant ni kita tak sedar pun tayar kiter bocor tercucuk paku ke, skrew ke duri ke, dawai kerr..bila bocor jer terus tampal automatik memang berkesan mencegah kebocoron tayar.. Satu botol sealant untuk satu tayar jela..kalo 2 tayar 2 botol lah. sealant ni untuk kemudahan di kala kita tak jangka..Cuma tayar berat la sikit sebab ade liquid sealant dalam tayar kan.
Duit boleh cari, keselamatan yang paling penting. Tinggalkanlah teknologi lama (yang dicipta sejak tayar dicipta), beralihlah kepada tubeless lebih selamat lagi
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..
46 comments:
nice info bro... tapi nak tahu tahap keselmatan tubeless.. sebab setahu sy bila perjalanan terlmapau jauh dan tampa hanti tubeless boleh meletup disebabkan panas..betul ker?
research dan info yang bagus. saya ketika zaman bermotosikal dulu memang tak pernah pancit. Serius. cuma yang herannya, bila bagi pinjam aja kat kawan terus pancit... :)
noted!!
done kena ambil iktibar nie
aq pakai tubeless.. mmg tahan lama.. kalo pancit cuma tukar tiub je.. even tayar ada pecah sikit
bahaya motor pancit ni..
kadang2 sampai hilang kawalan..
bahya oh bahaya..
tayar kereta pun..ada yg tubeless kan..?
jom ke APA KATA HATI pulak,
SELALU KEKERINGAN IDEA ??
tips berguna....
paling xsuka bocor time nak p keje...
or balik keje..n kedai motor bapak jauh...nk menolak motor yang malas tu...
dulu pernah tolak moto dari jambatan ke Juru, Penang
uish, thanks 4 da info..
mmg berguna..
tapi, moto dh xdak.. ;((
btw, Tyre Sealant tu guna cmna.. mcm xfaham r~
betul cakap kau. duit boleh carik. keselamatan tu, penting.
=)
Dulu zaman aku merempit ngan TZM aku pilih tayar yg baik gak laa....skg nih,tayar yg murah2 jekk...hehehe bajet ciputtttt....hehehe
bgus2....aku pernah kena tayar bocor masa trafic lite...nasib baik brader jual rokok depan tu leh tukarkan..caj rm10..tiub biasa...normal rm 8
byk sgt tips berguna dalam ni. tapi sy xde moto n keta lagi. bleh la baca untuk tmbh ilmu pengetahuan. huhu..
kalau tayar pancit. mmg org panik la. huhu tmbh2 kat tempat2 gelap ke.. huhu
serious bro, bnyk info yg berguna kat blog ni~ nasib tak kena bayar pun kalau nak baca. hehe.. duit boleh carik, nyawa mana nak cari~
teringin nak pakai tayar tubeless lepas ni. lagi selamat bila membuat perjalanan jauh..
menarik jgk info ni
salam...
lama dah xsinggah sini
hehehe
menarik!
pelik gak tengok soklan dia tu..
3x pancit dalam sebulan
mesti ade probs dalam pemilihan tayar...
nas punye tayar tahan berbulan2 woo....
nak pilih tayar terbaik..cuma survey di atas tu menyatakan byk pilihan tayar tarbaik~
latest entri:
facebook page yg pelik2 dan ade artis add aku!
Assalamualaikum.
Apa khabar admin.
Setahu saya hanya moto besar dengan rim alloy sahaja yang guna tubeless.
Adakah kemungkinan kapcai dengan rim biasa gunakan tubeless.
Alhamdulillah, setakat nie tak pernah tolak moto sebab pancit, tapi pernah tolak moto sebab tangki kering. Meter rosak...
TQ
pernah pancit motor tengah h/way...gua pepah sampai kampung...sampai tercabut2 tiub...tayar terus jahanam..!
perh
sejak wan keje jauh ni
rasa chuak kalau2 tayar pancit kat highway
simpang 44 malaikat la..
x mau terjadi
abang ada ckp gak tubeless ni
ermm thanks2
angin tayar plg sesua berapa tuk motor
wan da baca tpi mcm x perasan sama ada di tulis or x..
wan selalu 210 ok ke??
apa2 maintion kat chat my blog k..
hehe tq
jaga2 kalau lalu area klang atau petaling jaya, ada org tabur paku,member2 kami ramai da terkena,kejap je ada la mamat yg dtg jual tiub mcm2 tau2 je tayar akan pancit kat situ..
nak cerita pengalaman..haritu alkisahnya cina kat kedai tukar tayar tubeless..last2 meletup atas highway..mmg nasiblah waktu tu..pengajaran dan pengalaman dalam pilih tayar..alhamdulillah ada pakcik tu sanggup tolong bawak moto tu ke kedai yang sangat jauh..dan inshaAllah hari ni akan tukar ke tubeless pas baca info ni.. =)
p/s: takut meletup lagi atas highway.. =_=
hi mana nk dpt tire guard sealant ni?
Salam bro.kalau nk layan corner saiz tayar apa yg sesuai..??
Farrelli telah mmbuat lutut aku berjahit..selekoh cecah lutut..mmg agak goyang bila selekoh..tayar bunga lembut sangat..
salam..nk tnye skit..aq da lame x bwk ex5 ni.tdi terase nk bwk..bila bwk moto tu jdi terhuyung hayang mcm org mabuk.chek rim ngn tayar smue ok..ape masalh erk?
salam..nk tnye skit..aq da lame x bwk ex5 ni.tdi terase nk bwk..bila bwk moto tu jdi terhuyung hayang mcm org mabuk.chek rim ngn tayar smue ok..ape masalh erk?
Tubeless ada tiub ker?
Tubeless ada tiub ker?
Tiub ape yg tuan firdaus maksudkan ni?
Info yang berguna
Info yg bagus dan bermanfaat. In shaa Allah
Info yg bagus dan bermanfaat. In shaa Allah
Salam geng... lau pengalaman aku plak, tyar pe pn psang kt moto aku sme je...melangsar...huhuhu... sbb beban kurang tokey tayar tu ckap... "lu kulus punya body. lu kasi brek kuat2 pun moto masih boleh jalan punya maaa. Bkn itu tyar pnye mslah. Lu angkt machelin ka, dunlop ka, lu kasi wang byk2 pun sama juga. Bkn itu brek xmkn... lu yg xckup mkn.." hahaha...siyek btol tokey...dye boleh ckp sbb bdn aku kurus. Tp dh alang2 kai sume sme je... aku skrg pkai tyr Blackroad ngn Blackstone. Murah. Dr thn 2009 mmg kai tubeless... jenama yg tu pn asal boleh je... bru 70- 80 hengget je.
Lpas tu trus enjet tyre guard...kt psaraya besar byk jual bnde ni...pegi je la bahagian yg jual shampoo krete n acsesory dlm psaraya tu...hrge pn boleh thn jgk...20 hengget lbih jgk laa...tp thn lme smpi la pecah tyr korg tu... nk guna pn xsusah... bkk je bal tmpt isi angin tyr tu...kasi buang angin..pastu tuang je laa dlm tyar korg. Dye ad straw bg sng korg isi dlm tyar. Kne paku ke tcucuk bnde tjam yg kurg 5mm byk mne pn ok je...kcuali tyar koyak atau pcah.
Salam geng... lau pengalaman aku plak, tyar pe pn psang kt moto aku sme je...melangsar...huhuhu... sbb beban kurang tokey tayar tu ckap... "lu kulus punya body. lu kasi brek kuat2 pun moto masih boleh jalan punya maaa. Bkn itu tyar pnye mslah. Lu angkt machelin ka, dunlop ka, lu kasi wang byk2 pun sama juga. Bkn itu brek xmkn... lu yg xckup mkn.." hahaha...siyek btol tokey...dye boleh ckp sbb bdn aku kurus. Tp dh alang2 kai sume sme je... aku skrg pkai tyr Blackroad ngn Blackstone. Murah. Dr thn 2009 mmg kai tubeless... jenama yg tu pn asal boleh je... bru 70- 80 hengget je.
Lpas tu trus enjet tyre guard...kt psaraya besar byk jual bnde ni...pegi je la bahagian yg jual shampoo krete n acsesory dlm psaraya tu...hrge pn boleh thn jgk...20 hengget lbih jgk laa...tp thn lme smpi la pecah tyr korg tu... nk guna pn xsusah... bkk je bal tmpt isi angin tyr tu...kasi buang angin..pastu tuang je laa dlm tyar korg. Dye ad straw bg sng korg isi dlm tyar. Kne paku ke tcucuk bnde tjam yg kurg 5mm byk mne pn ok je...kcuali tyar koyak atau pcah.
Apa yg ko cakap ni? Kejap tubeless kejap tukar tiub.
Rim lidi x leh pakai tubeless, sport rim boleh, walaupun kapcai.
Yang cina kat kedai tu tukar tiub ke tukar tayar tubeless?
Maksud En. Firdaus tu kalau tayar tubeless ada bocor yg terlampau besar,biasa tak boleh nak tampal dah. Mesti kena tukar tayar baru. Tapi kelebihan tayar tubeless ni dalam keadaan macam tadi pun, boleh letak tiub dalam tayar kalau takde bajet nak tukar tayar tubeless baru. Untuk sementara waktu saja.
mak kau jibgor, tayar skrng semua mahao gile, nak 10 % tahun ni, teguk la tahun dpn mesti nak lagi.
pakai je tayar yg murah2 cukup. xpelur la ambil tayar mahal.
tau tu ramai org cakap premium tayar best, tapi fikir kete ape dulo.
proton old version perlu ke pakai tayar premium? hahaha
Aku dah lama pajai tayar fkr rs-900 selama 3 tahun nie tiada masalah, cuma hujan jer lah licin sikit, tp masa kering dan bila tayar dah betul2 panas, mmg grip dgn jalan.
Tp kali nie pakai baru setahun, tayar belakang ada licin, mcm x grip, aku rasa benda nie jadi lepas aku layan karak, mmg betul2 aku belasah tayar nie, balik terus licin, sebelum nie aku bawak santai ker, top speed pun kt highway.
Tp kali nie kt highway karak, turun naik genting, aku mmg belasah korner laju, sbb tu ker tayar licin sbb bunga tebal lg, s
Tuan, saya nak minta pendapat dari tuan, saya biasa guna fkr tyre, tapi sbb kedai xde stock saya tukar brand kenda. So, saya nak tanya JENDA ATAU FKR MANA Y LEBIH BAIK. Sebab pakai KENDA TYRE lebih kurang sama jer tuan. Minta respons
Do you know that this content is unique? This content is extremely instructive and written very well. I greatly appreciate you providing this data. I liked this too much. I hope you find my praise enjoyable. soundproof mat for car
Post a Comment