Tuesday, March 1, 2011

Tip-tip memandu ketika hujan..

Soalan yang diajukan..


anis: Bro tumpang tanya.ade org kate masa hujan kena pasang double signal . tapi ade plak kata tak perlu pasang.mana satu yang betul ni? Tengah kompius ni.Pernah di lihat pemandu kereta waktu hujan hujan lebat yg amat tapi dia boleh cool tak pasang lampu, siap main potong-potong orang lain lagi. bleh tak bro bagi tip driver masa ujan.

Jawapan kami..
thanks bertanya..Entri kali ini, saya akan kongsikan mengenai tips memandu ketika hujan lebat. Tips yang saya rasa, ramai sudah maklum mengenainya.
Tip2 memandu kereta dalam hujan
...

Bila jarak penglihatan kita hanya sekadar 50 meter kebawah.. (hujan atau kabus tebal) seelok2nya memperlahankan kenderaan... memandu dengan berhati-hati ikuti beberapa tip-tip panduan seperti dibawah ni

1. Jangan memandu kalau anda tidak cekap memandu dalam keadaan hujan. Bahaya untuk diri sendiri dan orang lain.Tangguhkan perjalanan kalau boleh. Kalau terpaksa jugak, pastikan anda dan kenderaan anda bersedia untuk menempuh cuaca hujan tu. PastikanPengelap (wiper), aircon, deforger, hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu brake kenderaan mestilah berfungsi dengan baik. Lampu brek utama dan ketiga adalah amat penting ketika hujan.hendaklah berfungsi dengan baik. Ini bagi membolehkan pengguna di belakang kenderaan anda dapat mengenalpasti sesuatu keadaan ketika pemanduan anda.

2. Nyalakan lampu kabus. Jika perlu nyalakan lampu utama. Jangan mengada-ngada nak nyalakan LAMPU KECEMASAN. Nanti orang ingat kereta tu tengah sedap berhenti kat tepi jalan.

Pasang Lampu Hujan

Bila time hujan, menyebabkan penglihatan agak terhad...tak boleh nampak dalam jarak yang jauh....jadi WAJIB lah pasang lampu, bukan semata-mata untuk pemandu tu sendiri nampak jalan...tapi nak bagi pemandu lain nampak kereta kamu!! Sebenarnya kereta yang pasang lampu tu nampak blurrr je dari jauh...lepas tu bila eksiden salahkan orang lain...So kalau taknak terjadinya eksiden PASANGlah LAMPU ketika hujan!!! tak rugi apa pun kan pasang lampu tu...tak luak pun bateri kereta korang tu oke!! tau tak bahaya kalau kite tak pasang lampu bile hujan?lagi-lagi kalau kereta kite kaler sama macam kaler jalan tu..contohnya kereta colour silver la..

Lampu kecemasan (hazard light)

Ia digunakan ketika kenderaan berhenti untuk kecemasan. , bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan.Pada aku sangat bahaya sebab kalu kereta tu nak membelok kiri, kanan atau nak tukar lorong...orang lain tak tau...sebab dah dua-dua signal dipasang kan..kalau nak nyalakan hazard light semasa hujan lebat berhenti dulu kat tepi jalan lepas tu buka hazard light.. hazard light mungkin masih diperlukan.. untuk memberitahu pemandu dibelakang.. bahawa.. menjarakkan kenderaan mereka dari belakang kita..sebab kereta kat depan ada masalah (sebagai tanda isyarat kat kenderaan belakang yang kereta kita nak berhenti ) macam eksident atau air limpah jalan...

3. Jangan memandu terlalu perlahan atau laju. Rileklah dengan 'throttle' tu. Kurangkan penggunaan brek sebab jalan licin dan brek selalunya tak membantu sangat. Gunakan gear rendah lagi bagus.

4. Ingat kata-kata hikmat aku ni.. "MENGEKORI KENDERAAN LAIN ADALAH AMAT BERBAHAYA..! Hadkan jarak antara kenderaan di hadapan. Ikut lampu belakang kenderaan di hadapan kalau penglihatan terhad. Jangan ikut terlalu dekat sebab nanti tak sempat nak brek, tercium pulak belakang kenderaan kat depan tu.
5. Lagi bagus kalau pakai cermin mata khas untuk memandu dan bukan 'sunglass'. Cermin mata berwarna amber bagus untuk memandu semasa berkabus atau hujan kerana warna merah dan oren lebih jelas kelihatan. Tak percaya, pegi kedai pastu cuba pakai cermin mata warna amber.
kalau hujan waktu siang hari, pemakaian cermin mata berwarna amber dapat membantu penglihatan anda ketika memandu di hujan lebat. Banyak kali dah cuba,banyak membantu dalam meningkatkan kualiti penglihatan anda melalui pemakaian cermin mata amber.tapi kalau waktu malam jangan lerrr pakai yerrr..kompem tak jelas nampak.

Tip2 Penunggang Motorsikal dalam hujan.....
Kekadang walaupun hujan, masa tak membenarkan kita berhenti. Kalau terpaksa jalan jugak, yang susahnya pemandangan jadi masalah. Jalan tak berapa nampak, line putih hampir hilang kerana tertutup air hujan. Jadi sebagai peringatan ambil langkah-langkah tersebut..

1. Jangan suka membrake kan motorsikal anda dalam keadaan mengejut..kalau boleh elakkan selalu guna brek belakang.kerana bila brake boleh mengakibatkat motorsikal membuang kebelakang......pakai brek depan je......2. Pasang lampu bagi motor yang bukan auto pasang...kalau tak pemandu lain seperti kereta dan lori tak nampak kamu nanti...3. Pakai jaket tebal skit kalau takde baju hujan.....elakkan tubuh terlampau sejuk....nanti response tubuh jadi slow kalau ada apa2 berlaku....4. Jangan le bawak lelaju sangat....tayar kurang mencengkam kalau jalan basah....walaupun brek power dengan brek disk besar gedabak depan belakang....pun tak guna juga......Tolong jarakkan motorsikal anda dari belakang kenderaan lain..perhatikan Lampu belakang kereta atau kenderaan lain jadikan guide. Jadi kita tidak lah ikut brake motor secara mengejut...especially kalau jalan tu kita tak biasa. kalau ada lopak air, kereta depan tu langgar dulu, kita dah boleh ready. Kalau kita yang depan, termasuk lopak air dulu, jadi boleh buat langkah berjaga-jaga !

5. Pakai helmet yang ada visor.....warna jernih......untuk mengelakkan mata kita terganggu dek hujan, angin dan suasana yang kurang jelas......

Visor helmet full face pulak senang jadi berkuap, lagi problem.So langkah defensive pertama, off course lah tak leh laju-laju macam biasa. Kedua, cari benda ( biasanya kertas ) aku selit kat visor helmet tu biar dia tak tertutup habis. Angin boleh masuk sikit, jadi wap hilang. Kalau tak, visor berkuap, kalau penunggang motor tu spek mata pun berkuap sekali. Bukan lagi rabun tapi kabus tak nampak akibat wap

6. Kalau brenti bawah jambatan kat highway tu.....seelok-eloknya duduk kat luar highway.....biarkan je motor tu parking tepi jalan.....dah banyak kes motor kena langgar dek lori masa berteduh bawah jambatan.banyak nyawa melayang.dah tau masa hujan, jalan basah, lori banyak......BAHAYA......

Selalu dok perati ramai rider yg tumpang berteduh bwh flyover.... adalah dinasihatkan bleh berteduh tapi jangan la bertenggek atas motor ... kadang tu sampai masuk lane kereta.. ini adalah merbahaya kerana kadang-kadang lori yang besar besar bukan nampak sangat yang tepi tepi jalan tu tambah hujan lagi.. so klu nak bertedung park moto then dudok jauh dari jalan... silap hari bulan akibat nak bertedung kena lenyek ngan lori.. sebab ade kes dah dulu akibat berteduh dari hujan..

Adengan yang tak mau dilihat...

Keselamatan jalanraya bergantung pada anda. Jangan buat kerja gilerr.. Pastikan anda sentiasa melindungi nyawa anda dan orang lain di samping menyelamatkan duit poket anda dan orang lain.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

40 comments:

mrs kayrul said...

info yang berguna...aku selalu tgk pemandu guna lampu kecemasan waktu hujan lebat...ruper2nyer perlu guna bila berhenti tepi untuk kecemasan jer erk..

mr.syazwan said...

time kecik2 ku tanya kat bapak ku

napa pasang emergency singnal

dia kata kalau time ujan x nampak pasang ler

tu ku thau sampai sekarang

tpi kalau air cond xde time ujan perh menanah woo

Nerzhul said...

yeah..marah betoi kat orang taknak pasang lampu masa hujan. bahya bahya..

AngahSayang2314 said...

wah banyak tul info yg angah dpttttt

Anonymous said...

info berguna time ujan tu....

Ina said...

wah..bagus tips awak ni. saya ni rabun..kalau boleh mmg saya elakkan memandu dalam hujan..tapi..dah on the road tu..terpaksa redah jugak la ..

Unknown said...

saya naik keretapi... hehe thanks bro.. tips berguna.. kadang-kadang2 syik terbabas jer kerja

Liquid said...

nice tips bro =)

Unknown said...

lama xupdate bro..good tips

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Kurangkan kelajuan dan elakkan membrek mengejut. Kurangkan tekanan pada brek mengelak tergelincir...

Pandu cermat jiwa selamat.

TQ

Noor Fatin said...

tips yang sangat bagusss!!!

bahaya memandu dalam hujan. sy xde lesen lagi. bleh la jadikan tips2 ni sebagai panduan nanti masa memandu. thanx!! :)

Usagi said...

paling penting bawak slow la waktu ujan, jalan da la licin kang xpasal2 terbabas dalam longkang.

ayie said...

hmm betol2..aritu sepanjang perjalanan hujan dari melaka ke seremban..yang tak best bila pemandu belakang dok follow rapat walaupon depan ada kete banyak..kang laju plak kang susah..sebab nak elak silau lampu dari kenderaan belakang..huhu

Unknown said...

aku suka memandu dlm hujan sbb jln tak sibuk. walaupun jln clear tetap kena drive bawah 100km/j

afendi ariff said...

ko ada keje ngan akpk @ jpj ke bro?
heh!

en_me said...

next time citer pasal baju ujan fulakks.. volleee

NAZ said...

pasal cermin mata tu baru tahu. thanks

Adii NakHeran said...

thanks bro,, info yang baguih,, thumbs up la,,

Unknown said...

Hehehe....pic yg last sekali tak leh tahan tu.....bahaya pun satu hal gakk...memacam keranah manusia...

logorithm said...

Good tips! Tapi nampaknya ramai yang mengambil ringan bab keselamatan ketika berada di jalan raya. Salah siapa?

Faten Rosli said...

goods tip.. boleh la apply lepas ni.. :)

Fadzli Amir said...

Bagus2...memang banyak memberi manfaat ni...tapi memang selalu berhati2, memandu tak berapa laju waktu hujan ni...

nabilah_2908 said...

memandu dlm hujan bg sy agak mencabar..lagi2 kalau hujan lebat...

tiap kali hujan..sure jalan sesak kan..? huhu....sbb tu kena berhati2...

terima kasih untk tips2 berguna ni.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
FOLLOWERS APA KATA HATI

Mohamadazhan.com said...

salam bro,

info yang berguna, sekarang ni musim hujan, bahaya juga naik motor dalam hujan, jalan dah jem.

Ct Arina said...

lampu kabus tu yg mane 1? ehe^^

LiFe KaMi said...

memang dalam hujan patut pandu tidak terlalu laju.
pastu klu beli tayar cari yang bunga potong air bru lancar skit pemanduan..:)

Fit said...

salam bro..lama x update blog..bz ke..jgn tension2 k =)

lalink7 said...

hmm...ramai skang pemandu bengong atas highway sana buka hazard lite masa hujan lebat giler...macam nak turun lempang je laju2..

dah satu hal kite lak yang kene berjaga2 samada dia benti atau tidak...susah nyee hidup niee..kite je senangkan idup org tp org selalu susahkan idup kitee..huuuuuuuuuu

hysman said...

superb la bro..
thanx fe da info...
amat berguna baek yg naek kete atau moto...
somtyme bnda yg mudah pon kita cuai utk memikirtkannya...

yg sakit hati bile hujan tgh lebat ade makhluk yg potong ikut laluan kecemasan kat highway nak lg puak singapore....huh

Unknown said...

anda pemenang GA edy : kata kau!

sila hantar details secepat mungkin

Kakzakie Purvit said...

Salute dgn N3 ini. Bagus dan baik untuk jadikan panduan. Tahniah dari kakak.

p/s: Kulai di mana ye?

Madd said...

tips yang sangat berguna...

Nas said...

salam bro nizam..
maaf lama da xsinggah sini..
bz sangat,.
hehehhee..
thx atas tips..
ingatkan xde pasal motor.. upenye ade
hehhe
esok nas nk balik umah nek moto..
doa2kan selamat ea...
harap2 xujan :P

URY said...

Terima kasih, tips yang detail dan berguna..
Memang ramai yg masih on lampu kecemasan ketika memandu dlm hujan, ia tak betul dri segi undang2... ni tentu main ikut org je ni.

ZWAN SABRI said...

baru kutahu pebezaan wax and polish..
HAHA

iniialahaku said...

fuhh...terbaik info...errr..mto lma xbsuh tu ha..berabuk tebal dah tu ha

mykhalis said...

khalis sangat la tidak pandai membasuh kereta dan mengakui bahawa memang hantar kedai sahaja.. dalam masa 2 tahun pakai kete nie ada la 4 kali baru basuh.. arghh.. pasal lampu dalam hujan terima kasih sangat.. mintak sangat pemandu pasang lampu waktu hujan renyai ke,, waktu kelam ke,, sebb ada driver yg rabun n xd spek.. stuju jgn kedekut bateri..hehe

Unknown said...

nanti buat la entri macam mana nak pasang clutch tangan kat motor yg asalnya autoclutch dan adakah salah kalau memasangnya :)

Jason Ooi said...

Terima kasih kerana berkongsi info dan tips yang berguna.

Kalau kena accident dengan lori besar di highway memang bahaya dan boleh mendatangkan maut kalau tidak berhati-hati.

Sound Deadening Store said...

Do you know that this content is unique? This content is extremely instructive and written very well. I greatly appreciate you providing this data. I liked this too much. I hope you find my praise enjoyable. closed cell foam