Wednesday, April 27, 2011

Curi side mirror motor, Tayar pancit & savvy

Memandangkan pertanyaan semakin hari-semakin banyak..Hari ni ada kesempatan sikit nak jawab 3 pertanyaan dari pembaca blog.. Maaf agak lambat nak jawab..
_______________________________
1) Pertanyaan Yang diajukan..
abu :nak tanya kenapa cermin sebelh kiri motor bnyk yng hilang...ada geng curi cermin motor ke?
_______________________________
Jawapan kami..
Curi Side Mirror Motorsikal...
Pencuri, pencuri… kenapalah kau menyusahkan orang? Kenapa tak berusaha untuk mendapatkan barang yang ingin di miliki dengan ‘mengambil’ barang orang sewenang-wenangnya? Curi side mirror pun ada! Nak buat laporan polis pun fikir masak-masak, kes kecil ini sudah tentu tidak akan mendapat perhatian polis..
_______________________________
Sila perhatikan gambar dan video ni..
Selamber ajer curi side mirror motor kat sebelah dia tu...
kejadian tersebut dilakukan di parking lot shoping complex.. Mungkin geng-geng curi side mirror ni tak perasan video dia dirakam..

Zaman sekarang ni semua nak kira mudah je...main kebas-kebas hak orang...

Mungkin kalau nak elakkan side mirror motorsikal dicuri ni, kena welding sket kat nut Side mirror tu.... biar dia susah nak bukak nut tu... Tak pun, ketatkan betul-betul nut tu...biar sampai loose pun tak pe...

_______________________________

Tips macam mana nak jaga motor daripada dicuri

  • Pasang kunci kedua, ketiga, keempat dan banyak – banyak kunci.
  • Letakkan motor anda dikawasan yang ramai orang dan mudah dilihat.
  • Pastikan kunci motor anda berada disisi anda. Jangan pula tinggal dimotor.
  • Kalau mampu, pasang sistem penggera seperti kereta tu.
_______________________________

Kalau tips tersebut tidak menjadi, gunakan tips ini

  • Gunakan motor biasa – biasa sahaja.Biar motorsikal korang nampak macam motor apek pakai pergi ke kebun, motor pakcik pegi menoreh dan lain-lain. Kalau naik LC ke, Nouvo ke, dan model – model lain, mesti orang yang tak mampu akan cemburu akan anda.
  • Kalau naik EX5 (motor biasa) pastikan motor anda tidak cantik dan tak menarik perhatian pencuri. Jangan basuh, biar nampak buruk.
  • Jangan pasang sebarang aksesori yang menarik perhatian. Pakai je biasa motor tu, biar nampak standart. Tak payah la sport rem yang lawa – lawa.
  • Sebelum tinggal motor (parking) tu, tanggal siap – siap komponen yang penting. Macam buang karburator ke, buang tayar ke baru la motor takkan hilang. Hahah.
  • Tambat motor anda di tiang yang besar. Ikat pakai rantai feri, kompom tak hilang.

Tetapi sebagai langkah pasrah boleh le letak sticker kat motor tuh, tak pon notis atas motorsikal tu, sapa curi kubur berasap, tak pon aku tuntut kat akhirat, hidup tak senang makan duit haram, lepas ni kena gelek lori najis....

_______________________________

2) Pertanyaan yang diajukan...
oren saya nak tanya encik, saya baru pakai proton savvy tapi tak jumpa kat mana tangki airnya..boleh tolong saya?

_______________________________

Jawapan kami...

Tangki Air Savvy...

Kepada oren saya juga tak pasti tangki air yang apa yang di maksudkan kat kereta savvy ni ada 2 tempat nak masukkan air
1) Coolant reservoir Tank- Untuk masukkan cecair coolant + air kat dalam ni
2) Wiper Washer Fluid Tank- Kat sini tempat air + sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid

_______________________________

3) Pertanyaan yang diajukan...
zezolla waa..!!tayar moto saya pancit..ta twu nak watpe..=( _______________________________
Jawapan kami..
D.I.Y Tayar Motorsikal Pancit...
A) Kalau Tayar Guna Tube Getah
kamu pakai tayar bertiub ( bukan tayar tubeless) agak payah sikit kerjanya..First periksa tayar kalau ada paku cabut dulu paku tersebut. Pastu bukak tayar keluarkan tiub tersebut menggunakan tool pembukak tayar.. kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut. Benda ni senang ajer tampal rubber patch dengan gam yang di sediakan kemudian urut-urut sikit kasi gam rata dah ok balik.

Pastu masukkan balik tiub tersebut kedalam tayar.. pastu pump angin tayar secukup rasa.. pasang balik tayar kat motorsikal..
_______________________________
B) Kalau menggunakan tiubless
kepada sesiapa yang berhajat nak tukar tayar tu .. tukar lah kepada tayar tubeless kalau pancit pun senang jee.. just pakai tayar tiubless agak senang sikit kerjanya..Kalau tayar pancit tahap flat maximum, tapi boleh redah jugak bawak motor slow-slow ke kedai tayar berdekatan untuk tukar
Tapi boleh jugak kalau nak baiki tempat bocor tersebut.. first periksa tayar kalau ada paku..tarik kuar dulu paku dari tempat yang bocor tu..tarik guna playar kalo susah guna tangan.. masukkan cacing pada alat skru tu, pastu cucuk ke dalam tayar pada tempat yang ada lubang tadi..pastu tarik semula cacing tu keau sikit, bagi die terkeluar pada permukaan tayar..
Sesetengah kedai/kit tayar pancit ader sediakan sekali gas canister ni .. cucuk je kat tayar dan pam angin guna gas termampat dalam tong gas canister.. kalau tak ada gunakan pump angin.. sehinggalah agak agak keras... Pastu dah leh guna tayar kembali pada keadaan asal..Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Tuesday, April 26, 2011

PROSEDUR BAWA MASUK KENDERAAN LUAR NEGARA KE MALAYSIA


Pertanyaan yang diajukan
Guest
salam..bleh terangkan camner nk guner moto-moto besor singapore di m'sia, leh terang psl harga road tax n coe? cmner nk renew road tax n coe? tq

_______________________________
Jawapan kami..
Pertanyaan ini agak sukar nak jawab memandangkan kami tak berapa tahu hal tersebut.. tetapi mungkin ini boleh membantu anda sedikit sebanyak.. Ok baca macam kat bawah ni yerr...

Sebenarnya bagi pandangan saya sistem cukai di Malaysia menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang teringin nak pakai superbike tak dapat pakai sebab harga nya jadi hampir kepada tidak masuk akal untuk dibeli, tu sebab ramai yg ingin tau cam ner nak pakai superbike singapore yang jauh lebih murah,
_______________________________
Prosedur membeli motor/kereta/kenderaan dari luar negara
(Thailand/ Singapore/ Memana Negara)
untuk dibawa masuk / dipakai di Malaysia..

_______________________________
Sebenarnya tidak salah memakai kenderaan bernombor pendaftaran asing di malaysia, cuma anda perlu patuh kepada segala syarat dan ICP anda sah.

Mana-mana warganegara asing atau warganegara Malaysia yang mempunyai status Penduduk
Tetap (PR) atau permit bekerja yang sah dari mana-mana negara asing, dibenarkan membawa
masuk satu kenderaan atau satu motorsikal; jika memenuhi syarat-syarat di bawah:

1) Kenderaan telah didaftarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk
pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor di negara tersebut;

_______________________________
Ada 2 cara membawa masuk kenderaan:

a. melalui AP / permit import
b. tanpa AP / menggunakan ICP (international circulation permit) - seperti cukai jalan sementara untuk tempoh 3 bulan..
Kenderaan hendaklah dieksport semula dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import; maksudnya 3 bulan sekali kene renew permit keluar masuk motorbike tersebut. (benda ni semua boleh mintak tolong runner buat tu kita tak yah pegi sana janji bayar ajer lah upah kat dia) Senang cakap lah .Pemandu kenderaan hendaklah memohon Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan mempamerkan permit tersebut pada kenderaan di pintu masuk. Walau bagaimanapun, pemandu yang membawa masuk kenderaan yang didaftarkan dari Singapura dan Brunei adalah dikecualikan.Di pintu masuk sempadan Malaysia, pengimport perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kenderaan dan lain-lain dokumen kepada pegawai kastam yang hak jika dikehendaki untuk pengesahan dan kelulusan.
_______________________________
Apa yang perlu buat
a) .Untuk membawa balik kenderaan tersebut secara kekal ke Malaysia, dikehendaki mendapatkan AP ( Approval Permit ) daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - sila rujuk http://www.mohr.gov.my/pdf/permit_ap.pdf
b). Kalau tanpa AP haruslah menggunakan ICP (international circulation permit).
c). Anda perlu berurusan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia (
http://www.customs.gov.my), anda perlu mengemukakan AP, mengisi borang kastam 1 untuk proses pembayaran duti.

Bayaran yang dikenakan terhadap anda oleh Kastam: Kadar duti/cukai yang dicadangkan adalah sebagai panduan sahaja berdasarkan nama dagangan. Pegawai penaksir mempunyai kuasa untuk menentukan kod tarif yang sesuai dan kadar cukai adalah berdasarkan kadar yang berkuatkuasa semasa pengimportan.

Contohnya motorsikal yamaha YZF R-125 seperti gambar di bawah (cuma berharga RM 6 ribu lebih di negara lain !) yang mempunyai CC 125 - 30% cukai dari harga sebenar kenderaan di negara anda beli (setelah di tukar ke matawang RM), 30% duti eksais dari kos anda terhadapkos insuran, kos pengangkutan, jenis pemasangan kenderaan (CBU/CKD) dan kos ICP
_______________________________
Cara lain pulak..
Ok berbalik macam pertanyaan En guest pulak berkenaan menggunakan motor besar Singapore tentang road tax dan COE..

  1. Lesen Antarabangsa
    - boleh dibuat di JPJ di sempadan dengan harga RM150/year
    - sebelum buat lesen antarabangsa ini,lesen Malaysia perlu hidup paling kurang setahun.So.seeloknya hidupkan 2 tahun(..senang cerita)
    - tujuan dibuat lesen antarabangsa ini adalah kerana untuk tukar nama motor dan tujuan insuran motor.
    - kedai motor singapore perlukan lesen antarabangsa untuk motor itu dijual pada kita.
    - bawak 2-3 keping gambar passport utk buat lesen antarabangsa ini

Berkenaan lesen, perlu lesen antarabangsa kerana anda sedang membawa kenderaan berdaftar luar Malaysia. ini untuk selamat dari diganggu pak polisi kalau bawak kenderaan daftar di Malaysia, dah tentu la lesen biasa sudah memadai.Lesen memandu ini boleh digunakan untuk 146 buah negara di seluruh dunia..
_______________________________
2. COE
- COE ni maksudnya Certificate of Entitlement. sesiapa yang nak memiliki kenderaan mesti beli sijil dulu baru layak beli keta .. Moto singapore ada COE (kira macam kontrak la) yang menghadkan tahun penggunaannya. Tamat je COE tu, bike itu dikira scrap (buangan/sampah dll). buleh juga kalau nak sambung COE, tapi belanja besar. seeloknya hidupkan untuk 10tahun..kosnya SGD 1000 untuk 10 tahun

_______________________________
3. Insurans
-Kalau kenderaan tersebut berada secara kekal ke Malaysia
.. Insurance & road tax singapore hanya valid di singapore sahaja. Di malaysia, road tax & insurance tu tak guna. So kalau eksiden ke, memang insurance tak cover. kalau hilang pun sama. Kalau eksiden, cedera ke, mati ke, pun sama.. tak dicover. Apa bila SGD tamat tempoh, kalau kena road block ngan jpj, confirm moto kena angkut dan tak boleh tebus balik pula ..so kalau motor tak ada AP, ICP ,tak ada Road tax dan tak ada register geran Malaysia, yang terang nampak nombor plate pun lain. boleh di anggap motor tu legal, duduk secara haram kat Malaysia, atau motor curi.. masalahnya motor tu road tax tu mane ade.. ini motor Singapore, tak ade roadtax JPJ (Malaysia)..kalau kantoi dengan kastam, anda akan didakwa dan akan dikenakan denda cukai import motor tu. maka anda kena bayar la. benda ni sebab tuan elak cukai.. kesemua ini berpunca roadtax Malaysia tak ade..
_______________________________
4. Road Tax

Cukai Jalan (segi lapan) Singapore mesti ada.

600cc = SGD 150 setahun
1300cc = SGD 450 setahun
_______________________________
5. Inspection (rasa ni macam Puspakom diaorang)
- pemeriksaan dilakukan di "puspakom" Singapore
Kena bawak balik ke Singapore tiap-tiap tahun utk inspection / renewal.. Leceh woi.
Banyak kerenah dan banyak kerja.. buang masa dan sudah tentu la buang duit. Kena paham, Di singapore, setiap tahun, kenderaan kena buat inspection (kira cam PUSPAKOM kita la, tapi lebih strict) utk dptkan roadtax & insurance. Kos utk ini semua paling busuk RM 3000-4000 (bergantung pada umur kenderaan tersebut & juga cc, lagi berumur, lagi mahal)
_______________________________
6. Kita perlukan alamat di Singapore untuk beli motor Singapore.
- Mesti ade member Singapore yg sanggup bagi nama dia untuk register motor tu kat Singapore. Jika tidak ada alamat di Singapore, boleh pakai alamat kedai motor untuk surat menyurat., kalau korang dok kat johor.. especially berdekatan ngan sempadan la, kalau kau rakyat Malaysia tapi bermaustatin kat Singapore (leh dapat AP)
Kalau kau ada saudara kat Singapore boleh gunakan nama saudara kau sebagai pemilik dan nama korang sebagai rider vice versa
- tapi korang perlukan:
i) international pasport (korang kena rajin kuar masuk singapore)
ii) international lesen (pegi kaunter JPJ, angaran bayar RM200 bagi gambar dan lesen.. siap, dapat on the spot)
iii) sentiasa pastikan salinan geran dibawa bersama ketika ride

So anda sendiri boleh totalkan kos setahun untuk pakai motor Singapore ini.

Pesanan dari saya beli la moto singapore yang ada COE atau permit mesti ada kebenaran kalau tak ada kantoi nak jawab bila jumpa Kastam, kalau tak habis lerrr motor korang kena sita..

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Sunday, April 24, 2011

DIY Bumper Pecah Bumper Calar

Pertanyaan yang diajukan..
1 ) nel84 mcm mana nak hilangkan kesan calar yg teruk kat bumper plastik(elite viva)

2) icantomei
tq bro ... tp klo jenis bumper plastic mcmne? plastik ble bergesel kuat akan mnggalkan calar dalam yg menggerutu...apa pndgan bro

Jawapan Kami..
Thanks bertanya.Secara ringkasnya.. Saya hanya dapat berikan sedikit gambaran bagaimana nak hilangkan kesan calar yang agak teruk kat bumper kereta anda
_______________________________
DIY hilangkan kesan calar bumper kereta
_______________________________
1) Calar garisan kecil
Jika bumper kereta anda calar garisan kecil .. boleh melakukan sendiri touch up kesan calar tersebut.tapi kene beli set cat dulu kat www.ezytouchup.com . Satu set harga dia RM63.90. Cara-cara nak guna ada ditulis dalam website tu sekali.

_______________________________
2) Jika calar dengan kesan geseran
Gambar sebelum buat.. kereta tersebut telah calar dengan kesan geseran... tapi korang boleh lah touch up semula.. juga boleh lakukan sendiri ... senang ajer
First kena basuh dulu kawasan calar dari kotoran dan minyak.. gosok dengan kertas pasir yang paling halus... Sampai hilang kesan calar tersebut...
kemudian rasa dengan tapak tangan sama ada kita gosok kertas pasir tu benar benar rata atau tidak... kemudian pastikan permukaan halus... pastu sekali lagi basuh kawasan tersebut..
Pastu Masking tape sekeliling tempat calar tersebut tutup bahagian tepi tinggalkan kawasan yang hendak di cat semula tersebut... Spray primer coat pada tempat tersebut
Tunggu sebentar biarkan benar-benar kering primer coat tersebut... Pastu baru lah kerja-kerja cat warna kereta tersebut...
Korang boleh cari cat spray tin jenis DPI yang sama color ngan coat kereta anda tu... kalau colour proton dan produa tu memang ada jual.. tapi tak 100% lah nak sama ngan colour tu..Kalau kita guna spray tin warna yang macam kat kedai..Ok kamu pergi kedai jual cat biasanya kedai bancuh cat(bukan bengkel spray) .. kamu sebut aje colour code apa..Colour apa ajer yang korang nak..., pastu dia boleh tolong bancuh cat.
Kalau dah benar benar kering cat tersebut.. buka masking tape kemudian gosok kertas pasir halus bagi menghilangkan garis halus bekas masking tape di permukaan cat.. pastu layer spray pula guna clear coat.. pastu korang boleh polish bagi menyeragamkan warna bumper tersebut..
_______________________________
3) Kesan Calar dalam Bumper
Kalau kesan calar tersebut agak dalam dan mengerutu ... hah korang boleh lah gunakan " Simen poly putty"

Cari kat kedai hardware " Simen poly putty" iaitu simen yang biasa orang tampal kat body keta tu. ada dua jenis, kaler merah, dan kaler kelabu. simen ni kena campur ngan hardener/catalyst (kaler kuning). kalau simen ni je tanpa hardener, takkan keras. yang kaler merah lagi keras dari kaler kelabu.
Campur Hard putty dengan hardener sehingga putty tu yang asalnya berwarna kelabu akan bertukar warna menjadi krim kuning. Caranya campurkan hardener macam letak umat gigi dekat berus gigi banyaknya pada hard putty yang diletakkan dalam penutup hard putty tu. Gaulkan sampai warna bertukar. Hardener berfungsi mengeraskan hard putty lebih cepat. Jadi, cepat-cepat, Sapukan hard putty atau simen filler menggunakan scrapper plastik atau besi.. tunggu sampai kering kemudian gosok dengan kertas halus... pastu boleh lah mulakan proses mengecat balik seperti yang disarankan macam kat atas...
_______________________________
4)IKat Bumper pakai Cable Tight
Kalau bumper tu pecah retak dari bawah ... bahagian bumper di tanggalkan dulu.. tebuk lubang kecil bersetentang kiri dan kanan .. cantumkan rekahan dengan cable tight... tapi cable tight tu dijerut mati kat sebelah belakang bumper lahh.... jangan sebelah depan nanti tak nampak cantik plak... Potong lebihan cable biar nampak kemas....

Selain guna cable Tight kita boleh guna dawai..first, Bahagian bumper cabut dulu lah...sama juga tebuk lubang kecil bersetentang kiri dan kanan .. ikatkan rekahan dengan dawai... buat simpulan dengan memutar dawai tu dijerut rapat kat sebelah belakang bumper lahh....diingatkan, jangan sebelah depan nanti nampak hodoh plak... Potong lebihan dawai biar nampak kemas....
_______________________________
5)Bumper Pecah, Merekah atau berlubang
Kenal pasti tahap kerosakan bumper tersebut sama ada boleh repair atau sangat teruk, kalau sikit masih boleh kita simen ajer.. Bahagian bumper yang pecah retak terbelah kena cabut tanggalkan dulu.. Pasang skrew kat atas tempat pecah... rapatkan bekas rekahan... ikat dengan tali untuk merapatkan rekahan..Pastu korang bolehlah simen tutup bekas rekahan tersebut. lagi bagus kalau korang gunakan fiberglass putty filler tampal kat kawasan rekahan tersebut.. Tunggu simen kering, pastu gosok guna kertas pasir sampai licin.."Polyester Glass Fibre Putty"Sekarang dah senang, Korang boleh cari Polyster fiber Glass puty filler aje dah senang dah macam simen body puty gak, tapi ade campuran fiber glass dalam simen tu.. Senangkan...

Kalau bumper pecah berlubang tapi tak berapa besar lah masih boleh diperbaiki , kalau sikit masih boleh kita simen ajer.. Bahagian bumper yang pecah berlubang kena cabut tanggalkan dulu.. first terbalikkan bumper , ambil soletape atau paper tape tutup lubang tersebut. kemudian pusing balik bahagian hadapan...Pastu korang bolehlah simen atau fiberglass filler tutup lubang tersebut.. Tunggu simen kering, pastu gosok guna kertas pasir sampai licin.. pastu boleh lah mulakan proses mengecat balik seperti yang disarankan macam kat atas...
Selamat mencuba....Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Friday, April 22, 2011

Yamaha 135LC dan penjagaan

Pertanyaan yang diajukan..

1) Yastro said... Pas ni bro kene buat entri LC, entri pasal 4 stroke plak....Gue dulu suka kat asap 2t,...skg ni x leh blah dah, sakit hidung bila duk blkg moto 2 stroke nih......hehehe

2) Wak! said... utk LC xde ke bro

3) hafidzon: LC ok minyak itam ape?org kata shell vsx..ultra?minyak hitam nak tukar bape jauh skali?nak service setiap jarak bape?berkenaan dgn rantai elok ganti rantai yg standard ker atau yg mcm mana lagi bagus?motot LC sy standard2 jer bukan jenis suka Modi...Baru pakai LC dan nak kenal.xde mase moto mmg aku xpnah service.

4) Guest: Nak tau versi LC lama ngan versi baru apa bezanya

Jawapan Kami
Thanks semua yang bertanya... Dah banyak soalan yang saya telah jawab.. Mugkin ini entry terakhir bahagian motorsikal kupcai.. kerana sudah agak banyak benda tentang motorsikal saya telah terangkan pada episode lepas-lepas...
_______________________________
Yamaha 135LC lama..
Pada keluaran pertama LC 135 boleh lari laju gila sebab masa tu model ni tak ada cut off lagi. Tapi kalau nak dibandingkan motor ni dengan motor keluaran Yamaha yang lain, saya rasa model ni la yang paling jimat, cantik dan juga amat – amat berbaloi kalau nak beli.
Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Dari segi penjimatan minyak memang ketara . Walaupun tangki sekecik 4 liter, tapi dengan cara penunggangan yang berhemah ( 80-100kmh) ,Motorsikal ini boleh digerakkan sejauh 150-180km dengan mudah. Motorsikal ni jugak sesuai untuk perjalanan jauh berikutan dilengkapi dengan coolant dan kipas serta radiator Malangnya motorsikal ni sering menjadik tumpuan pencuri.
_______________________________
Versi terbaru 135LC..
Berdasarkan rupa motor ni nampak gayanya memang serupa macam Yamaha Jupiter MX macam kat Indonesia. bagi aku ni design nyer agak serabut, tapi yang lain ada improvement.......
Apa yang best pasal motor ni:
-135LC yang tak ade class hanya 4 kelajuan warna hitam,merah dan putih.
-135LC yang ade class pulak baru la 5 kelajuan di sertakan dengan brake disc belakang hanya mengeluarkn 2 warna hitam merah dan putih merah..
-Perbezaan antara 135LC lama dengan 135LC baru hanyalah penambahan 1 gear untuk yang berclass, cover body belah depan,lebar tayar belakang yang lebih besar, panel meter, mudgud depan, kunci utama safety lock, lampu belakang dan mudgud belakang belah dalam seperti 125z..
Secara kasar, rupanya masih sama dengan LC sedia ada tapi jika dilihat dari dekat nyata sangat berbeza dan garang. Lampu depan diubah sedikit dan banyak lengkungan pada cover set depan untuk lebih aerodinamik. Lampu belakang pula diberi nafas baru.
_______________________________
Tip-tip Penjagaan Motor empat lejang
(Yamaha 135LC)

Ni cara jaga Paling basic..
jagalah minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, air coolant.
mahal murah ikut la. nak sedap beli yang elok memang mahal.sume moto kene jage dengan elok kalu nak pakai lame..bende asas tayar wajib di servis bile sampai waktunye. Kat bawah ni saya sertakan beberapa panduan..
_______________________________
1)Servis minyak hitam.
1st time servis minyak hitam... Kalo ikut buku manual memang patut tukar minyak ketika 500km.. Motor yang baru biasanye akan ada serpihan serbuk besi dalam enjin So kene tukar cepat sebelum benda-benda merosakkan permukaan dalaman enjin anda...disuggestkan guna mineral based 4t ajer dulu.. 1000km tukar minyak hitam dan oil filter. sebenarnya ikut manual tukar minyak hitam kelikatan 20w-40/50 6000km n oil filter 12000 skali tukar. Kalau emel customer servis yamaha, dia akan bagi info dalam bentuk powerpoint, 6000km atau 6bulan, oil filter 12000km atau stahun. tapi ada gak oarang buat tukar minyak hitam bergantung kepada milleage perjalanan. sebagai contoh,no ganjil mcm 1000, 3000, 5000. pastu oil filter tukar setiap 2 kali tukar minyak hitam ( senang nak kira) terpulang pada korang lah yerr..Tetapi ada Segelintir pngguna yang terlalu sayangkan LC mereka selalunya akan kerap menukar minyak hitam mereka.Ada juga yang tukar setiap sebulan...
_______________________________
2)Minyak pelincir 4t
Jenis-jenis minyak pelincir terpulang atas individu brdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL ..Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang..

-Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40
-Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40..

contoh - 10w-50 w
= wet @ winter.. 10
= kelikatan semasa sejuk 50
= kelikatan sewaktu panas.. semakin besar nombor tu semakin likat & tahan suhu minyak tu..
cuba bandingkan minyak 5w-40 dgn 15w-50 mana lebih likat ?? sudah tentu 15w-50..dan gred ni akan menjadi likat ssehingga tahap 50 apabila mencapai suhu panas..

3) Oil Filter
Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch) ...
_______________________________
4) Spark Plug
Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye..
_______________________________
5) Coolant..

Cara penjagaan 'coolant' motor aku syor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru . coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50.

_______________________________

6)kipas radiator..

Kipas radiator harus pastikan berfungsi, untuk pastikan samada berfungsi atau tidak,hidupkan enjin 5minit,kemudian pulas sedikit throtle keadaan statik dalam suatu tempoh masa.kemudian leh dgr sendiri bunyi kipas tu dan haba pon terasa keluar ikut lubang dkt cover suit sblah kanan tu..

_______________________________

7) Lain-lain ..

-air bateri kena check selalu sebab cepat kering

-Periksa brek sama ada masih okey atau tidak

-lampu signal (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)

-Air filter Standard punya klu kotor ckit2 tembak dgn angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam jap air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sgt beli je baru.. Kalau ada duit lebih sikit tukar air filter K&N sebab ada liquid cleaner nya & washable(boleh cuci/basuh) sebab tu mahal harga nya

-pastikan set sprocket dan rantai EX5 anda tidak haus. Jika ianya haus, adalah perlu anda menukar baru. Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan.. Letakkan pelincir pada rantai kapcai anda. Pakai Standard je ( rantai jenis o-ring) Namun pemilik motosikal boleh menukarkannya kepada rantai yang lebih baik seperti rantai jenis x-ring.Penggunaan rantai x-ring banyak didapati diarena perlumbaan termasuklah cubprix di negara kita. Selain tu motor-motor berkuasa besar sudah tentu cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring.

Yang paling penting tukar sporket bila mata sporket dah tajam..Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan..
-Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, ReXToR & sebgainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.
-Setting carburator ( petrol dan angin yg cantik ) dan TPS ( trottle positioning system ) memang ramai yang buat untuk dapatkan speed yang maksimum..
-tayar cukup angin atau tidak untuk mengelakkan ketidakseimbangan pada motorsikal kita.

motor rosak,,again!!!!
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..