Tuesday, April 12, 2011

Pilihan motorsikal kupcai terbaik



Pertanyaan Yang diajukan..
Woofer Storm said...

Banyak2 brand motor kapcai kat malaysia ini,motor apa yang paling sesuai nak guna pakai?yang jimat dari segi minyak,penyelenggaraan dan ciri-ciri keselamatan? Nak tanya boleh?heheee antara motor kapcai yang ada,motr mana yang tahan dan jimat nak servis?honda,yamaha,?

_______________________________

Jawapan kami..

Thanks bertanya maaf lambat jawab pertanyaan anda.. kerana agak kesibukan lah sedikit.... apa pun kami cuba jawab secara ringkasnya macam kat bawah...

A) first sekali pemilihan motorsikal kena tahu perbezaan motorsikal 4 lejang dan 2 lejang baik buruknya..

Perbezaan 4 lejang dan 2 lejang

_______________________________

B)Secara keseluruhnya bagi saya engine 4 lejang lebih menjimatkan walaupun sekali sekala perlu dibuat top overhaul.Apa apa pun bergantung tujuan asal motorsikal ini hendak digunakan
-Kalu nak race baik 2 lejang
-Kalu nak buat pergi kerja baik 4 lejang

C) -BAJET & Jenama (Brand)
Bajet adalah perkara yg terbesar dan terpenting sekali. Korang sering ditanya, berapa bajet yg ada sebab terlalu banyak kategori motosikal yang ada berdasarkan bajet anda.lagi satu tentang jenama (brand) selalunya barang apa pun, selalunya harga kena dengan kualiti . kalau pandai buat pertimbangan Alah membeli menang memakai: membeli barang bagus tetapi mahal sikit masih lebih menguntungkan daripada membeli barang murah tapi cepat rusak.
_______________________________

4 stroke
Tiga Motorsikal Kupcai 4 lejang menjadi pilihan bagi aku

1. Kalau Bajet Antara RM6000 ( Range RM6000-7000).Yamaha 135LC...Sejak model Yamaha ni keluar pasaran Malaysia tak silap saya tahun 2006, model ini menjadi model yang paling popular dan laris sekali. Pada keluaran pertama LC 135 boleh lari laju gila sebab masa tu model ni tak ada cut off lagi. Sejak permintaan motor ini makin tinggi dan banyak juga eksiden kat jalan raya Malaysia, terus jadi biasa – biasa je. Tapi kalau nak dibandingkan motor ni dengan motor keluaran Yamaha yang lain, saya rasa model ni la yang paling jimat, cantik dan juga amat – amat berbaloi kalau nak beli. Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Harganya tak silap dalam lingkungan RM6500. Dari segi penjimatan minyak memang ketara . Walaupun tangki sekecik 4 liter, tapi dengan cara penunggangan yang berhemah ( 80-100kmh) ,Motorsikal ini boleh digerakkan sejauh 150-180km dengan mudah. Motorsikal ni jugak sesuai untuk perjalanan jauh berikutan dilengkapi dengan coolant dan kipas serta radiator Malangnya motorsikal ni sering menjadik tumpuan pencuri.

_______________________________

2. Kalau bajet atas sikit RM5000. Honda Wave... Pada penghujung 1990-an, Honda memperkenalkan motosikal siri NF yang lebih dikenali sebagai Honda Wave yang menggunakan kerangka tiub keluli, brek disk hadapan dan set penutup plastik dalam pelbagai pilihan enjin - 100cc, 110cc dan 125cc.Tak kisah lah cc berapa walaupun dah di buat di Thailand dan bukan 100% dari jepun lagi. Kalau nak tahan lasak jalan hari-hari atau distance jauh , spare part senang, maintenance senang, minyak jimat ni lah pilihannya.Kalau ikutkan praktikaliti, Wave125 ni lagi bagus dari LC.. antaranya ade u-box bawah seat.. boleh la nak wat letak baju hujan ke, tools sket.. kalau hujan semua henset, wallet boleh simpan dalam tu.. agak besar, cuma tak cukup besar nak simpan helmet la. kalau naik 2 orang 110-120kmh ni senang-senang je, Dari segi kelasakan rasanya wave lagi baik kot. makin panas enjin honda makin smooth, dari segi minyak memang menang kat wave 125 la kalu 110 lg la jimat memang terasa beza.

_______________________________

3. Kalau bajet dibawah RM5000.Honda EX5....Sejak tahun 1980-an Model 100cc Honda EX5 mendominasi pasaran kat Malaysia ni agak lama jugak tu.Honda EX5 pada asalnya mengantikan generasi honda cup lama ni dilengkapi sistem gantungan hadapan teleskopik bagi menggantikan gantungan rangkaian bawah, dan transmisi 4 kelajuan yang lebih cekap bagi menggantikan transmisi 3 kelajuan yang digunakan pada honda cup model lama. Penggunaan enjin 4 lejang menjadikan enjinnya lebih senyap berbanding enjin dua lenjang yang digunakan oleh saingannya dan mampu berjalan jauh tanpa lampau panas.Honda EX5...Motor yang paling murah dan popular.Walaupun dikategorikan motor murah, tapi motor ni paling – paling sedap bila ditunggang kerana ia ringan. Mudah ditunggang kerana adanya klac emparan automatik, oleh itu sesuai digunakan untuk belajar menunggang motosikal. Sangat menjimatkan minyak (sehingga melebihi 40 km/L) Mudah untuk mencelah ketika kesesakan jalan raya yang teruk. Kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah.Jangan pandang ringan la motor ni, kalau dapat kat budak yang kreatif, daripada gambar standard diatas tu boleh jadi smart gila. Serius ah. Harga lebih kurang RM3900. Motor paling panas dan paling cepat hilang. Hehe biasalah, permintaan part dia tinggi kot.

_______________________________

2 stroke
Hanya 2 model Motorsikal Kupcai 2 lejang menjadi pilihan bagi aku.. Sebab apa hanya duamodel ajer biasanya motosikal 2 lejang nie lebih mahal daripada motosikal 4 lejang..
_______________________________

1. Kalau bajet RM 6000 -RM7000.Yamaha RXZ... Jika kita mengikuti sejarah pengeluaran motosikal Yamaha sekitar tahun-tahun 80an dulu, Yamaha RX-Z 135 cc pernah merajai jalan raya suatu ketika dahulu dan nampaknya Yamaha RX-Z masih lagi mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. Tanyalah mana – mana budak Melayu, suka RXZ ke tak dan jawapanya pasti mereka suka. Orang kata model ni tak akan lapuk dek zaman. Dah sinonim dengan masyarakat Melayu kiranya dah jadi model lagenda. Yamaha RX-Z asalnya menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan brek disk tidak berlubang Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.Apa – apapun, tak silap saya setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model ni.yang terbaru ni adalah model rxz catalyzer cuma penambahan catalytic converter. Tapi rxz 5speed ni kelebihanye top speed sedap pasal enjin die lebih sedap berbanding dgn 6 speed..Tapi sekarang ramai budak dah convert ke 6 speed or catalyzer pasal nak nampak motor tu baru dan nampak moden.. dan saya selalu nampak motor RXZ baru diatas jalan. Itu membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman. kan kan? Kalau budak – budak muda beli RXZ ke, mesti kawan – kawan akan kata pemiliknya ‘kaya’ kerana dapat ‘bela’ motor yang kuat makan minyak dan juga makan minyak 2T.bb kebanyak budak2 RXZ ni sebabnya selalunya akan besarkan sikit 2Tnya supaya block xcalar atau mudah jem, tapi yg pasti sekurang2nya 3 Tank Penuh minyak RXZ boleh digunakan untuk 1liter 2T Hehe

_______________________________

2. Kalau bajet RM 6000 keatas sikit ajer.Yamaha 125Z...Keluaran model ada dua jenis Yamaha125z angaran harga RM 6292.26 dan Yamaha 125ZR anggaran harga RM 6617.76..Yamaha masih lagi mendominasi, jangan lupa 125z yang amat menarik hati ini. Juga boleh dikategorikan sebagai motor bajet tinggi ni, sebab dia memang laju dan kuat makan minyak.125zr standard pekak isi RM7.00 boleh jalan 110km speed 120-140km/j (0.063sen per km). Apa – apapun, kalau orang dah gila motor dan bawa laju memang tak boleh nak kata apa. Bila seseorang dah berkenan pada sesebuah motor, kot mana pun pasti dia akan pilih dan beli. Model Yamaha 125z ini telah berjaya dijual dengan laris dipasaran. Motosikal ini lebih berkuasa dengan enjin 2-lejang berkapasiti 125cc dan transmisi 6 kelajuan. Manakala penggunaan monoshock pula menggantikan sistem dual-shock yang sekian lama digunakan pada motosikal kapcai. Sistem breknya juga turut dinaiktaraf dengan penggunaan brek disk di depan dan belakang. Yamaha 125 mmg ringan dah..memang sedap...memang berbaloi...tapi biasa lah 2 stroke...perlukan duit yg agak lebih utk minyak..lagi satu 125 ni body berat,aerodinamik,rendah,memang sedap badannye..stabil pada kelajuan tinggi.. tak goyang bila lawan angin lori.. everything seems perfect.. .bagi aku,aku lebih menyokong 125 sbb mmg best untuk perjalanan dekat dan jauh...kalo jalan jauh tu jangan lah merembat je keje...mmg jem la nanti

_______________________________

DeletePertanyaan yang diajukan
Woofer Storm said...
135 lc dan rxz,mana lagi best nak beli bro?confius..heheeee
apa kelebihan dan kebrukan motor ni??
Jawapan Kami..
Macam mana nak cakap yerr... ko tengok ajer lah perbandingan kat bawah ni yerr..

(Klik kasi besar sikit gambar)

Rambut sme hitam hati siape tau ye tak.. Lain orang lain pandangannya , lain minatnya?? tepuk dada tanya selera dan tanye poket. fikir-fikirkan lah yerr...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

43 comments:

Alan said...

aku suka wave sebab dia ringan..125 pun ok gak sebab mase muda dulu tu motor idaman hati hehehe..

tapi sekarang rasa lebih prefer LC sebab ikut trend hehehe.

Woofer Storm said...

perghh memang cun la penerangan yang sunguh menarik hati ini bro..meman sy faham,sy nyatkan dgn jelas blog ini memang bagus dgn info2nya yang menrik..thank ye sudi layan pertanyaaan sy,ada lagi nak tanya,tapi lain kali je..bagi peluang buat yang lain..heeeee

*dulu pakai wave 125x tapi abang dah amik coz takut sy bawa laju..haha tapi skg plan nak beli lc pulakk..tggu lc..heeheee

ayie said...

huhu..teringat motor honda EX5..
tapi suka motor LC..lancar je

NOOR FATIN said...

motor LC mmg cantik dan selalu kena curi. huhu mahal jugak..

Naisophon said...

Moto Demak, Comel tu gane? huhu

kira kekuri said...

assalam,owhh inilah moto kupcai?? haha baru tahu ( selalu baca dri novel ) erkk..hehe, owhh pengisian yg best,sya x pernah naik motor ,pernah pown dalam mimpi ja..haha

Ibnushukran said...

lc cluth terbaik.. tp , jadi takut nk pkai LC ni,moto agak panas untk sasaran pencuri... huhu

Fadzli Amir said...

Aku ingat wave je..semuanya senang..hehehe..jimat pun jimat minyak...pada aku la...

Kakzakie said...

Kakak ni naik basikal pun tak pandai apa lagi nak naik motor. Nyesal dulu belajar kereta tak belajar bawa motor sekali.....

LiFe KaMi said...

bagus la buat riview macam ni,
mmg cadang nak beli moto pun sbab moto lama da bg kat adik,
ada moto sng skit nak pergi kedai ke masjid ke yg dkt ngan umah tu,,

Dilla Ady said...

sy suke yamaha lc tu..lagi kaler merah camtu..

tp hubby punye moto wave la pulak..takpe la janji merah..

Firdaus Kasim said...

aq pakai honda wave 100 R. motor tue berat, accelerate kureng, speed sederhana tapi yg bestnya dia balance.. sedap bawa motor

Entri best! :
Cara Betul Kepit Kuku

budak kampung said...

kalau pakai ex5 ka,rxz ka,135 lc ka....hati2.....motor2 ni tergolong dalam kategori motor2 panas....hehehehe.....so kalau parking tu pndai la yer....selamat membeli motor baru.....


kalau x malas,singgahla
antara pageview dan follower,mane korang pilih
iklan barangan pelik dan separa lucah
buffered earning pertamaku
gadis mencuri menggunakan kemaluan,ciss

Yastro said...

Mmg kat Mesia ni Yamaha antara yg tertop sekali bro..tp kalau kat thailand, dh tentu Honda jadi raja..motor kat sana pun up to date gak...jauh kita ketinggalan.
Apepun gua bersyukur je la ngan Kris tamingsari gua nih...hehehe

ayunda maajis said...

pakai LC la laju skit..ahaha..

tehr said...

aku dari dulu lagi minat ngan honda je

satu ex5 dah kena kebas
sekarang beli honda gak lagi

mudah dan jimat
hehe

MataHati @ MH said...

dulu sampai sekarang aku tetap setia dgn modenas kriss. tak bimbang kalau nak parking kat mana2 sbb pencuri lebih minat kat jenama yamaha dan honda

aLieF si Muncung ManiS said...

125 dan RXZ best !!!!! aku suka..:P...tapi sayang,,duit tak cukup nak beli..huhu

logorithm said...

I nyer Honda EX5 kena curi jugak masa kat U dulu. Pencurinya ditangkap polis beberapa bulan kemudian dan telah didakwa di mahkamah.

Miss Tira said...

Sekarang ekonomi tak menentu. Pilhan Honda EX-5 adalah yang terbaik sekali.

ParkAir said...

Aku suka motor tanpa clutch, sebab x reti sangat bwk motor berclutch haha. 135LC pilihanku...

♕ Mr.IX ♂ said...

aku naik modenas jer...haha

Cikgu Den said...

dulu masa2 belajar, 125z jadi idaman. tapi bila dah keje nie, berlalu macam tue je. huhu

mie said...

gue pakai honda wave je..
eheheee

Mohamadazhan hjDesa said...

salam bro

info menarik...kalau saya lebih prefer yang jimat minyak...

yala kan, minyak tengah mahai la ni...tak tentu juga...

iniialahaku said...

aku da tnya kedai ri tu..pa beza ex5 dengan wave 100..jwapan dia...cverset...enjin suma sama je...

Ayie said...

cinta hatiku ialah 125zr.. dulu kini dan selama-lama-lama-lamanya.. hahahahahahaah..

*apasal 125 takde keluar dalam versi 4 lejang..?? bodi dah cantek habis.. kalau ada 2 versi, kompom yamaha untung gila.. ada yang minat 2 stroke, ada yang minat 4 stroke.. kalau 125 ada 2-2 versi, serius yamaha untung..

♥Ridzwan E_one♥ said...

nk tanya sikit nie.....antara motor honda wave ngn modenas kriss mne senng bwk...?

ckty said...

gt128 terbaik !

khaiday92 said...

wow...muroh nye rxz...sayer nk beli 2bijik....9k syer bayar setiap 1

Muhd Amirul said...

motor kriss mule2 keluar mmg tahan smpai hari ni,jimat myk..sekrang dh pkai Honda Wave Dash 110,jimat jugk myk..bila bwk smooth and sedap..

Khairul Anuar Bin Khairuddin said...

salam..der rxz bukan kategori 'kupcai' yer..rxz duk dlm kategori 'NAKED'.. Ade byk kategori paling ayam skali kategori cup and skuter(125cc kebawah) moped y125z dan lc(125keatas)..pas 2 kategori naked sptr rxz (di cipta untuk perjalanan jauh dan di inspirasi dr kelas motosikal sport- touring..Ni senarai2 kelas2 motosikal. 1.sportbike 50cc-1400cc,2.sport touring,3.Cruiser,4.Chopper,5.Naked,6.Dual purpose(motosikal dwi kegunaan cth moto cross),7.Skuter,8.Kapcai.. TQ..

Khairul Anuar Bin Khairuddin said...

salam..ko ckp 2 mcm ko bru lepas terhantuk kepala kat pintu peti ais je...sape nk beli 125z 4 lejang? sah2 x laku...125z 2stroke vs 125z 4stroke =Dah mcm wave125 vs lc135 tau x? Sedangkan fz 150cc nk lawan rxz 135cc pun dalam mimpi je la..tgk la pulak lc 135cc lwn rxz 135cc walu pun cc same tp perfomen enjin x same lc spec 4strok(more economy fuel less power) rxz 2strok(more power less economy)..moto klu kuat minyak pun kuat mane la sangat..still kuat minyak kate lg..ko tgk dak2 yg pkai 2stroke sume cpt2 pkai kate..sebab diowg x bekire psl minyak..wlupun helicopter kuat makan minyak klu mampu nk tuang minyak die pkai je la..ape ade hal..ek::ek::ek::

Khairul Anuar Bin Khairuddin said...

klu ko sorang rider yg skill pekak pkai la wave..klu ko ade skill counter stearing time terjah corner kriss xde masalah walupun kriss lmbt respon time corner..moto cup mcm ex5,wave100,wave125r/rs just main badan je time corner..x sedap,x mencabar.. tp aku x percaye kate org ex5 sedap corner..coner ni bergantung pd tayar n knowlage penunggang..chek kat youtube tentang bike cornering..

Afzainizam said...

kepada Khairul Anuar Bin Khairuddin

tentang Motorsikal RXZ tu saya faham dan tau ianya termasuk dalam kategori neked bike..

Sebenarnya saya jawab soalan En.Woofer Storm pada pertanyaan beliau sebabnya ada 2 soalan..
soalan 1: tentang motor kapcai
Soalan 2: tentang 135 lc dan rxz
Jadi RXZ saya cuba masukkan sekali supaya En.Woofer Storm dapat buat perbandingan antara kupcai dan RXZ(dlm kategori neked) beliau dapat tengok beza denan jelas..

sepertimana ko kata 125z 2stroke vs 125z 4 stroke, cc sama performen tak sama tu... saya dah terangkan "perbezaan secara jelas pada antara motor 4 lejang dan 2 lejang" (lihat kat atas) dimana 4 lejang kurang pick up dan performen walaupun moto cc yang sama... ralat meter antara motor tak sama katakan moto x = 120, motot y = 130 walau pun cc sama..

berkenaan 135cc lwn rxz 135cc tentang penggunaan minyak pun saya tunjukkan secara jelas (lihat kat atas)

Yamaha 135LC Full petrol 135lC isi RM6.00 jalan sejauh 115km speed 110km/j (0.052 sen perKM)

Kalau RXZ full petrol nak isi agak-agak RM25 jalan sejauh 430km speed 120km-140km (0.065 sen perKM) + minyak 2t 1 liter

jadi RXZ punya kos petrol + 2t lebih sikit kalau kita bandingkan guna 135LC ( cuba ko buat perbandingan petrol full tangki/RM/Km + kos 2t)so itu semua kira duit punya kos..

Afzainizam said...

kepada Khairul Anuar Bin Khairuddin

time corner pada ex5, wave100, wave125r/rs sepertimana ko kata... saya jawab berkenaan soalan En.Woofer Storm tu jerr yang baru nak beli motor baru.. jadi dia nak beli motor standert baru yang belum buat modifide pada enjin dan tukar tayar juga dia tak ada skill nak corner-coner atas jalan ni...macam kat You tube tu motor dia dah lain..dah modifide.. jangan ikut..

So bila bro Khairul Anuar kata kat saya "ko ckp 2 mcm ko bru lepas terhantuk kepala kat pintu peti ais je."

yang pastinya jawapan entry saya pada En.Woofer Storm tu dia faham pada apa yang saya nak sampaikan tu pada dia.. spt yang dia komen
"perghh memang cun la penerangan yang sunguh menarik hati ini bro..meman sy faham,sy nyatkan dgn jelas blog ini memang bagus dgn info2nya yang menrik..thank ye sudi layan pertanyaaan sy,ada lagi nak tanya,tapi lain kali je..bagi peluang buat yang lain..heeeee
dulu pakai wave 125x tapi abang dah amik coz takut sy bawa laju..haha tapi skg plan nak beli lc pulakk..tggu lc..heeheee"

so rasanya entry ni tak ada masalah pada En.Woofer Storm dan pada semua pembaca yang lain memahaminya...

So harap bro Khairul Anuar faham..
dan Thnks kerana komen panjang lebar...

Bryan Sygau said...

mcm na dgn brand suzuki?..

anoi said...

dulu pkai rxz now pakai honda dash je

arif othman said...

Biase arh tu..huhuu

abglan said...

Boleh terangkan. Bunyi honda ex5dream terbaru ni macam mana?enjin. Baru tapi ade dengar bunyi taiming-cin kt block ke..blum guna baru start dh dengar mcm 2.lg1 enjin pn bnyi mcm kereta remot.

skaletone said...

Aku suke Honda Future..bagasi besar bleh muat helmet..balance n rs bertenaga..malangnye nnt bln 1 adik ipar aku amik dah moto aku pinjam ni..kne beli moto ln..kalau ade lagi bgs dari future aku beli..

Muazzam Syah said...

tumpang tanya.. hihi.. saya ada motor y100 sport jerr.. tp rare jgklh.. top speed dia bley smpai ccah meter.. n sudah masuk cluth tangan n ekzos yy pang.. n tayar saiz kecil.. tp knp bla saya speed habis motor saya.. trus bunyi ssuatu.. apa msalahnya tu yaa...

amien said...

Salam bro,antara Suzuki Belang Z150 ngan LC 135 Clutch mne lbih pickup n mnjimatkn..??sbb kedduanye 4 stroke n tk prlu 2T..Trimas