Sunday, April 17, 2011

Yamaha 125Z

Pertanyaan yang diajukan..
syah125 aku baru pkai 125z dlm 2 minggu..so ak u nk taw penjagaan moto nie..hrp blh explain

Jawapan kami....
Thanks bertanya dan maaf agak lambat jawab...first kena kenal dulu apa itu motor Yamaha125 Z ni... kalau tak tau macam mana nak tau penjagaan nya ye tak...
_______________________________

Kali ni kami citer pasal 125z standard - Memasuki pasaran Malaysia pada awal 1997 (jika tak silap) Yamaha 125Z adalah model Yamaha ke-3 bagi kami mempunyai prestasi cemerlang selepas Yamaha LC dan yamaha RXZ... mmg sedap pickup best...laju pun laju., tidak hairanlah ia tetap menjadi motosikal 2 lejang yang paling unggul dalam kelasnya. Yamaha 125Z adalah daripada kelas underbone cub, dilengkapi oleh enjin 2 lejang 125cc(seperti sedia maklum bahawa enjin 2 lejang mempunya kuasa berganda dari enjin 4 lejang). , ia mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli-pembeli di Malaysia. Memiliki prestasi maksimum dalam setiap aspek, enjin 125cc yang berkuasa tinggi, double brake disc pada depan dan belakang tayar, ekzos ‘catalyzer’ dan rekaan aerodinamik yang cantik, memenuhi citarasa bagi kelas motosikal tersebut(tentulah salah satu prestasi maksimumnya adalah penggunaan minyak yang banyak). Untuk keluaran pertama, ia dikeluarkan bersama rim biasa berukuran 17 inci, namun disebabkan prestasi enjinnya maka sambutan yang diberikan oleh remaja-remaja di Malaysia amat menggalakkan.senang citer sekiranya anda inginkan kelajuan, pick up yang mantop, motor yang ringan, bunyi yang berdesup, disc break depan belakang, minyak 2T yang kerap, sila gunakan 125Z.
Mesin 125 mmg ringan dah..memang sedap...memang berbaloi...tapi biasa lah 2 stroke...perlukan duit yg agak lebih utk minyak..lagi satu 125 ni body berat,aerodinamik,rendah,memang sedap badannye..stabil pada kelajuan tinggi.. tak goyang bila lawan angin lori.. everything seems perfect.. .bagi aku,aku lebih menyokong 125 sbb mmg best untuk perjalanan dekat dan jauh...kalo jalan jauh tu jangan lah merembat je keje...mmg jem la nanti
_______________________________
Tip - tip penjagaan Motorsikal 2 lejang
(Yamaha 125Z )

_______________________________
Pendek kata, ada beberapa perkara penting yang perlu diperiksa (basic ajer)
1. tekanan udara tayar dan ketebalan bunga tayar
2. ketegangan rantai dan pelincirannya
3. enjin dari segi tiada kebobocoran atau mendapan karbon berlebihan di kebuk pembakaran
4. spark plug, minyak 2T dan minyak 4T dalam keadaan baik.
_______________________________
1) Servis Minyak Enjin
Untuk motosikal baru, adalah disarankan ia hanya dipandu pada kelajuan 80km/j bagi
tempoh 1000km dan selepas penukaran minyak enjin untuk servis pertama. lepas tu servis minyak motor 2 bulan skali.servis minyak hitam, bagi aku tukar ikut kekerapan perjalanan. contoh kalau motor aku jalan 1000km tapi dah sebulan aku gune minyak hitam tu, maka aku tukar. contoh ke2 lak, walaupun motor aku belom sebulan tapi aku dah jalan 2000km maka aku tukar jugak. minyak engine penting woo!walaubagaimanapun, aku tau poket kite selalu tak berduit, jadi set dulu jenis minyak ape nak pakai pastu beli extra ble dpt gaji. kan senang._______________________________
2)Minyak 4T

Kalau tengok manual yamaha 125z, dia syorkan pakai gred 10w-30. tetapi Jika mahu menggunakan minyak enjin jenis 10W30 tidak ada masalah dan ianya terpulang kepada pengguna untuk menbuat pilihan.lagi satu boleh menggunakan minyak pelincir Shell yang bersesuaian dengan corak tunggangan penggunaan motosikal anda. Shell VSX 4T adalah pelincir semi-sintetik, manakala Shell SX 4T pula pelincir diperkuat dengan bahan sintetik dituruti pula dengan Shell S 4T yang sepenuhnya berasaskan mineral. Tahap kualiti minyak pelincir jenama Shell ini menurut turutan yang di atas. Penggunaan Shell VSX untuk motosikal anda pilihan yang baik kerana kualiti Shell VSX adalah yang terbaik bagi rangkaian minyak pelincir Shell Advance. Pelincir semi-sintetik ini mempunyai tahap kestabilan oksida yang lebih baik pada suhu operasi enjin tinggi dan menjamin prestasi perlindungan pada cuaca panas atau perjalanan jauh. Minyak hitam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey...
_______________________________
3) Minyak 2TYamaha 125z ni Isipadu tangki minyak 2T adalah 1.2 Liter kena jaga minyak 2t jangan sampai habis bagi memastikan ketahanan terhadap kepanasan enjin .perlu dipastikan bahawa saluran 2T tidak tersekat.guna 2T berkualiti tinggi biar senang bakar, dan throttle rasa ringan. Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih atau kemungkinan juga piston ring telah haus.Perlu di ingat "spark" hanya akan membakar petrol dan meninggalkan pelincir utk melincirkan piston Bawalah motor anda tu ke bengkel utk di tala semula, kemudian tengok result dlm 1 minggu. Satu lagi, cuba elakkan memasukkan minyak 2T dlm tangki petrol kerana ini akan menyebabkan lebihan 2T semasa pembakaran nanti.
_______________________________
3) Spark PlugSpark plug selalu orang guna NGK"R".kalau nak power irridium spark plug .. plug yg ok slalu leh tahan 20,000km. dah check warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak..check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna.....
_______________________________
3) Servis Carburetorkalo tak ada panduan, anda boleh cuba belajar buka sendiri melalui tengok rakan2 atau pomen servis kaberator..setelah dibuka, sila pastikan jet minyak dan spring karberator berfungsi dengan baik. sediakan petrol atau diesel untuk servis karberator.Lebih elok jika anda menggunakan compressor angin bagi tujuan pembersihan dan pengeringan. kalau tak ada,jemur kejap sebelum pasang balik.apa yang paling penting,setting minyak dan angin jangan usik jika tak mahu tuning lari..
_______________________________
4) Sporket Dan Rantai MotorKalau nak sedap bawak tukar rantai tembaga,Sporket main 15/38 or 15/39 untuk topnya sebab standert punya 15/42 tak silap .selalunya orang tukar set sporket bila mata sporket dah tajam..
tapi sebenarnye..Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan..
_______________________________
5) Tekanan Angin Tayar Dan RemBiasa tekanan angin tayar depan belakang 200 kpa dan ada yang buat angin depan buat 180 kpa & belakang 200 kpa.. Cuba korang rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit...Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.Kalau ikut rim biasa berukuran 17 inci ...pengubahsuaian saiz rim dan tayar dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. maksudnya..jgn la terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sndiri.Tayar besar sedap layan corner.. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub...Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita
_______________________________
6) Sistem Brake Motor
Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak.. periksa kandungan minyak brake..kalau kurang tambah kan ajerr... kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru ajerr... Kalau brake ade problem brake tak berapa mencengkam... caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali ..
_______________________________
6) Cable ClucthPeriksa kabel klac, adakah ianya dah mula menunjukkan tanda haus? Kalau ya, tukar kepada yang baru .Pastikan Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.
_______________________________
7) Sistem EkzosAdakah ianya menunjukkan tanda-tanda nak tersumbat? Power kurang? Mungkin ekzos nak sumbat dah! pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut.. Atau kalau korang jenis rajin boleh lerrr cuci ekzos tu... buang keladak yang menyumbat ekzos tu...
_______________________________
8) Sistem LampuPeriksa semua peralatan elektrik saperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... bahaya tau
_______________________________
9) Jaga-jaga motor ni
Tetapi harus diingat, Yamaha 125z macam ni merupakan motorsikal kegemaran pencuri dan menduduki carta 4 motorsikal paling banyak dicuri di malaysia iaitu selain dari Yamaha RXZ, Yamaha LC dan Honda EX5. Solex ler motor korang yerrr kalau nak parking mana-mana...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

50 comments:

Filippo said...

125z mmg terbaik, raja jalanan..hehe

AngahSayang2314 said...

hubby guna motor nie dah 5 tahun dah..dari 1st model lagi..yg penting kena rajin service bila cukup time..sampai sekarang masih sedap lg bawa...

LiFe KaMi said...

baru la motor pick up lebih selalu jaga baik..
pasni bole le bagi tips penjagaan kereta pula..:)

Ayie said...

Serius nih motor terbaik pernah aku pakai.. Aku beli 4 tahun lepas, sampai sekarang still ''garang''.. Aku baru je swap lampu belakang ngan coverset maroon.. Style gilak..

Sampai ke hari nih, aku masih pakai 4 lock jenama solcar (racing boy) dan 2 (Solex).. Dah banyak kali le orang nak rembat motor aku.. Yang paling teruk, moto aku tak dapat dilarikan, tapi dia kopek sit dan CDI kene rembat.. Berbulu plak rasanya..

Aku lagi prefer HiRev berbanding Shell sebab pengalaman aku, HiRev tak keluarkan banyak asap berbanding Shell.. Walaupun asap tak wangi, tapi HiRev jaga engine.. tuh pendapat aku laa.. ^^

Sekarang, harga 125 dah naik.. Sebab kerajaan nak kurangkan 2 stroke disamping gejala mat rempit nih.. Kat area kajang nih, kalau nk 125 baru, kene order dulu, purata duit muka rm3500.. Bulan-bulan rm200.. Kat tempat lain, tak taw laa..

Err bro, spoket jangan pakai kecik sgt.. Kalau pakai kecik sgt, pickup memang cantik, tapi long distance, memang menyakitkan.. 39 pun dah oke dah.. balance..

Nanti aku buat entry khas pasal 125 nih.. Nantikan.. HAHAHAHA

MataHati @ MH said...

dlam banyak2 tersenarai dalam tu, berapa kerat jer aku praktikkan..huhu

Firdaus Kasim said...

aq lebih minat rxz dari motor nie sbb bunyi ngauman rxz mmg cun

Entri paling hot :
Hukum Memakai Contact Lens

tehr said...

aku tak biasa dengan yamaha ni
dari dulu dengan honda je

tapi penjagaannya lebih kurang juga kan, bro?

NOOR FATIN said...

kena jaga elok2 la moto ni. huhu. :)

Ina said...

kalau takde kenderaan susah, tapi, kalau dah ada pun susah jugak..he.he..mau kena maintain la plak.

ParkAir said...

Tak tahan 125z ni minyak dia kuat betul makan kalu short distance. Bab minyak pelincir tu br tahu perbezaan VSX dengan SX..

kira kekuri said...

woaahh,nice info :DD hmnn susah jugak mau jaga moto ni ya? aku x pandai lagi bawak moto =.='.. senang ka x,aku pown x tahu..hehe ..

Wak! said...

utk LC xde ke bro

IMANSHAH said...

ada lagi tak yang baru?? maksudnya baru keluar, bukan 2nd hand

SHaRKFiQ SSM said...

seyes bro, mmg respect r ngan ko..
hebat!!

nk tnya yg air pressure utk moto2 lain pun lebih krg cmtu gak kn..
dpn 180kPa, blakag 200kPa??

btw, sorry lmbt reply cmmmt sbb Shark bz sgt3, last sem nih.. nak taw apa yg Shark buat sem nih, mai la mlawat blog Shark..

last but not least, "SAPA KATA STUDENTS ACCOUNT SKEMA??" hehehe
-Salam-

mie said...

fuh!!!
gue jarang ada penjagaan begini..
eehehheee

Miss Tira said...

Alang-alang baik guna minyak pelincir Shell SX 4T terus. Kalau jalan jauh bagus jalan dekat lagi bagus.

Woofer Storm said...

bro,sy ni jenis orang yg suka pakai je ..tak suka nak bela motor or keta..heheeeeee


**tapi thank entry

Prince Halilintar said...

erm..prince pun suke gune shell advance 4T jgk tuk moto prince..hehe

nice info =)

budak kampung said...

aku nak mintak izin share info kat blog ko ni leh??aku akan promote blog ko kat bebudak yang bace blog aku.hehehe

Alan said...

dulu minat gak tapi sekarang rasanya tak praktikal..sebab minyak mahal hehehe

Alfreedino Ahmad said...

wah...bagus2, kat mana aku nak tekan button 'like' ni?

Yastro said...

Pas ni bro kene buat entri LC, entri pasal 4 stroke plak....
Gue dulu suka kat asap 2t,...skg ni x leh blah dah, sakit hidung bila duk blkg moto 2 stroke nih......hehehe

Shamsuddin Amin said...

wah... cun la tips...
thanks..
t ak gtau adeq aku yg gune motor tu...=P

ayie said...

125 memang besh.. kawan pakai motor tu.. bawak laju senyap je enjin..hehe

Kakzakie said...

Kakak kena belajar bawa basikal dulu. Lepas tu boleh belajar motor...beranganlah az....:)

cBk said...

terbaekkkk....125 yg terbaekk

nabilah_2908 said...

haha...blur...bila baca n3 pasla motot ni...tak tau nkkomen apa..sbb sy bukan pengguna motor.. :)

tp bagus juga..ada juga sedikit pengetahuan..bila org cerita nnti..xde la blank je kan..? :)

khaiday92 said...

untuk yang terbaik...gunekan maxoil....gerenti best...jimat lop 2...4t 1bulan sekali??hahahhaa...parop2...xpnting sngat...aku 3bulan 1tukar...
pas2...untuk menjimatkan mnyak...aku pkai cbrtar rzx...lebih jimat,,,tp kene lah pndai setting...potong ekzoz??mcm pecahkan dara motor 2 lah...sng2...ambik petrol...pas2 isi dlm ekzoz....goncang2 ...pas2 buang,.pasti bnyok yang kuor...xpn,..bia aku pkai exzoz korang..pakai 1mggu..gerenti semua keladak kuar...1 lagi,...untk memestikan perjalanan jarak jauh annda selamat smpai...letakkn sedikit 2t dlm petrol....

khaiday92 said...

no.1 tu....klu nk bawak limit 160km/j pn xpew...tp satu jew syarat...jangan speed mengejut....kalu bawak motor 0-80 dlm 4saat jew...xde gune gak...baik xyah,,,,korang x terfikir ke sblm keluar kilang..cm ne die test??limit...rpm smpai 11.... tips...lepas servis tu...cube korang pulas minyak...rpm smpai x 11... klu 125 ni..org ckp..jgn terlalu manjakan pada awal beli...

Syazwan said...

Minyak itam motul x ok ke bro?klau 2t pkai yg petronas ny ok x,wangi pun wangi kn...hee

Syazwan said...

Minyak itam motul x ok ke bro?klau 2t pkai yg petronas ny ok x,wangi pun wangi kn...hee

line super said...

terbaik la ko bro.. sumpah terbaik..
tapi aku still keliru dengan 4t and 2t ni... yang mana paling bagus? untuk perjalanan ke rumah dan kolej.. contohnye dari subang ke shah alam...

azrai azahar said...

salam bang. saya baru beli moto 125z nie. saya bawak mmg x lebih dari 80 atau 100 km/h. tapi bang apa yg merisaukan saya, beberapa hari nie saya dah da mula tarik moto tu bila bawak. tapi mmg x lebih 100 km/h,abg paham kan maksud saya.? adew apa2 effect tak kat enjin.

firdaus said...

bawak 125 xsama mcm 4 stroke..nk kna change gear tarik rpm 6-7 baru masuk gear..hehehe..dah gear 5 rpm 8 baru masuk gear 6..newbie

aku kakimotor said...

Aku br nk angkat 125z,tgk cm best.. Tp bab myk nie yg aku risaw,rmai yg ckp myk larap.cite skit kuat mane myk die telan? Agk2 brape km leh jln klaw full tank?

KaizokuLan said...

NI LINK UNTUK DOWNLOAD PARTS MANUAL UNTUK YAMAHA 125Z TAHUN 2004.. http://www.mediafire.com/?tymyl04tjmt

Mior FiRdaus said...

Assalamuailaikum bro,boleh ajar tak cara-cara bawa motor 125zr,gua amat tidak paham macam mana nk main clutch,mohon diajarkan.Bapa gua mau angkat 125zr tapi gua ta tahu bawa...tolong ajarkan please

apihaepool aepool said...

Senang je bawak 125 ni kau bli, je sruh member bawa blk rmah pastu belajarlah,susah sbb xda bila dh ada sng la...praktis hari hari

Achit Rashid said...
This comment has been removed by the author.
Achit Rashid said...

Salam, nk tnye.. Cam ne nk tau cable klac tu dah haus ke belum?
-newbie-

Ehwan said...
This comment has been removed by the author.
Ehwan said...

125z mmg sedap bawak tapi bab minyak tu tak tahan...dah 2 bijik beli abg dah jual

computer hardware said...

Apasal 125 kluaran thun ni xlaju langsung?stkt 120 je..sedih r...korg ade yg merasa gak?

Faiz Ekses said...

Btl la computer hardware sy sudah merasainya tkr spoke benda yg sama dpt jgk 120 km

Faiz Ekses said...

Btl la computer hardware sy sudah merasainya tkr spoke benda yg sama dpt jgk 120 km

Abib cbas said...

Betul ke 125z 2014 x laju?

romeo must die said...

Mtoku dh bru ovehol dh jem,kemaruk pnye psl

romeo must die said...

Yela,jaga mto x mcm jge awek,mto law wat hal pning kpala na bwk awek mcmne

romeo must die said...

Nak safe mnyk bwk la slo skit,ataupn tolak je mto tu

Amir Din said...

assalamualaikum geng.sy nk tnya ni mcm mna nk bg laju mto 125 ni ye.sy lsgs xtao mengenainy psl sy xprnh pkai pn wlaupn skli xpi klu tunggang to pndai la kwn dh ajr..sy nk bli mto ni sndri to sy nk tnya mcm mna nk lajukn..mhon bnyk tnjuk ajr sifu2 smua ye.jgn kdkut ilmu psl tuhan xske pda owg yg kdkut ilmu ni.jgn wsau sy bkn mat rempit cme pkai prgi blik kje je..mna la tao ad owg mnganjing kn time twun kje mhupn blik kje spe tao..