Saturday, April 2, 2011

Tip-tip Menghalau Semut atau Lipas Dalam Kereta'

Pertanyaan Shoutbox..
rina
Bro, camana nak buat ye, semut duk bersarang dlm lubang aircond keta aku, bila psg aircond kuat, menyembur kuar ngan telur2 sekali"

Jawapan kami

Ada benda manis dalam kete ko tak???sebab tu ada semut...Mungkin Kurang kebersihan bahagian dalam kete ko...suka sangat makan dalam kereta sambil drive sambil ngap... ngap.. semut datang sebab ada sisa-sisa makanan. Bukan setakat semut lipas pun boleh datang masuk dalam kereta. Tau tak...
_______________________________
Tip-tip Menghalau Semut atau Lipas Dalam Kereta
_______________________________
1) Jangan parking bawah pokok
Elakkan meletak/ parking kereta bawah pokok terutamanya pokok rambutan, pokok mangga, pokok manggis.Tempat buang sampah,Tepi longkang atau tempat lembab..

2) Selalu cuci kerete anda.... Kena selalu cuci kereta luar dalam....vacum bahagian dalam tu. bawah seat bawah carpet dan servis corong aircon.. vacum semua cerok kete tuh..kalo tak memang beranak pinak la lipas + semut + nyamuk . Kalau pergi car wash, pastu cuci keta bersih-bersih, luar dan dalam, minta tukang cuci tembak pressure water tu kat celah-celah luar kereta, kat bahagian bawah, fender dan.celah tayar.

3)NANO MIST Anti Bacteria System
Pergi Proton Service Centre, minta dia buat nano mist. nano mist ni nanti dia akan sembur asap dalam kereta, untuk hapus bakteria.semut atau lipas yang bersarang dalam kereta. NANO MIST Anti Bacteria System, macam sembur asap nyamuk lah kiranya.. Cecair Nano anti bacteria di isi dalam mesin pastu diletak dalam kereta dengan keadaan aircond dipasang selama beberapa minit, jadi asap yang berkepul-kepul asap memenuhi dalam kereta tu membasmi bakteria dan serangga yang bersarang..ianya tidak meninggalkan sebarang efect bau. tak silap harga dia Rm 19.80 jerr....Aku ada gak nampak kat kedai kereta luar pun ada juga... aku penah perasan tapi kat ner yer dah lupa plak . .

4) Racun Semut/ Lipas Cara lain cari la racun semut ke racun lipas letak dalam kereta... beli racun semut harga dalam 1 Ringgit sepeket kot. beli sepeket cukup la., kat pasar malam pun ada jual atau kedai hardware, cakap racun serbuk untuk semut atau lipas pastu bila nampak semut atau lipas tu cepat-cepat taburkan kat tempat semut atau lipas tu berjalan. Kira-kiranya umpan semut atau lipas tu supaya makan racun tu. buat la dalam dua-tiga hari. Atau satu cara lagi.. gaulkan bersama makanan yg manis-manis, pastu tabur kat bawah kereta masa parking, parking mesti lama la, satu malam ke....kalo tabur kat dalam keta nanti semut atau lipas tu mati dalam kereta lak... jenuh plak bersihkan

5) Combat Quick Kill FomulaKhusus untuk lipas yang kecik kecik dan bersarang dalam kereta.. letak "combat" (ada jual di kedai) untuk bunuh lipas. Combat ni pembunuh lipas berangkai.. bila lipas tu kena combat jumpa kawan dia kat sarang tu ... lipas yang kena combat tu dengan kawan lipas tu pun sekali mati sama... tapi selepas 2-3 hari kena la vakum pulak sebab nak ambik lipas keluar dari kereta. masalah kalau lipas tu mati di bawah floor mat. susah nak ambik keluar...

6) Kapur Semut / Lipas Beli kapur halau semut + lipas. Tabur dalam kereta . Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.

7) Spray CO-GO CNI
Satu cadangan, anda boleh gunakan spray CO-GO yg dijual oleh Direct Selling CNI. Ia amat berkesan untuk serangga terutama lipas dan semut. Apa yang menarik anda hanya perlu spray pada malam tu dan dapat lihat keberkesananya esok pagi. Saya ada gunakan spray ni, alhamdullilah lipas habih keluar dalam kereta ..kini takde lagi lipas&Tak silap saya harga dia dlm RM11..
8) Serai wangi Afy Haniff
Atau korang boleh cari larutan cecair Serai wangi Afy Haniff bau serai dikatakan untuk menghalau serangga lahhh… semerbak kereta anda berbau serai wangi….

9) Spray Penyembur racun serangga RIDSECT atau Baygon Senang saje ko beli je penyembur serangga aerosol guna RIDSECT ke… Baygon ker..habis cerita..kalau semut pun mati. Lipas pun boleh mati... lepas tu ko sembur dalam kerete secukup rase spray jer atas bawah karpet. lepas tu ko tutup pintu kerete rapat-rapat selama bebarape jam. pastu biorkan jer 2 3 jam lepas spray n pastikan tak ader makanan..lepas tu ko tengok dah terlentang kaki keatas…Sebenarnya pakai ridsect tu memang boleh...tapi kene tunggu 2 hari baru selese nak gune kerete tu balik....pastu tidak boleh immediately on air-cond...bahaye...belum tentu seminggu boleh hilang bau ridsect tu

10) Guna petua orang lama -lama
letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je). cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta. daun pandan jugak buleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik2 dalam kereta. Kayu manis juga mampu menghalau semut dan lipas.. Lagi satu Buat umpan lipas - campuran tepung gandum & gypsum (kalsium sulfat) dengan kadar 50:50. Letakkan di tempat-tempat yang mempunyai banyak lipas. --> Oh ada pulak resepi nya ye? Entah rajin ke tidak aku nak buat ni.

11) Jangan tinggalkan sisa Makan dan minum dalam kereta
Apapun moralnya : Lipas dan semut adalah makhluk yang Allah jadikan untuk memberi didikan kepada manusia.Lipas dan semut hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar.lain kali jangan makan dalam kerete. Yang paling penting amalan menjaga kebersihan dalam kereta. Lipas atau semut tak akan ada kalau kereta anda bersih..
_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

31 comments:

Mohd Ridhuan said...

huuhuhhuuh....
xde kete ag ni...
ape2 pun...
blog ni la akan ku refer kalo ade ape2 masalah...
uuhhuuuhuh

ParkAir said...

Time bujang ni kete memang bersih, tapi member aku cakap lepas ada anak nanti mmg bersepah la kete..

Bagus2 buat numbering, kemas dan padat.

Cikgu Den said...

tak dapat bayangkan kalau kena gigit ngan semut merah sewaktu tengah drive.

cantik header baru.

en_me said...

excellent info bro.. keep it up

Miss Tira said...

Macam tu ye. Info ni memang terbaik. Berasap kereta tu. Takde efek ke dengan asap tu pada pengguna? Ada ke dia tinggalkan bau?

ayie said...

hmm yela.. banyak kali tinggal sisa makanan..banyak lipas kat kete..huhu

♕ Mr.IX ♂ said...

blh apply tips kat umah skali..sesetengah la.

Woofer Storm said...

blog ini memang best bro,cun dengan info2 yg menarik..terima kasih bro..

Woofer Storm said...

blog ini memang best bro,cun dengan info2 yg menarik..terima kasih bro..

Firdaus Kasim said...

peh.. byk produk penghapus lipas rupanya.. x taw lak aku.. buat apa nk taw.. rumah aq x byk lipas pun.. hehe..

bro, tahniah sbb ada perubahan kt blog nie.. cantik header kau.. menaikkan mood aku nk baca semua entri nie..

tapi aku syorkan, masa kau nk blogwalking dan tinggalkan komen, kau tinggalkan komen kau beserta dgn link blog mcm nie :

TAJUK ENTRI TERBARU

contoh :

-Pakej Lengkap Nuffnang-
Rahsia Terbongkar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian 1)

Rahsia Terbongkar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian 2)

NICK IRFAN said...

setakat ni keta ayah aku xde masalah ni... tapi klu boleh xnk la hadapi mcm ni

nabilah_2908 said...

setakat ni..tk pernh nmpk pulak makhluk perosak ni berlegar2 dalam kereta...walaupun kadang kala...suka juga makan dalam kereta..

lagi2 kalau kereta ayah...huhu..

kena sematkn dalam kepala...bab Nano Mist tu menarik lah..murah pun yer juga...boleh cuba.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak ;
REQUEST SI DD

encikReza said...

owh,
sy guna petua org dulu²
letak daun pandan dlm keta!
mmg wangi jer..

afendi ariff said...

guna ubat semut berkesan tak bro?

IMANSHAH said...

salam

yang bab makan minum tu susah sikit

Yastro said...

Tang nano mist tu first time baru gua tau...

tapi yg spray cni tu pun mcm bagus jugak...
ada masa boleh apply tips2 yg ko bagi nih.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
thx.. start malam ni gua mau bikin onar sama lipas putih dalam kereta gua..siap..drab comando

HEROICzero said...

aiyaaa. nak kene cuci la neh kereta aku. HAHAHA.

lalink7 said...

kite nye belaan strictly no food allowed..heheheh... hmmm..minum okk..bnda manis dan mudah tumpang mmg xdibenarkan..

Woofer Storm said...

ada persoalan yang ingin dirungkai...hehheee

http://www.wooferstorm.com/2011/04/afzainizam-l-jom-terjah-blogger-ini.html

Afzainizam said...
This comment has been removed by the author.
Betta sp said...

banyak jugak cara nak halau serangga nie, yg sy taw letak daun pandan je

shah-kayrul said...

bila baca entri nie...baru aku teringat yang keta aku dah 3 bulan tak cuci...huhuhuhuhu

jangan lipas beranak pinak sudah

SHaRKFiQ SSM said...

NANO MIST Anti Bacteria System mcm bagus je~ kalo kete produa cmne??

s h e e said...

setakat ni kereta masih clear...yeayness...tp kena sentiasa berhati2...thanx for the tips afzai...

AngahSayang2314 said...

kereta tak ada tapi rumah banyakkkkkkk

Ct Arina said...

ok, saye stop makan n minum dalam kete. huhu =,=

JalelBenAman™ said...

terbaik...

awe klate said...

thanks for your imformation...bro

m r s c a r i s said...

nano mist kat proton centre tu bole ke klo kereta lain g buat juge?

WestSiDe said...

Terbaek bro..nano mist tu berkesan ke bro?