1)Guest slm nk tanye bley..?? ape sejarah rxz eh...???kenape dorang selalu korek blok kat rxz tue ek...?? trimas bro
2)Guest slm apa perbezaan antara 5 speed, 6 speed, catelyzer? nak modi kasi lawa sikit camner yer tapi nampak stand je.TQ
Jawapan kami...
Jika kita mengikuti sejarah pengeluaran motosikal Yamaha sekitar tahun-tahun 80an dulu, Yamaha RX-Z 135 cc pernah merajai jalan raya suatu ketika dahulu dan nampaknya Yamaha RX-Z masih lagi mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. Yamaha TZM, Yamaha 110SS, Yamaha 125Z dan Yamaha LC135 hanya mengesahkan bahawa motosikal keluaran Yamaha bukan sahaja perlu bergaya dan seksi malah berkuasa. Itulah kelebihan motosikal keluaran Yamaha yang sukar digugat oleh pesaingnya.
Sejarah Yamaha RX-Z 135 Mula dikeluarkan pada tahun 1987 asalnya menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan brek disk tidak berlubang Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.Apa – apapun, tak silap saya setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model ni.yang terbaru ni adalah model rxz catalyzer cuma penambahan catalytic converter. Tapi rxz 5speed ni kelebihanye top speed sedap pasal enjin die lebih sedap berbanding dgn 6 speed.. Itu membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman. Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang. sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru iaitu model rxz catalyzer cuma penambahan catalytic converter..Tapi sekarang ramai budak dah convert ke 6 speed or catalyzer pasal nak nampak motor tu baru dan nampak moden..
_______________________________
Perbezaan antara RXZ 5 speed, 6 speed, catalyzer
_______________________________
1) RXZ 5 speed
RXZ 5 Speed pula mempunyai fairing yang lebih kecil berbanding RXZ Boss dan Millenium.Perbezaannya hanyalah pada fairing sahaja.
-ada cover bertulisan YAMAHA macam rxs kat bawah fairing
-fairing pendek
-bentuk signal tak sama ngan 6 speed
-handle sebatang macam LC125 bukan jenis yg asing2 mcm skang tapi sebatang pastu lekat kat tengkuk
-tapak handle sama je ngan LC125
-meter petak tapi serong di kiri dan kanan RXZ dulu2 meter dia bukan bulat2 mcm skang, tp segi2.
-suis on/off takde rasanya
-sarang trotel kabel kat handlebar beza ngan 6 speed
-tank pendek sket dari 6 speed 1st model
- exzos; 5speed : exzos pisang-brek disk lubang panjang - bukan bulat2
-stripe kotak-kotak stripe body stripe - jalur2 bodoh je..
-5 kelajuan sahaja- kaler enjin hitam- signal depan - 4 segi je.. mcm RXS gak
_______________________________
2) Rxz 6 speed
RXZ Energy lebih dikenali sebagai RXZ Narong.Rekabentuk sama seperti Boss dan Millenium tetapi perbezaan warna terdapat pada kiri dan kana motosikal.Sukar utk menjelaskan perbezaannya.Tetapi gambar dibawah boleh memberikan keterangan yang jelas

RXZ Millenium dan Boss mempunyai reka bentuk yang sama tetapi pemilihan warna yang berbeza.RXZ millenium menggunakan cover set 2 warna (perbezaan warna set depan dan belakang) manakala RXZ boss direka dengan 1 warna (depan sampai belakang).
-fork panjang sket dari 5 speed...boleh beli kat spare part untk bezakan panjang dia
-fairing boss
-handle clip on
-signal depan bukan petak segi empat tapi bujur dan mengecil kat hujung
-tapak handle dah lain macam YP125 punya bentuk
-suis on/off dah ada..siap sarung kabel trotel
-tank dah panjang sket
-6 kelajuan
-ekzos dah ada tabung exzos tabung mcm melinium tp warne dark green aka itam Versi 6-speed pun ada yg guna ejos pisang (1st gen). Bila dh kuar versi meter bulat, br tukar ejos lain
-bentuk meter dah ikut design YP125/TZR125 tapi meter YP125 yang tengah tu untuk TEMPERATURE...yang RXZ untuk FUEL
-meter bentuk bulat dengan papan meter kaler hitam..ada yang tulisan putih,ada yang tulisan merah
_______________________________
3) Rxz catalyzer

Perbezaan ketara RXZ Catalyzer adalah cover set.RXZ catalyzer direka seolah-olah ikan jerung dan kelihatan garang sesuai dengan prestasi enjinnya.

-fairing dah design baru
-signal depan dah disekalikan kat fairing
-meter dah bulat tapi papan meter dah putih belah rpm kot...tak konpem
-tapak footrest design dah lain..dah ada 'pisau'...
-ekzos dengan catalyzer / catalytic converter...
-lampu belakang dah macam 125Z
-stripe dah konpem la lain ngan rxz 5 speed / 6 speed
-kepak tepi pon dah design lain
-grab bar pon dah macam 125z
_______________________________
RZR ni adalah model yg fullfairing...yg naked mcm 5speed tu model RZX...beza kt fullfairing jer...
Nak pasang Faring RZR kat motor RXZ ni kena welding breaket kat motor supaya kukuh lekatnya..Pastu masuk sticker RZR tukar sticker RXZ je..
_______________________________
Tentang korek blok
soalan Guest; kenape dorang selalu korek blok kat rxz tue ek...??
Jawapan kami; Tak tau lah kenapa pemilik RXZ ni suka sangat nak buat korek blok.. ok kat sini aku terangkan sikit pasal korek blok ni dan fungsinya... maaf aku tak ade gambar blok rxz sebagai contoh gambar 125z jer yg ade... harap En. Guest paham yerr...
korek = porting blok (ni fungsi dia nak melawaskan enjin dan jugak secara amnye nak naikkan power motor kena besar lubang ekos dan 4 lubang udara. )
potong head = tinggikan compression motor
rebore = besar kan lubang dan saiz piston (besarkan bore) secare amnye pickup bertambah tapi tak banyak,depends kat saiz piston
polish = bersihkan lubang-lubang intake kat blok supaye lebih licin dan smmoth..
banyak risikonya.....
pertama habiskan duit.... selalunya tak tahan, asyik nak turun enjin je....
bahaya kalau speed over limit. tak sesuai dengan motor.
elok tok sah la.....
kalau nak laju, tukar motor yg laju..... 125z ke.... tak laju tukar tzm..... kalau tak laju uga pakai 250..... tak laju juga pakai 1000cc habis citer. kalau nak bua di nasihatkan tukar dengan blok racing blok original tu simpan ajerr... sayang lerr blok standert tu
Motosikal baru korek blok memerlukan proses kematangan yang betul. Malah, lazimnya permukaan komponen yang dikorek lebih kasar berbanding motosikal yang baru keluar kedai.Bermakna, proses kematangan untuk motosikal baru dibaik pulih jauh lebih penting dan memerlukan ketelitian kerana risiko berlakunya kerosakan semula tinggi kerana permukaan yang kasar dan logam yang belum matang yang hanya didapati melalui proses pemanasan enjin perlahan serta sekata.Motosikal yang baru dibaik pulih tidak boleh dipecut sewenang-wenangnya dan menjadi lebih bermasalah jika dibuat begitu. Jika enjin rosak semula selepas dua bulan selepas mengorek blok itu mungkin sesuatu tidak kena berlaku sama ada alat ganti digunakan tidak tulen dan cepat rosak atau proses itu tidak dilakukan dengan betul mengikut spesifikasi kelegaan betul.
moral....Pengubahsuaian perlu mengikut peraturan dan undang undang pihak berkuasa... ingatlah org yg tersayang..... hargai nyawa anda.
41 comments:
model RXZ ni memang evergreen dan klasik. kira zaman dia tu antara moto entry level yang hebat lah (atas sikit dari kapcai). Tapi masa student dulu cuma dapat rasa bukan 2nd hand cuma 3rd hand aje, tu pun dah dikira macho habis :)
teringin nk nek moto RXZ.. macam rockers pulak kann?
hehehe..tp nk buat cmne kann...
xde mampu nk beli.. nk pinjm kawan pon segan, takut xreti gne :P
latest entri:
kenapa aku x minat bincang pasal POLITIK?
Assalamualaikum.
Saya sempat memiliki RXZ 6 speeds.
Lepas 5 tahun pakai saya jual sbb nak beli komputer. Masa tu komputer dan internet ni baru nak naik...
Sekarang model sport yang kecik seperti ini kurang kat jalanraya. Banyak modek 'kap' sahaja.
Pernah juga jenguk dan cari kat kedai moto, model terhad dan kurang popular.
TQ
saya takde lesen motor, tak pernah bawak motor..tapi, kalau ada, mungkin dah lama masuk race..he.he.
x dpt lg nk beli RXZ.. gaji x berbaloi
Entri terkini :
Apakah Syarikat Pengiklanan yang Sesuai Pada Blogger Baru
klu tak kerana artikel ni, mmg sy x tau psl korek blok yg membe2 sy dok canang tu. thanx for da info :)
Saya merasa RXZ dah lewat tahun 2009 tapi dah masuk tangan ke-4. Sepanjang guna sudah 2 kali rebore, kecewa juga kerana saya bukan kaki lenjang hanya buat pergi kerja kerana jarak rumah dengan tempat kerja sehala 55km.
Kalau boleh saya mahukan enjin didalam keadaan asal. Sayangnya motor RXZ model Boss tersadai dirumah rasanya kena rebore lagi.
Cantik pasang firing RZR, ada jual kedai aksesori motor?
mana la nk dapat lagi Model RZR tu kan...
huhu
motor RX-S tak show skali ?
Huhu
nak taw gak pasal motor tu
abg aku pkai mase zaman 80an
RZR tu sempoi...unik dan klasik. tak pernah pula jumpa motor tu...
dulu pakai 125Z korek...letih juga, minyak kuat...tak larat nak sara.baik sara diri sendiri lagi bgus.hehe
aku sebenarnya dah takut dengan kelajuan motosikal ni
setakat naik honda cub je aku berani
hehe
rxz...
bawak jalan jauh...
memang best...\
hehehheh
skrg mmg trend ad duit lebey je angkt rxz
satu waktu dulu nak amik z gak, tp x jadi amik cc150...pas tu kuar tzm gua layan lerrr...siap ada group lagi...Yamaha hanya terbaik di malaysia tidak di Asean....still ketinggalan berbanding negara jiran.
satu Hari nanti ~ Gambaran hidup manusia
banyak gak jenis dia.. best2..hehe
Betul tu. Tak payah nak modified enjin sangat sebab orang tak pandang pun motor tu laju ke apa ke. Ekonomi sekarang bukannya elok pun. Minyak pun dah mahal. Orang lagi nak jimat sekarang kalau boleh.
dah kira termasuk dlm kategori lagenda motor RXZ ni. dgn motor ni lah aku lumba haram lepas abis spm dulu kala
menarik juga maklumat ni..pernah juga guna RXz ni masa dulu2...boleh dapatkan maklumat tak sebab2 gear auto kereta lambat "engage"la drp gear satu ke gear dua..rpm 3 lebih baru tukar..lepas tu ok je..gear rosak ke atau apa yg rosak tu..
dulu minat rxz tapi sekarang dah banyak motor yang lebih ekonomi
Walaupun tak minat RXZ, tapi ada pengalaman naik, masa study dulu, kitorang merempit ( tapi dulu tak panggil merempit )...masa balik dari KL ke uitm shah alam...race ngan tzm...senag2 je dapat potong mamat tzm tu..hairan gak aku..bukan aku bawak la. aku bonceng kat belakang, member bawak...rasa nak terkeluar jantung masa dia bawak...
RXZ ku dah jadi tukun...tersadai jer kat umah...belum ada modal nak repair balik..huhuhuhu
Ini motor aaa rempit banyak suka.. pakai je motor yg kurang bising aman dunia.
minat ngan lampu belakang catalyzer.
terbaik punya entri :)
Entri Terbaru :
Header Blog Ben Ashaari Yang Cun Macam Header Blog Saya"
terbaik punya entri :)
Entri Terbaru :
Header Blog Ben Ashaari Yang Cun Macam Header Blog Saya"
pernah dulu bawa motor nie....terbaiek la..dulu la..sekarang kalau bawa not nice la perempuan bawa tul tak...????
moto ni bising ek...sy lg ske moto yg body dia full... :)
bro. nak tanya. aku ada saman polis, dah check dekat myEG. seatbelt. rm80. tapi x berbayar2 lagi. ada efek x apa2 nanti? roadtax, or lesen renewal.
bro,baru tahu pasal yamaha rzr fullfaring tu,smart la..bawah cover nampak mcm tzm je pun ada..heheee
*still suka lc,tak thu napa..ehheeee
aku x paham la bro pasal enjin2 ni..makan tau la huhu
sokong.. blok stendet, sila simpan.. jangan usik.. sayang woo.. Kalau pakai blok racing, lagi tahan lasak dan tebal.. jadi kemungkinan kekerapan ''turun engin'' tuh maybe dapat dikurangkan.. ^^..
*aku tak korek blok.. menyusahkan aje nanti.. Baik pakai stendet.. Yang stendet pun dah mencanak, nak apa lagi..?? hahaha
ad jual lgi x rxz catalyzer ...
klu ad offer larh ...
offer at fb nie....(ejen P)
lau spe2 ad nk jual rxz the boss or catalyzer y murah2 sket..heehe.tlg la offer @fb sy..(wan al asri)...ye..tringin giler nk pakai..tgk membe2 rem..terbako j ase...
salam bro..agk2bpe rggt nk kna kua law nk korek blok ngn bli piston..???
salam br0 aq nk tye bpe rggt law nk korek b;ok ngn piston skli utk rxz??
blok..
piston?? ko nk korek blok ke atau ko nk potong blok? ai? aneh ni?
nak tanye la bro sekalian,, speedometer rxz sama ngan speedometer kereta ke?
rxz punye speedometer sama ngan 135lc?
x sama la..rxz meter ringan..LC lagi la..tp lc baru meter berat skit..
nsib baek aq simpan blok original... kluw x dh korek blok tue..haha.. aq guna blok racing,ase2 original,sbb than lama...smpy skunk... pergh!!!! mmg lyan la nek moto nie..!!!
aq pernah pakai rxz 5 speed nie..siap korek block..cam artikal nie..caberata tue pon kena polish tiap2 bulan lak tue.. memang laju gila..nak cirta gear 3 pon boleh tongkat langit..pas tu pakai exhaust BM orang kata la..bunyi macam nak pegi perang..pernah race kampong ngan ninja dulu 550 ke 600cc. katanya cecah 240kmh..tapi minyak ptrol macam ada sungai petrol kat belakang...jam tu petrol baru $1.10 jer seliter...pernah g konvoi dari batu pahat ke air papan ..kena ikut jalan kampong pasal ada road block..hehehehe..pasal motor bunyi best sgt...cerita pengalaman pasal RXZ nie..tinggal nostalgia.
Post a Comment