Tuesday, April 26, 2011

PROSEDUR BAWA MASUK KENDERAAN LUAR NEGARA KE MALAYSIA


Pertanyaan yang diajukan
Guest
salam..bleh terangkan camner nk guner moto-moto besor singapore di m'sia, leh terang psl harga road tax n coe? cmner nk renew road tax n coe? tq

_______________________________
Jawapan kami..
Pertanyaan ini agak sukar nak jawab memandangkan kami tak berapa tahu hal tersebut.. tetapi mungkin ini boleh membantu anda sedikit sebanyak.. Ok baca macam kat bawah ni yerr...

Sebenarnya bagi pandangan saya sistem cukai di Malaysia menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang teringin nak pakai superbike tak dapat pakai sebab harga nya jadi hampir kepada tidak masuk akal untuk dibeli, tu sebab ramai yg ingin tau cam ner nak pakai superbike singapore yang jauh lebih murah,
_______________________________
Prosedur membeli motor/kereta/kenderaan dari luar negara
(Thailand/ Singapore/ Memana Negara)
untuk dibawa masuk / dipakai di Malaysia..

_______________________________
Sebenarnya tidak salah memakai kenderaan bernombor pendaftaran asing di malaysia, cuma anda perlu patuh kepada segala syarat dan ICP anda sah.

Mana-mana warganegara asing atau warganegara Malaysia yang mempunyai status Penduduk
Tetap (PR) atau permit bekerja yang sah dari mana-mana negara asing, dibenarkan membawa
masuk satu kenderaan atau satu motorsikal; jika memenuhi syarat-syarat di bawah:

1) Kenderaan telah didaftarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk
pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor di negara tersebut;

_______________________________
Ada 2 cara membawa masuk kenderaan:

a. melalui AP / permit import
b. tanpa AP / menggunakan ICP (international circulation permit) - seperti cukai jalan sementara untuk tempoh 3 bulan..
Kenderaan hendaklah dieksport semula dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import; maksudnya 3 bulan sekali kene renew permit keluar masuk motorbike tersebut. (benda ni semua boleh mintak tolong runner buat tu kita tak yah pegi sana janji bayar ajer lah upah kat dia) Senang cakap lah .Pemandu kenderaan hendaklah memohon Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan mempamerkan permit tersebut pada kenderaan di pintu masuk. Walau bagaimanapun, pemandu yang membawa masuk kenderaan yang didaftarkan dari Singapura dan Brunei adalah dikecualikan.Di pintu masuk sempadan Malaysia, pengimport perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kenderaan dan lain-lain dokumen kepada pegawai kastam yang hak jika dikehendaki untuk pengesahan dan kelulusan.
_______________________________
Apa yang perlu buat
a) .Untuk membawa balik kenderaan tersebut secara kekal ke Malaysia, dikehendaki mendapatkan AP ( Approval Permit ) daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - sila rujuk http://www.mohr.gov.my/pdf/permit_ap.pdf
b). Kalau tanpa AP haruslah menggunakan ICP (international circulation permit).
c). Anda perlu berurusan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia (
http://www.customs.gov.my), anda perlu mengemukakan AP, mengisi borang kastam 1 untuk proses pembayaran duti.

Bayaran yang dikenakan terhadap anda oleh Kastam: Kadar duti/cukai yang dicadangkan adalah sebagai panduan sahaja berdasarkan nama dagangan. Pegawai penaksir mempunyai kuasa untuk menentukan kod tarif yang sesuai dan kadar cukai adalah berdasarkan kadar yang berkuatkuasa semasa pengimportan.

Contohnya motorsikal yamaha YZF R-125 seperti gambar di bawah (cuma berharga RM 6 ribu lebih di negara lain !) yang mempunyai CC 125 - 30% cukai dari harga sebenar kenderaan di negara anda beli (setelah di tukar ke matawang RM), 30% duti eksais dari kos anda terhadapkos insuran, kos pengangkutan, jenis pemasangan kenderaan (CBU/CKD) dan kos ICP
_______________________________
Cara lain pulak..
Ok berbalik macam pertanyaan En guest pulak berkenaan menggunakan motor besar Singapore tentang road tax dan COE..

  1. Lesen Antarabangsa
    - boleh dibuat di JPJ di sempadan dengan harga RM150/year
    - sebelum buat lesen antarabangsa ini,lesen Malaysia perlu hidup paling kurang setahun.So.seeloknya hidupkan 2 tahun(..senang cerita)
    - tujuan dibuat lesen antarabangsa ini adalah kerana untuk tukar nama motor dan tujuan insuran motor.
    - kedai motor singapore perlukan lesen antarabangsa untuk motor itu dijual pada kita.
    - bawak 2-3 keping gambar passport utk buat lesen antarabangsa ini

Berkenaan lesen, perlu lesen antarabangsa kerana anda sedang membawa kenderaan berdaftar luar Malaysia. ini untuk selamat dari diganggu pak polisi kalau bawak kenderaan daftar di Malaysia, dah tentu la lesen biasa sudah memadai.Lesen memandu ini boleh digunakan untuk 146 buah negara di seluruh dunia..
_______________________________
2. COE
- COE ni maksudnya Certificate of Entitlement. sesiapa yang nak memiliki kenderaan mesti beli sijil dulu baru layak beli keta .. Moto singapore ada COE (kira macam kontrak la) yang menghadkan tahun penggunaannya. Tamat je COE tu, bike itu dikira scrap (buangan/sampah dll). buleh juga kalau nak sambung COE, tapi belanja besar. seeloknya hidupkan untuk 10tahun..kosnya SGD 1000 untuk 10 tahun

_______________________________
3. Insurans
-Kalau kenderaan tersebut berada secara kekal ke Malaysia
.. Insurance & road tax singapore hanya valid di singapore sahaja. Di malaysia, road tax & insurance tu tak guna. So kalau eksiden ke, memang insurance tak cover. kalau hilang pun sama. Kalau eksiden, cedera ke, mati ke, pun sama.. tak dicover. Apa bila SGD tamat tempoh, kalau kena road block ngan jpj, confirm moto kena angkut dan tak boleh tebus balik pula ..so kalau motor tak ada AP, ICP ,tak ada Road tax dan tak ada register geran Malaysia, yang terang nampak nombor plate pun lain. boleh di anggap motor tu legal, duduk secara haram kat Malaysia, atau motor curi.. masalahnya motor tu road tax tu mane ade.. ini motor Singapore, tak ade roadtax JPJ (Malaysia)..kalau kantoi dengan kastam, anda akan didakwa dan akan dikenakan denda cukai import motor tu. maka anda kena bayar la. benda ni sebab tuan elak cukai.. kesemua ini berpunca roadtax Malaysia tak ade..
_______________________________
4. Road Tax

Cukai Jalan (segi lapan) Singapore mesti ada.

600cc = SGD 150 setahun
1300cc = SGD 450 setahun
_______________________________
5. Inspection (rasa ni macam Puspakom diaorang)
- pemeriksaan dilakukan di "puspakom" Singapore
Kena bawak balik ke Singapore tiap-tiap tahun utk inspection / renewal.. Leceh woi.
Banyak kerenah dan banyak kerja.. buang masa dan sudah tentu la buang duit. Kena paham, Di singapore, setiap tahun, kenderaan kena buat inspection (kira cam PUSPAKOM kita la, tapi lebih strict) utk dptkan roadtax & insurance. Kos utk ini semua paling busuk RM 3000-4000 (bergantung pada umur kenderaan tersebut & juga cc, lagi berumur, lagi mahal)
_______________________________
6. Kita perlukan alamat di Singapore untuk beli motor Singapore.
- Mesti ade member Singapore yg sanggup bagi nama dia untuk register motor tu kat Singapore. Jika tidak ada alamat di Singapore, boleh pakai alamat kedai motor untuk surat menyurat., kalau korang dok kat johor.. especially berdekatan ngan sempadan la, kalau kau rakyat Malaysia tapi bermaustatin kat Singapore (leh dapat AP)
Kalau kau ada saudara kat Singapore boleh gunakan nama saudara kau sebagai pemilik dan nama korang sebagai rider vice versa
- tapi korang perlukan:
i) international pasport (korang kena rajin kuar masuk singapore)
ii) international lesen (pegi kaunter JPJ, angaran bayar RM200 bagi gambar dan lesen.. siap, dapat on the spot)
iii) sentiasa pastikan salinan geran dibawa bersama ketika ride

So anda sendiri boleh totalkan kos setahun untuk pakai motor Singapore ini.

Pesanan dari saya beli la moto singapore yang ada COE atau permit mesti ada kebenaran kalau tak ada kantoi nak jawab bila jumpa Kastam, kalau tak habis lerrr motor korang kena sita..

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

43 comments:

harrazdani said...

gud info bro...thank you.

Faisal Admar said...

nombor plate luar smart2 bro. tapi mahal le pulak!

HEROICzero said...

leceh la nak bawak masuk keluar ulang2.

sigh~

ayie said...

pergh komplikated sgt nak bw kete g singapore

Ayie said...

lepas nih bole le aku beli moto Ducati cap singapore.. hahaha..

Prince Halilintar said...

sukar jgk ni..baik beli kat dalam negeri je..senang procedur..hehe

MataHati @ MH said...

rumit jugak nak bawak masuk kenderaan dari singapore ni..

AngahSayang2314 said...

wahhh banyak lak prosudur yer....macam2 rumit2

Fadzli Amir said...

Macam2 nak kena ikut.....senang cerita belilah kat malaysia je...hehhehe

iwan_dextrous said...

nampak mcm menyusahkan jugak kan...

Firdaus Kasim said...

thanks 4 sharing.. setakat nie aq x nk beli lg kereta.. duit kurang

Entri terbaru:
Apa Itu SPAM?

aQimie Ceplos said...

nice info bro ;)

NOOR FATIN said...

tu la. mahal kalau nak bawak masuk. huhu thanx 4 da info :)

ayunda maajis said...

oh gitu..mahal giler..

tehr said...

kat sini selalu nampak kenderaan dari thailand
banyak la jugak berkeliaran kat jalan
hehe

Shamsuddin Amin said...

byknye prosedur nye...huhu

mie said...

wow!!
info ni memang diperlukan..
thankz...

Woofer Storm said...

tak snggup bawa kereta msuk bro,nak beli kerta dalam negara pun tak mampu...heheeee

Alan said...

perghh lecehnya kalau pakai kereta import..keta akupun keta import gak..tapi import sabah hehehe

nabilah_2908 said...

uish..lecehnya....maka...beli lah barangan buatan Malaysia... :)

FurBall said...

bek beli jew kat malaysia..ahahahaha~_~

tak pon pakai jew yang biasa2...tadelah perabis duit..ngeh3

Mohd Ridhuan said...

leceh jugak kat singapore...
lagi leceh dr malaysia...
ehehhehhe...
bnyk urusan kene buat...

Miss Tira said...

Banyak juga prosedur yang kena dipatuhi. Kena ada lesen memandu antarabangsa lagi tu. Terima kasih atas info berguna macam ni. Motor dekat Singapore murah-murah tapi macam susah juga nak beli dari sana. Huu.

Yastro said...

Hmmm...masih dlm mimpi lagi bila bab2 nak bermoto beso nih....

contilover said...

marvellous info

lalink7 said...

hebat betul penerangan niee..hehehehe....baru paham..

Helmi said...
This comment has been removed by the author.
Helmi said...

macam mana kita nak tahu sama ada COE dan roadtax motor singapore tu original atau palsu?

fik-autoz said...

nice info bro...tp mmg leceh,haha

hambaNYA said...

sangatla informatif.. terima kasihhh!!!.. la ni tgh pikio2 nk bawak balik Rabbit 2011 daril luarnegara... kalo harganya RM45k .. kastam tax agak2nya berapa?

Syahir Zakaria said...

salam...bagus info ni..sgt membantu...tp sy nk tanye..kalau kita beli moto second dr singapore, melalui direct owner...maksudnya, kita beli terus dari orang singapore, adakah prosesnya sama mcm saudara terangkan di atas?

hanawan said...

Salam..
Bai, nk tanya, kalau moto dari brunei proses sama x?

Mohd Hafis said...

Rolling2 pn same je kos cam kite beli motor kat malaysia. Same je.. bek aq kumpul wet cket utk bli superbike.. event bini aq kastam bleh tlg pn, xnak lew.. payah aq nak turun nek singapore even singapore tu blakang uma aq je.. huhuhu

naira melaka said...

ibu sy asal org singapore ,sudah lama tgl di malaysia. ayah org malaysia , boleh kah anak nya bwa kereta singapore dtg malaysia , guna no singapore.

Rindu Syahid Chinta Wahyu said...

saya ada soramg kawan yg baru shj dapat AP utk moto besar..ttp saya dan dia tak tahu nak buat apa..AP tu boleh beli motor besar seluruh dunia KECUALI dari Singapore dan Thailand...minta tolong clear the haze..blank x tahu nk buat apa ngan AP tu...

naz rain said...

Bro klo nk tukar geran singapore jadi geran malaysia buley tak??

X's said...

nk ikutkn kerete buat malaysia ni xlar mhal bnor... pakcik aq dlu bli kete proton kt UK mrah jer... RM6000-RM8000 jer.. BARU lak tu.. mse tu taun 2002 - 2003 gitu lar.. tp syang, xdpt bwk blek sbb cukai yg melambung nk dftarkan kt cni..

sy rse klu AP dn ckai xprnah ujud @ dihapuskan lg bagus...
smer orang dh lmer pakai supercar jauh lg murah...

stahu sy kerajaan amek cukai lam 300% dari harge asal.. bayangkan klu kete rm100000 jadi barape?.....

renung-renungkan lar...

YUDHY RISNALDI said...

So kenapa government malaysia terlalu tinggikan tax superbike ni....? Apa alasannye... kamu tolong jawap dari pangangan kamu sendiri... tq

YUDHY RISNALDI said...

So kenapa government malaysia terlalu tinggikan tax superbike ni....? Apa alasannye... kamu tolong jawap dari pangangan kamu sendiri... tq

Ray said...

well..dasar kerajaan nak wat mcm mna..xleh nak komplen dah la..

amir adli md nor said...

herm...ohh malaysiaku syg..hahahah

Arel Shinji said...

Saya beli kereta antik dr indonesia..tp sy pki pas pelancong je..bole ke bwk ke malaysia ni?? Da trsadai lame kat indon tu... Xde ke agent yg bole wat kn kereta sy tu??

Mohamad Amiruddin hassan said...

Assalamualaikum. .. ada sesiapa nk beli AP moto recond 200 unit.. rm4k setiap unit... nak tolak semua.. pls email ammirez_amir84@yahoo.com