Friday, March 4, 2011

Car Syampoo, Wax , Polish kereta & motorsikal

Soalan Yang diajukan.

Kgboyz :aku nak tanya la..sbb aku musykil la..so kalau kita cuci kereta atau moto setiap hari adakah warna kereta akan pudar?contohnya kalau cuci dlm seminggu sekali atau setiap hari warna kete moto tu akan pudar x? bleh x terangkan psal polish d wax de beza ke klu selalu guna camn de x efek? wax bleh padam calar x?

Jawapan kami
Thanks bertanya.
Mau cuci setiap hari pun tak ada masalah, kalau wax hari-hari memang akan pudar.tapi kenapa mau cuci hari-hari bro? penat tu, ok lah mau tengok sabun, kain dan kondisi juga...sabun kalau pakai sabun basuh baju ke atau sabun cap tah apa-apa ni, takut dia menghakis clear coat secara perlahan-lahan..lagi satu pakai kain kasar dan tidak dicuci akan buat cat kreta ada swirl mark yang berpusar-pusar, apatah lagi kalau hari-hari di cuci dengan kain sedemikian pasti pudar habis sebab tu swirl mark..susah mau hilang kecuali polish potong clear coat sikit... Kali ni saya rasa nak kongsi sedikit tentang tip-tip macam cuci Kereta dan motosikal korang sendiri. .Mengenal mempelajari sedikit sebanyak tentang jenis-jenis Polish dan Wax..
Tip-tip basuh motorsikal Polish dan Wax
Untuk kebaikan korang juga sebab kalau korang basuh tentu korang sambil tengok mana yang tak kena kat bahagian motor tu. Mana tahu ada yang kerosakan so kan dah dapat detect awal.
basuh sendiri bukan setakat jimat duit, kira exercise jugak...

Semburkan air seelok eloknya gunakan Pressure Water Jet Gun pada celah celah body dan rim tayar, terutama bahagian mudguard, celah rantai dan celah enjin untuk buang kotoran pasir-pasir melekat dan terperangkap pada motor. Cucinya mulai dari bahagian bawah, yang kotor dulu, setelah itu baru ke bahagian body dan coverset motor, tapi airnya harus diganti. Biasanya aku basuh bahagian celah-celah tayar dan celah-celah enjin motor dulu. Shampoo Wash & Wax motorsikal

Pastu Basahkan seluruh bahagian motor, mulai dengan meratakan shampoo Wash & Wax, dimulai dari bahagian atas dulu,guna span gosok dan sental kotoran termasuklah minyak-minyak yang melekat sampai benar-benar bersih.bilas dengan air bersih hingga sisa sabun hilang dan benar-benar bersih.. Untuk proses mengeringkan, mulailah lap kering dari bahagian atas turun ke bagian bawah, dengan tujuan bahagian yang sudah kering tidak kena air lagi sewaktu mengelap bahagian atas kalau nak lap motor pakai kain ape-apa pun boleh tapi pasti kan kain tu jenis lembut la..kalau kain yang kasar ko pakai habis la colour motor bercalar-calar halus jer....

Lap & jemur motor. Dah kering boleh guna wax. kalau nak wax motor gunakan wax motorsikal punya.. Jangan gunakan wax kereta buat wax motorsikal .. Lepas sapu wax, biar kejap wax tu kering dulu. Dah kering baru lap hilang kesan lebihan wax tu

Guna wax yang sesuai sebab material coverset motor adalah plastik. Sebab ada orang guna wax yg untuk cat (paint) pada material besi macam wax kereta guna kat coverset motor. Coverset cepat pudar / rosak. Pilih wax yang ada silicone untuk lebih tahan lama.

Tip-tip basuh kereta Polish dan Wax

Car Syampoo ( Cuci kereta)
Bila kite nak basuh kereta, ada yang guna car wash shampoo, ada yang guna wash and wax. Biasanya wash ni hanya untuk basuh sahaja dan wash and wax untuk dikilatkan selepas dibasuh. Jadi wash and wax boleh kilat kan kereta, tetapi kilatnya tak seberapa sangat, macam biasajer. Untuk aktiviti rutin setiap minggu membasuh kereta hanya gunakan wash and wax. Lain kali cuci cepat kalau kena minyak,tahi burung,getah pokok,tar jalan cepat-cepat...kain asing-asing ye.. ! Sabun kalau boleh pakai lah car wash syampoo.. jangan basuh kereta pakai sabun basuh baju.. bilas bersih bersih jangan tinggalkan kesan sabun tertinggal..
Cuci dari atas bumbung bawak ke bawah.. , dan kain yg cuci atas dan bawah tu.. kalau boleh lain-lain.. dan bila dan cuci kat tepi dan bawah (side), jangan sekali-kali di bawa keatas kain tu.. di tepi dan bawah tu laa segala pasir lekat! kalau di lap balik ke atas.. memang macam gosok kertas pasir kat kereta kau ler. ! jangan dicuci di bawah matahari terik sebab kesan sabun akan cepat kering dan meninggalkan kesan kat cat kereta tu dan ko akan nampak bercapok-capok bekas sabun tak hilang.
Polish & Wax Kereta
Perbezaan Antara Polish dan Wax
Polish nak bagi hilang scratches tumpulkan calar kecil untuk membuang cat yang telah 'mati' dan calar calar halus..sebelum dilapisi dengan wax.

Wax pulak macam nak bagi protection cat keta. calar-calar tu kalau sampai ke metal memang takleh hilang... Kira wax ni untuk bagi cat tu kalis air. Wax, ada 2 jenis, syntetic polymer atau carnauba wax, bezanya syntetic polymer lebih kilat, tapi tidak sekilat carnauba wax,kalau carnauba wax sebaliknya,ada juga produk yang gabung dua bahan tersebut,wax macam silicon plak untuk menjaga permukaan cat daripada calar calar halus... hujan dan embun..

Tapi sekarang diorang dah satukan polish dan wax..so takde la banyak kerja nak jaga kereta. Untuk bertahan lama selama 6 bulan atau setahun memang kena buat polish lepas tu wax ..Sebenarnya polish and wax takleh nak menghilangkan calar.. kalau yang hilang tu calar kat surface yg paling atas cat, sebab bila kita polish kita akan menghakis sedikit permukaan cat lama kereta..itu yang calar boleh hilang..then kita wax untuk tutup balik coating tu

Sebenarnya nampak beza kalau kereta yang selalu di wax dengan yang tak di wax langsung.. kotoran macam lumpur.. tar..senang nak ilang sebab dia melekat pada permukaan yang licin.. kalau time hujan pun.. nampak beza.. kalau yang diwax tu.. kita nampak air hujan tu berbintik bintik kat body... yang tak waktu.. air macam merebak. untuk kereta kereta baru atau kereta baru dicat semula.. selalunya orang wax jer.. sebab kereta tu memang dah kilat.. kalau cat dah mati.. nak ilangkan calar.. baru guna polish.. wax ni senang sket kerja dia banding ngan polish.. polish ni nak nampak kesan dia.. memang kena kerja keras.. nak senang guna mesin lah... tak penat sangat lagipun sapuan dia rata.. wax ni.. guna tangan ngan kain pun ok dah..
Cara Step By Step Nak Kilatkan Kereta
a) Nak kilat kan kereta ni, ada banyak step. kena tgk keadaan cat kereta tu.., elok lagi ke atau dah teruk sangat . kalau yg dah lama tak polish dan wax tu, mmg mula2 kena pakai rubbing compound ler.., utk tanggalkan kesan2 tar, serangga, taik burung dan sebagainya. Batu pun kadang ada lekat. dah clear rubbing compound, baru pakai polish.. satu lapis lagi. yg ni utk hilangkan kesan2 cat teroksida tu. (yg kaler dah naik berkapur tu..). selesai polish, last skali baru laa kita wax kan..
b) Sekali sekala bolehlah gunakan shine polish untuk kilatkan kereta.Untuk jangka waktu 3 hingga 4 bulan, apabila cat kereta ada kotoran yang degil untuk tangal ataupun ada banyak calar yang halus, perlulah di polish. Polish pada masa ini kena guna 2 jenis, Pertama jenis yang kasar untuk menanggalkan kotoran degil, cat mati serta menanggalkan calar-calar yang halus. Selepas tu boleh apply polish untuk shine punya. Polish ni halus, hanya untuk mengilatkan kereta sahaja.

c) Polish & wax aku akan siapkan dalam 3 helai kain gitu ler. satu untuk apply polish, satu untuk lap, satu lagi untuk 2nd round punya lap.scratch mark tu, trick dia masa ko nak bersihkan polish atau wax ko tu...ko jangan tekan sangat kain tu, ko lap selembut yang boleh. sampai la siap semua, letih memang letih....tapi hati puas!!Satu lagi petua yang aku guna, apabila polish kereta, jangan biarkan polish tu terlalu lama pada permukaan cat, sebab bila lama ia akan kering dan terlalau keras sehingga apabila kita wax, masih terdapat polish mark pada permukaan cat. Kalau kereta tu colour hitam, memang nampak..
d) Kalau korang baru beli kereta atau kereta baru di cat pakai wax soft (biasanya cair), jangan terlalu sering menggunakan wax (max 1 bln sekali) sebab sifat wax mengikis lapisan anti gores (acrylic) , kalau terlalu sering dan lapisan antigoresnya terkikis maka yg didapat bukan mengilap malah menanggalkan lapisan cat tersebut..ada pakai tangan dan ada yang pakai mesin. buatlah mana yang korang mampu ye..

Tar Remover

Tar merupakan cemaran yang degil kerana sifatnya yang melekat dan berminyak. Bintik-bintik tar paling senang dicuci menggunakan minyak seperti diesel tetapi ia boleh menjejaskan cat. Gunalah bahan 'tar remover' dan sapu tanpa tekanan sehingga bersih.

Plastic Lamp Covers Cleaner

Normally lampu plastik memang akan dapat kesan kabur, kusam, kesan kekotoran dan kesan kekuningan sebab lampu terdedah pada panas, sejuk, habuk dan kotoran masa bergerak atas jalan....

Gunakan Plastic Lamp Covers Cleaner benda ni macam polish gak sapu sikit atas permukaan plastic cover tu gosok pakai kain dan tangan sampai kembali jernih dan cerah... kalau pakai mesin polish lagi senang..
waxco clear vision compounder

Masalah cermin tingkap kereta selalunya ade kesan karat tak hilang ada tanda bulat-bulat kat cermin,cermin tu rasa kasar.Puas dah pakai tiner,surat khabar,minyak api semua tak jalan.Last sekali pakai waxco clear vision compounder ..

Selalunya aku pergi mydin je cari waxco compounder baru le bersih cermin tu..Pakai sebotol pun tak habis...Benda ni pekat,tuang kat span pastu lap.Tapi eloknya basahkan skit span tu lapkan atas cermin supaya senang hilang water mark tu.Klu sebelum ni ada guna rainX beli waxco punya gak.Aku lupa nama dia apa,tapi kat kotak tu ada tulis utk hilangkan bekas-bekas tompok yang melekat kat cermin.Aku dah pakai benda ni semenjak dia keluarkan produk tu, so bagus, bersih semua cermin kereta.

Wax Tire Shine
Tak sah kalau basuh kereta tapi tak wax tayar kasi kilat... kalau body kereta bersih berkilat tapi tayar kotor pun tak guna gak kan...
Lepas basuh tayar kereta tunggu kering sebentar kira jangan ade air kat tayar.. pastu ambik span bubuh wax tayar pastu sapu kat sekeliling tayar... baru sedap mata memandang tayar nampak kilat macam tayar baru beli.. kalau tayar masih basah terus sapu wax, memang lah tak lekat wax tu.. lagi satu mesti wax sapu tak rata ade bahagian yang tak kena wax pun..

Adengan tak mau dilihat..

Kebersihan melambangkan keperibadian seseorang. Tidak kira daripada segi apa pun, kebersihan perlu diutamakan.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

40 comments:

ibnuismail said...

setuju sgt2~ xkan la nak basuh hari. kalau xkeje or xstudy xpe la jugak. tp kalau da keje...mana ada masa nak basuh wo.hehe

Rush IswaraKu said...

Bagus juga tips ini dan banyak membantu..cumanya bagaimana pula ada yang nasihatkan supaya guna soflan utk buat finishing bila kita basuh kereta sebagai ganti polish..betul ke nasihat tu

Unknown said...

boleh bagi kt member aku tips ko ni

Noor Fatin said...

bagus tips ni! kalau ari2 cuci, memang penat la. haha sekali sekala xpa kot. org skrg slalu basuh sendiri je, hantar kedai rasanya sama je kot. hehe :)

Ina said...

blog awak mmg berinformasi..terima kasih sudi share.

Kakzakie Purvit said...

Kalaulah kakak buka car wash guna pekerja monyet mesti untung kan. Tapi ada ke org nak datang hantar cuci?... Hehehe....

Bawa kereta hari-hari tapi tak pernah mencuci kereta sejak dah berumahtangg. Masa anak dara pun hantar car wash. Hm.....

Asri Alam said...

adoi la. aku kalau baba polish terpaksa serah kat kedai cuci. lenguh la tangan nak gosok tanpa mesin

Anonymous said...

tak sangka selepas baca post ni, nak cuci kereta pun agak komplex. huuhu. kalau sy hantar kereta (xde kereta lagi ni), sah2 kena tipu kalau orang tu recommend ape2.. al-maklumlah, orang sekarang.. =.="

Unknown said...

sgt2 berilmu ini blog..

Usagi said...

pasnie xmo hantar kedai, da la mahai nak polish n wax. buat sendiri baru puas hati...thanks for sharing

iwan_dextrous said...

aku sejak dok apartment nie susah dh nk cuci kete sendiri..kena anta kedai jugak...

ayie said...

hmm banyaknyee nak kene beli untuk cuci kereta..hehe

NAZ said...

biasa hantar kedai. kalau sendiri buat bercalar balar nanti haha

IMANSHAH said...

aku basuh seminggu sekali je..itu pun kat kedai..wuhuhu

LiFe KaMi said...

selalu basuh kat kedai je,bukan main malas lg kan..hehe
ingat bulan dpan nak wax keta le,dah byk calar ni..
plastik cover lamp tu bukan main susah lg nak cari sampai skang tak jumpa2..huhu

irwanmiswan said...

aku basoh motor pon sebulan sekali nohhhhhhh keh3

AngahSayang2314 said...

baguslah tips berguna nie...tapi sayang baru jer lepas wax last week hehehe

ParkAir said...

Sekarang kete aku kena tar sikit, ari tu basuh kat kedai dia cakap kena cuci pakai petrol. Memang menjadi tapi tu la, risau makan cat pulak.

animous said...

"Masalah cermin tingkap kereta selalunya ade kesan karat tak hilang ada tanda bulat-bulat kat cermin,cermin tu rasa kasar.Puas dah pakai tiner,surat khabar,minyak api semua tak jalan."

wahaha terkena btul kat muka saye ayat nih.. mmg dah try pakai tiner, glass spray sumer x leh... kire kena pakai waxco glass compound eh.. okeh terima kasih... blog yg sgt bagus!

t0jal 428 said...

salam bro.kete ku kaler htam..ada swirl mark,kat ho0d pling ketara..mcm mana nk hilangkan selain polish?lau pakai perma glass sealant ok tak?...

t0jal 428 said...

Bro..tl0ng cter psal strut bar/lower bar..kbaikan n kburukan untuk short term also l0ng term..brand pilihan..tq..

ZILA NAFISHA said...

salam,sy nk tnya..mcm mn nk hilangkan cat minyak yang melekat pada body kereta n cermin kereta...sb sy berkerja area kilang yg byk proses mengecat...satu body kereta ada bintik2 putih...body kereta n cermin semua kasar..dh cuba polish tp tak ok jugak..gune petrol pun dh cuba ..mmg blh hilang..tp kene tekan kuat2 ms mengelap cat tu..blh tolong sy tak...tq

manoj singh said...

Many of you prefer to go on long drives frequently and this leaves your car dirty both on the outside and inside. We wash your car with the help of latest methods that prevents the water log in any part of the car. Car Polish Wax

nick said...

kat mana nk cari product ni yek?

Unknown said...

kat giant selalu ada benda ni

Unknown said...

bang boleh terangkan tentang jenis pad polish dan mesinnye sekali dan mesin grinding sand paper

Labuemas said...

Terima kasih kerana membenarkan tip sebegini dibaca oleh peminat gile kereta. Tip2 ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna shj malah berguna kpd mereka yg berminat utk membuka bengkel cuci kereta. Tq tq tq

Labuemas said...

Terima kasih kerana membenarkan tip sebegini dibaca oleh peminat gile kereta. Tip2 ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna shj malah berguna kpd mereka yg berminat utk membuka bengkel cuci kereta. Tq tq tq

Unknown said...

Rubbing compound tu ape Bro?

qalbilillah said...
This comment has been removed by the author.
nizam said...

Salam bang..klu kereta baru pakai tiap minggu pakai wax dlm bentuk cecair bole x?
eg apexy carnauba wax creamy..

Zaiful Zaharuddin. said...

bro, boleh bagi tips tak utk jaga cat matte. saya baru lepas cat kereta.
matte green. macam mana nak jaga supaya gloss dia maintain? sabun jenis apa nak guna ya?

Unknown said...

saya ada jual pencuci kereta, silicon glaze dan tyre shine..jika berminat bole contact kami..tq
013.772.2523 / 013.772.2524

Unknown said...

Salam otai2...n tnya ni mcm mna nk hilangkan bintik2 cat kt cover set moto...keje ngecat...hbis cover set...mohon pencerahan otai2...tq

Unknown said...

Salam otai2...n tnya ni mcm mna nk hilangkan bintik2 cat kt cover set moto...keje ngecat...hbis cover set...mohon pencerahan otai2...tq

Unknown said...

Cuci/rubbing compoung - polish - wax

Tq infonya tuan

Unknown said...

Macam mana nak hilangkan kesan cat pada tayar ye?? Ade sape sape boleh bantu. Tq.

Unknown said...

Macam mana nak hilangkan kesan cat pada tayar ye?? Ade sape sape boleh bantu. Tq.

Fadzlimalek said...

Ya allah...baru prasan blog bro.tqtq sy mmg jenis suka buat senderi.g mr diy borong barang2 l,balik buat terus.mesin polish pun sy beli dah.tq atas tips yg mmg begitu berguna..

Sound Deadening Store said...

Do you know that this content is unique? This content is extremely instructive and written very well. I greatly appreciate you providing this data. I liked this too much. I hope you find my praise enjoyable. closed cell foam