Monday, May 30, 2011

Diy pasang Sticker Carbon Fibre kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Guest: nak tanye bro ok ke ke letak carbon fibre sticker ni kat bonet depan kete?
Guest:kalau nak install sticker bonet, senang pasang tak sticker nie.. hehehe.. cam nak buat la plak.. nak cover bonet yang dah calar ...
Guest:And then tu nak psang pd aksesori,Cermin sisi, bingkai radio, meter kete,suis turun naik cermin. Bleh bg recommen install sdiri x.
_______________________________
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada sapa tah ni (dia tak tulis nama pulak).. ok bro. kalau nak pasang sticker Fibre carbon kena pasang yang ada kualiti punya la..kalo tak silap dalam market ade 2 jenis carbon sticker..

1) Fiber carbon sticker jenis print sahaja
sticker fiber carbon jenis ni hanya di print aje... jenis ni tak berapa tahan dan cepat pudar warnanya....tapi murah..biasa price from RM200++( untuk satu bonet)

2) sticker jenis sulam dan timbul
Sticker ni jenis yang ada tekstur dan boleh rasa kat atas permukaan.Sticker carbon sulam ni dipasang bagi mereka yang inginkan keunikan pada kenderaan masing-masing,( bentuk macam sisik ular) ianya lebih tahan dan bentuknya timbul pada permukaan sticker tersebut. structure macam fabric sket.. mahal lah harga nya...so nampak mcm bonet carbon ori..tp harga from RM400++ to RM 600++ tgok pada gred.( untuk satu bonet)



Terdapat banyak pengeluar sticker fiber carbon , tetapi antara yg popular ialah 3M. 3M ni dikenali kerana ketahanan dan kualiti produk nye.. Sekarang pun teknologi dah canggih. Sticker yg dikeluarkan pun dah menarik dan yg terkini bentuk 3D pada sticker tu sendiri. Dah hampir nak sama macam ori fiber carbon tu.

Kalau nak pasang cari brand 3M. tahan panas sebab sticker tu kalau 3M ori dia takkan lekang walaupun panas.. jangan risau tak akan tertanggal.. Korang boleh balut apa saja kira bumper ke hood ke bumbung ke.. jangan risau bila cabut..kalau nak cabut sebab nak jual keta bagi standard balik Insya Allah cat tak tanggal pun..

_______________________________

DIY Pasang Sticker Fibre Carbon
_______________________________
Secara ringkasnya saya cuba terangkan macam kat bawah ni...
1) Cover Suis Power Window

Kena ada peralatan seperti skrewdriver, pisau lipat atau mata pisau cukur. First kena buka cover suis pover window tu. Tanggalkan penyambung soket suis power windor dan leraikan dari cover plastik tu..

Sticker 3M fibre carbon tu bentangkan terbalik yang kertas putih tu kat atas.. Tekap diatasnya.. Tanggalkan kertas sticker tu baru tampal kat permukaan cover..Potong lebihan stickert tu dan Tebuk lubang tengah pula guna pisau

Ratakan permukaan sticker dan kalau nak senang kerja boleh guna Heat gun atau kalau tak ade guna hair drayer...kalau ada gelembung air buble boleh cucuk nga hujung jarum... pastu picit-picit kat gelembung tu..kasi buang angin dia... siap dahhhh.... pastu boleh pasang balik kat tempat asalnya..
_______________________________
2) Cover Panel Meter

Korang kalau kreatif boleh buat ni.... kalau kat dalam meter panel first kena cabut keluar dulu ..Pastu cuba buka cover plastik jernih , tanggalkan bahagian depan tu. pastu tekap atas belakang sticker bentuk permukaan meter tersebut...kemudian potong ngan gunting atau pisau ikut bentuk lakaran tu..Pastu baru tampal sticker tu..

Urut-urut supaya rata permukaan sticker tu. pastikan tiada buble atau kedutan diatas permukaan.. bila dah siap pasang balik cover tu kat panel meter tu seperti sedia kala..
_______________________________
3) Housing Radio / dashbord

Kalau pada hausing radio.. tanggalkan dulu hausing radio dari dashborad kemudian dapatkan sticker 3M fibre carbon film tampal atas permukaan hausing tu.. potong ikut bentuk..Perkemaskan balutan sticker tersebut supaya rata.. Pastikan tiada kedutan.. siap boleh pasang balik hausiong radio tu..
_______________________________
4) Side Mirror

Mula-mula Tanggalkan kertas kat belakang sticker tu pastu lekap aje kat side mirror gunakan heat gun untuk membentuk dan melenturkan sticker.... ratakan sticker ngan edge squeegee plak...

Pastikan tiada air buble dan tiada kedutan .... dah tu barulah lebihan sekeliling sticker dipotong ngan pisau....
_______________________________
5) Hood depan kereta

Tampal Sticker pada bonet kereta ..Ratakan Sticker dgn Felt edge squeegee.. gunakan heat gun utk memudahkan melentur sticker pada bahagian hujung bonet.. ratakan sticker dan pastikan tiada air buble..

Gunakan heat gun utuk memudahkan sticker rata kat bahagian tepi hujung bonet.. Sekali lagi ratakan sticker supaya tak berkedut... dah siap semua potong lebihan stiker dengan pisau yang tajam.... dahhh siappp pasang sticker kat bonet tu pun...

Mudah-mudahan apa yang saya kongsi di sini berguna ,Jadi korang boleh lah pasang sendiri kalau nak jimat kos..

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Thursday, May 26, 2011

Jenis-jenis kereta MPV



Pertanyaan Yang diajukan...
Woofer Storm said...
*nak tanya pasal kereta pulak, antara kereta mpv yang murah,yang manakah satu menjadi pilihan bro?tak kiralah brand apa,janji harga standrd la.heheee dan mengapa?

Jawapan kami
Maaf agak lambat jawab pertanyaan ni.. Kami tak ada pengalaman menggunakan kereta jenis MPV ni... but cuma nak kongsi sedikit infor ajer..

Kereta MPV = multi propose vehical/kenderaan pelbagai guna.., juga dikenali sebagai minivan. Inilah kereta idaman lelaki berkeluarga. Trend semasa menunjukkan keluarga sederhana besar dengan tiga atau empat anak juga sudah mula memikirkan MPV manakah yang sesuai dengan cita rasa peribadi, kemampuan kewangan, pakej promosi dan tinjauan pendapat umum mengenai model MPV itu. Dalam konsep nie, biasanya ia terarah kepada kereta MPV. Fungsi MPV nie biasanya adalah untuk membawa individu yg ramai

Bagi lelaki yang memiliki anak ramai, kenderaan MPV atau van mungkin paling sesuai dan praktikal. Ini tentunya memudahkan seisi keluarga setiap kali pulang ke kampung atau mengembara jauh beramai-ramai. Selain lebih selamat, hubungan sekeluarga juga bertambah erat. Tanyalah mana-mana lelaki bergelar bapa, MPV pasti menjadi idaman mereka! kereta tambah besar, ahli keluarga kene tambah lagi la.. Opssss.... he he he he. Biasanya, keluarga yang sudah besar memerlukan MPV ..Pasaran MPV mampu-milik kini makin meriah.....

Apa agaknya pilihan anda?

"Pada pendapat saya, semua pengeluar kerata telah
berusaha membuat yang terbaik dan yang penting telah
memenuhi standart yang di tetapkan, jadi soal yang
mana lebih baik bergantung kepada penguna yang menilainya."

Contoh kereta jenis MPV:-


1. Toyota Estima –
Harga baru anggaran RM325k. Kapasiti enjin 2.4 . ( rasanya kut tak pasti lah, main agak-agak ajer ni) kalu nak pikir jangka masa panjang baik amik toyota estima..8 seaters ada..7 seaters pon ada...boleh bawak keluarga...moon roof ada..sun roof pon ada..

2. Honda Odyssey –
Harga baru anggaran RM236k. Kapasiti enjin 3.5 L( rasanya kut tak pasti lah ) Honda Odyssey pula dikategorikan sebagai MPV besar kerana berasaskan model Honda Accord. Honda Odyssey terbaik dari segi perfomance. Memang laju. Saya pun minat sangat-sangat tapi tak mampu nak beli.kesemua ada 8 passenger seater.. Interior kalau tengok yang baru memang betul-betul lawa siap kerusi Honda tu boleh bawak keluar dari kereta.Tapi paham-paham sajelah kalo honda nyer sparepart tentu ler mahal.

3. Toyota Alphard-
harga dalam RM150K. Alphard ada yang 2.4 dan 3.0 .Alphard memang mewah gila, Alphard dalam sangat la besar,ada 8 seater penumpang kesemuanya. yang tak best duduk depan macam bawak lori, kena panjat naik kerusi driver.

4. Naza Ria –
Harga baru anggaran RM99k.spare part/service mahal.enjin komplex V6, harga 2ndhand rendah.Naza Ria body berat, hampir semua MPV Korea berat,tapi stabil, kalau atau highway, kalau ditiup angin lintang, kurang nak bergoyang, atau bila berselisih dengan bas atau lori besar.Cuma minyak parah la. Dan maintenance tinggi. naza, kalau ikut carnival nyerr spek, ada 7 seaters peumpang , kerusi belakang leh pusing mengahadap satu sama lain. dah tu, ada ruang utk jalan di tgh tgh ..cam bas mini..pastu kat bumbung dia boleh buka & tutup kalau nak keluarkan kepala pun bule tapi kat bhgn depan je la

5.Toyota Vellfire -
Harganya dalam anggaran RM 265k.kereta orang kaya ..tiada perbezaan ketara antara keduanya cuma bila tengok luaran,Grill, lampu depan da belakang tu ajer yang beza. nampak lagi cantik ajer. Beza dari segi pattern dan design.. lagi satu kapasiti tempat duduk sesuai cuma 7 dewasa penumpang (termasuk pemandu) ajer

6.Mitsubishi Grandis
Harga anggaran RM165k.Enjin berkapasiti 2.4 liter Enjin MIVEC Ia dipadankan dengan sistem INVECS-II. Rasanya 7 orang penumpang boleh masuk dalam satu-satu masa.Penumpang di barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh duduk dengan selesa berikutan ruang kaki yang luas. Mereka juga tidak akan kepanasan kerana corong pendingin hawa boleh didapati di bahagian sisi kepala. Grandis turut dilengkapi dengan unit paparan LCD yang tersimpan kemas di bahagian bumbungnya

7. Honda Stream –
Harga baru anggaran RM150k. Honda Stream ada 1.6, 1.8 and 2.0 VVTI timing chain. Honda Stream dikategorikan sebagai MPV padat kerana berasaskan model Honda Civic. Kereta yg di luar nampak sporty.. Ruang dalam yang luas walaupon mempunyai badan yang nampak kecil dari luar. boleh Bawak 7 orang penumpang dalam satu masa..Honda Stream lebih kepada handling, rupa lawa, minyak jimat.Packaging, space utilisation antara paling bagus dalam kategori MPV.lagi satu tertarik dengan dashboard dan segala control panel tu nampak jauh lagi moden

8. Toyota Wish –
Harga baru anggaran RM157k .Wish ada 1.8 import dan 2.0 pasaran Malaysia dan enjin pun ada 2 jenis bagi wish ni...vvti dan d4 vvti timing chain..Wish = 5+2 seater kira 7 orang lah penumpang boleh naik..

Cuma lebih tertarik pada bentuk lebih aero sport dimana ia seakan gabungan SUV, MPV dan kereta sedan bagi mendapatkan ruang seperti sebuah MPV, pemanduan dan keselesaan seperti sedan dan kedudukan poster pemandu seperti di dalam sebuah SUV.

9. Hyundai Starex -
Harga anggaran RM150k. Hyundai Starex didatangkan dengan enjin 2.5 liter diesel bercas turbo.Hyundai Starex ..memang besar bagak ..boleh pangil mini bas dah..MPV Hyundai Starex yang boleh memuatkan 11 penumpang.. boleh lawan Alphard...ruang dalam dia memang mewah.. ..seat paling belakang boleh adjust kedepan dan kebelakang - ini amat menolong kalau kita ade laguage yang agak banyak...

10. Toyota Innova –
Harga baru anggaran RM102k kapasiti enjin 2.0.timing chain.Pickup mpv ni ok la. Ruang pun luas. Innova -boleh duduk kat dalam 8 penumpang..Tapi minyak la yang tak tahan tu, kuat sikit la berbanding dengan mpv yang lain. MPV ni memang laju tapi kurang stabil bila amik korner. Lagipun mpv ni guna suspension belakang jenis blade. Jadi berbuai-buai la bila korner. Enjin memang tip top. Tapi bentuknya lebih kepada oldies sikit lagi satu tak nak pening kepala maintenance murah banding brand lain, second hand value boleh tahan masih tinggi.

11. Proton Exora –
Harga anggaran RM70K Ruang dalaman untuk 7 penumpang yg amat selesa memang agak luas cuma 1.6 timing belt ..tidak sesuai jika dibandingkan dengan saiz Proton Exora itu sendiri beban body yang beratnya lebih kurang 1.2tan. tapi still masih boleh bawa. Setakat naik bukit takdehal lah..Kalau ambik yang H-line.. Ada LCD, DVD player, built in hands-free, 2nd and 3rd row a/c blower, leather seat, GPS dll..

12. Toyota Unser –
Harga baru anggaran RM93k..kapasiti enjin 1.8. keluasan agak besar (kalu anak ramai..memang cantekk) spare part banyak, banyak boleh upgrade..unser, cam biasalah, orang belakang nak turun, kena lipatkan kerusi depan.

13. Nissan Grand Livina –
Harga baru anggaran RM97k.Enjin berkapasiti dari1.5, 1.6 Liter sehingga 1.8 Liter sound proof bahagian dalaman memang fantastik! senyap. tapi bumbung rendah lagi sbb GL ni just like a grown-up 7 seater wagon..kira 7 orang boleh naik lah..ride comfort bagus, fuel consumption pun ok.Seat belakang sekali kecik tapi seat tengah boleh slide, jadi boleh edjust. tempat duduk belakang sempit macam alza sesuai untuk bebudak kecik.Kerusi barisan kedua boleh digerakkan ke depan dan belakang selain boleh dibaringkan bagi memperoleh ruang bagasi lebih luas. Kerusi bahagian kedua yang senang digerakkan membolehkan penumpang barisan ketiga keluar masuk dengan mudah.

14. Naza Citra –
Harga baru anggaran RM84k Enjin 2.0 dan CVVT..Naza Citra ada 7 seater...Seperti diperkata orang Citra terkenal dengan kuat makan minyak terutama jalan bandar tapi kalau kat highway fuel comsumption agak reasonable. kelemahan takde air-cond belakang tapi ada sunroof so kalau panas, buka saja bumbung tu Lagi satu masalah korean car ialah second hand value. tapi sekarang rasa diganti oleh Rondo

15. Toyota Avanza –
Harga anggaran RM 77k.. Avanza 1.5 dari 1.3 adalah power. Avanza guna DOHC VVT-i.. .dari segi minyak masih ekonomikal .Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak tapi Kalau compare ngan boot tak ada tempat nak isi barang kecik sangat tak leh nak shopping lebih.second hand value boleh tahan tinggi.

16. Produa Alza –
Harga anggaran RM60k..Kapasiti enjin1.5..Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak tempat duduk blakang sempit sangat . Alza Walaupun enjinnya kecil, memang sesuai untuk ulang-alik pergi kerja. Yang pastinya first impression saya memang mengujakan.

Pesanan Kami untuk pengguna MPV
Apapun pilihan peminat MPV, dalam keghairahan untuk membawa keluarga berjalan dalam keadaan penuh selesa , jangan lupa untuk mengutamakan keselamatan sebagai keutamaan nombor satu memandangkan banyak kes kemalangan semasa turut melibatkan MPV pelbagai jenama.

Yang lebih menyedihkan ialah ekoran kemampuan untuk memuatkan jumlah penumpang yang besar berbanding kereta penumpang, maka bilangan ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai yang berhadapan risiko kecederaan ringan atau parah mahupun kematian akibat kemalangan juga adalah lebih besar.

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Tuesday, May 24, 2011

Vespa Naza LX150 , GTV250, GTS300


Pertanyaan yang diajukan
LiFe KaMi said...
kami minat kat moto vespa keluaran terbaru naza tu le, kalau bole bro tolong post pasal vespa tu..thanks..:)
Jawapan kami...
Mohon maaf kerana kami begitu lambat untuk menjawab pertanyaan tersebut... Akan tetapi seperti biasa kita kena kenal sejarah dan perkembangan motor vespa dahulu. Tak kenal maka tak dapat lah kita menghayati vespa ni..Vespa Piaggio dikatakan paling stylish, chic dan nostalgia, bertepatan sekali dengan era 60-an. Mengimbas kembali, pada 1960, vespa adalah kenderaan asas, popularitinya membuatkan vespa antara kenderaan idaman. Model-model Vespa adalah "best-selling motor" sepanjang masa jauh meninggalkan motor lain
______________________________________
Sejarah Vespa
Vespa merupakan motor berjenis skuter yang berasal dari Itali. Penciptaan awal vespa semasa perang dunia pertama meletus tahun1884 di Itali oleh Rinaldo Piaggo.. Sebenarnya Rinaldo Piaggio merupakan kilang pembuatan kapal terbang. Pada masa itu penaklukan dunia oleh pemimpin nazi Jerman, Adolph Hitler.Tahun 1938, Rinaldo Piaggio meninggal, meninggalkan dua kilang pesawat di Tuscany kepada Enrico Piaggio, 33, dan adik laki-lakinya, Armando, 31.
Tahun 1945
Pada akhir Perang Dunia II, kilang Piaggio di bom oleh pesawat sekutu. Enrico Piaggio ( anak kepada Rinaldo Piaggo) telah mengambil alih kilang tersebut.Di dalam syarat-syarat persetujuan damai dengan sekutu , Enrico Piaggio dilarang dari membuat pesawat .dengan dibantu oleh ahli pesawat terbang Corradino D’Ascanio merupakan seorang aeronautical engineer , membangun, dan menerbangkan helikopter modern pertama di dunia. Enrico Piaggio menciptakan sebuah design kenderaan dua roda dengan inspirasi dan teknologi dari pesawat terbang. suspension monoshock di ambil dari roda pesawat terbang, bahkan produk pertamanya benar-benar menggunakan roda depan pesawat terbang. Starter dibuat dari bahagian komponen bom, serta bodynya dihasilkan dari alumunium seperti body pesawat terbang. Dengan kelajuan Top speed : 60 km/jam 2 stroke single silinder diperbuat daripada besi

Vespa” berasal dari kata ”Wesp” yang bererti " lebah”. Ini model kedua bentuk dia macam lebah 2 stoke single sylindre Top speed :37.28 mph head diperbuat dari besi.. Adalah perubahan nampak sikit bentuk motor..

Pada tahun 1948-1950
Penambahan kecepatan dari sebelumnya mencapai speed : 80km/jam - 98 cc racing 100km/jam 2 stroke dan single sylindre, dengan sylindre terbuat dari besi dan Alumunium head
Tahun 1954-1955
Kelajuan Vespa di tambah menjadi 125cc dan reka bentuk semakin baik..

Dalam perkembangannya, Vespa tidak hanya di pasarkan di Itali, tetapi juga laris di Perancis, britain, Jerman, Spanyol, Brasil serta India. Selain Vespa, pada masa itu juga lahir berbagai kenderaan roda dua jenis seperti vespa ini, seperti Lambreta, Zundap, Heinkel dan NSU.Pada saat itu banyak negara lain yang mencuba membuat produk serupa, tetapi ternyata mereka tak sedikit pun mampu menyaingi Piaggio.

Lambretta, sebenarnya dibuat lebih tua dari Vespa, tetapi terhenti pembuatan. Tatkala Vespa terberhenti pengeluarannya, Lambretta pun keluar semula. Hanya, enjin yang membezakan dengan Vespa. Vespa bermesin di sisi, sedangkan Lambretta enjinnya di tengah.
Untuk yang buatan Jerman, jenis motornya bernama NSU Prima.
kemudian keluar model Zundap dan Heinkel
____________________________________________

Berbalik pada pertanyaan Life kami
Bermula Januari 2011 Naza Premira Naza Premira, salah satu syarikat di bawah NAZA Group telah dilantik sebagai pengedar eksklusif jenama Vespa yang merangkumi skuter, alat ganti, aksesori dan barangan di Malaysia.
Vespa LX150cc
Dengan pelantikan ini pelbagai produk berkaitan Vespa akan ditawar kepada pasaran dan model yang dijangka popular ialah Vespa LX150cc yang berharga lebih kurang RM10,800. LX 150 menawarkan enam pilihan warna antaranya perak, kuning, biru dan hitam

Model diimport sepenuhnya daripada Vietnam..Vespa LX150 ini menggunakan enjin silinder tunggal empat lejang dan berbeza dengan model terdahulu yang menggunakan dua lejang.Ia dijana enjin sesaran 150 cc dan memberi tahap penjimatan bahan api serta lebih mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap seperti model Vespa dua lejang sebelum ini.Kuasa maksimumnya mencecah 11.66 hp .

Jika dilihat pada bahagian hadapan, lampu dan cermin sisi berbentuk bulat membuatkannya tampak klasik serta mempunyai gaya tersendiri.Sayap depan yang lebar serta dilengkapi lampu isyarat memberi gambaran menarik selain berfungsi melindungi kaki daripada percikan air hujan.Lambang Vespa krom depan juga menyerlah jenama model ini . Panel meternya sangat unik apabila mempunyai penyukat kelajuan kilometer sejam (km/j) dan batu (mph) serta dilengkapi jam digital bagi memudahkan penunggang melihat masa. Dilengkapi penghidup automatik menggunakan transmisi automatik untuk memudahkan menunggangnya.
_______________________________________

Vespa GTV250 & GTS300
Turut dijual ialah versi kapasiti lebih besar iaitu Vespa GTV250 dan Vespa GTS 300.

Bagi model GTV 250 (RM34,300) warna GTV 250 hijau..

GTS 300 (RM35,900). GTS 300 warna merah, hitam dan putih

Yang pastinya wahhh.... manyak mahal woo...boleh buat belanja kawin dah ni.,aku tak mampu memilikinya. Sebenarnya bagi aku lah sejarah pembuatan vespa ni lah yang paling mahal.. Nilai klasik dan sejarahnya begitu lama itulah harga sebenar motor vespa ni..
Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Thursday, May 19, 2011

DIY Boot Kereta Karat


Pertanyaan yang diajukan..

A) tenchu: Asalamualaikum Bro tompang tanya. Klu boot blkg wira bertakung air cmne ye?? dh cm tasik sume hidupan ble idup dlm 2.. aritu gi punggah boot blkg xde plak nmpk bocor. dh siram pn xnmpk. abis karat2 tyr spare, spana, jack dan sebgainye.psl boot bhg tepi kanan dah reput bocor nampak jalan raya. cmne nak buat tpt bocor tu.mntk bntuan??


B) Ct Arina said...nak tanye, kete sy baru pakai setahun lebih. tapi ade la 2-3 titik cat kat body boot keta yg dah tekopek. kenape ye? cane nk fix bagi elok? xkan nak cat balik 1 body?
C) Ct Arina said..saye ade tanye aritu. kat boot kete saye ade cat gelembung sket. besar die lebih kurang setitik air. nak kene cat balik 1 boot kete ke?
_______________________________
Jawapan kami..
Kepada tenchu dan Ct Arina saya mohon Maaf agak lambat jawab pertanyaan ni.. kebanyakan boot atau bonet belakang kereta proton selalu sangat masuk air, kalau hujan bertakung dalam boot. Kalau tidak dirawat dengan segera, karat mudah belaku pada tempat berkenaan.


Mungkin asalnya gelembung cat tertimbul tapi tak boleh dibiarkan. Lama kelamaan gelembung tersebut menjadi karat reput dan meninggalkan kesan lubang..

Ada kemungkinan Air hujan telah memasuki ruang boot dan lama bertakung memenuhi ruang boot tayar spare. Jadi kena perhatikan selalu kawasan berkenaan..

Sekiranya dibiarkan berlarutan kesan karat akan timbul dan boleh menyebabkan lantai body kereta reput dan peroi berlubang..


*Jawapan pertanyaan tenchu: Selalunya bila kita hantar bengkel kereta lantai peroi berlubang tu akan di buang.. kemudian dia akan tampal dengan kepingan zink lantai welding balik.. Lepastu tempat zink tersebut akan di sapu dengan tar sebagai underseal body mencegah karat berulang kembali.
_______________________________
Langkah mengesan kebocoran
_______________________________
Ada kemungkinan berlaku kebocoran menyebabkan air hujan dapat meleleh masuk ke ruang boot kereta.. Sebagai tindakan mengenal pasti kebocoran adalah dengan cara try la siram dari luar.. Pastu dok dalam keta perhatikan kat mana bocornya.


1. Ada kemungkinan ruang antara spot weld ni. kes kereta ini apabila disembur air dari luar boleh nampak air meleleh ke dalam boot melalui kawasan ini, tampal dengan silikon
2.Berkemungkinan juga air masuk melalui Nozle wipper atau wiper belakang.. ada kemungkinan silikon cermin belakang dah renggang atau kadang bocor kecik jerk
3.Cuba try buka linning door trim mungkin bocor. kemungkinan getah dia tu dah keras ataupun bocor.
4.Kalau ada tukar lampu blkng... confirm air masuk ikut situ.. jika sealant tak cukup kemas, air masuk ikut celah lampu tuh.. mungkin jugak ade crack kat lampu reverse tu so bila hujan lebat dia masuk dalam lampu
5.lubang dekat bumper belakang tu klu korang perasaan cuma bush getah aje menutupnya ..klu getah tu keras air berpotensi untuk masuk bonet
_______________________________
DIY Underbody Seal Tar
_______________________________
a) Selain dari menutup atau menampal sealer atau silikon pada tempat bocor tersebut.. Ada satu cara lagi yang yang boleh saya syorkan.. iaitu buat underbody seal tar pada keseluruhan lantai bawah kereta dan atas lantai kereta korang..


b) Dapatkan Underbody Seal Tar sama ada sapuan dengan berus atau jenis spray aeresol punya yang boleh didapati kat kedai spare part atau mana-mana hardware .. korang boleh buat sendiri kerja-kerja ni semua.. Ianya bertujuan sebagai lapisan perlindungan anti rush dan menutup ruang-ruang antara spot weld atau lubang- lubang yang tak rapat..

Anggaran harga:
Harga Underbody Seal sapuan berus ni dalam anggaran 1 liter RM 45.00
Harga Underbody Seal spray aeresol satu botol tin RM 35.00

c) First kena bukak seat depan belakang kereta pastu buka karpet .. bersihkan tempat-tempat karat dengan mengikis dengan scraper.. Seperti yang saya syorkan disini beli Underseal Body Tar aeresol (lebih senang dan mudah) spray pada keseluruhan lantai kereta korang..

d) Tunggu benar-benar kering underbody Seal tar tu terlebih dahulu barulah boleh pasang balik karpet dan seat semula.. Insya Allah dengan cara ni selain dari menutup karat pada lantai sekali gus mencegah air meresap dan melindungi ( anti Rust)..

e) * Jawapan pertanyaan CT Arina kalau cat terkopek boleh gunakan cara ni buat ajer underbody seal tar dalam ruangan boot kereta.. lepas tu kalau nak spray cat balik pun boleh satu boot atau tak payah spray cat pun tak apa..Memadailah dengan spray underbody seal tu sahaja cuma tak cun lah boot kereta tu pasal warna dia hitam legam ajer cuma jimat kos lahh..

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Wednesday, May 18, 2011

DIY Spray Bumper dan Grip handle Pintu Kereta



A) Pertanyaan yang diajukan

Woofer Storm said... Nak tanya,cthlah kalau beli kereta basic,kebiasaannya bumper dia berwarna hitam depan belakang kan?jadi kalau nak cat,mana lagi murah?nak buat kat kedai ke?or sendri?kalau sendiri,cara yang betul bro macam mna??cat yang diguna mcm mna??cat spray tin jenis DPI ni ke?? or bagaimana??

Jawapan Kami..

Maaf agak terlewat jawab pertanyaan ni... Ada kesempatan ni saya cuba jawab mana yang mampu ajer secara ringkas...

Bila kita beli kereta basic dapat bumper pun hitam tidak bercat atau tukar bumper PU kita bleh buat sendiri untuk spray cat pada bumper tu.. Tak dinafikan, Biasanya kalau hantar ke bengkel cat paling kurang pun RM 150.00 satu bumper tapi ikut colourlahh kalau Matellic mahal sikit kalau ada pearl lagi lah mahal.. Bagi jimat kan kos kita boleh buat sendiri benda tu...

_______________________________

Persoalannya sama tak Colour spray kereta?

_______________________________

Insya Allah.. Ada colour code spray aresole yang sama dengan cat kereta anda..Korang bolehlah cari cat spray tin DPI cam ni ada jual kat kedai ngan siap colour code kereta tersebut... sebagai contoh kalau kereta korang jenis produa kancil lah warna putih colour code kereta tu W14 ... korang boleh cari colour code yang sama ngan kereta anda dalam bentuk aerosol cat spray tin cam ni ... kami syorkan cari spray tin jenis DPI cam ni sebabnya cat tak mudah merekah atau retak retak pun kalau pakai jenis ni berbanding jenis-jenis yang lain ...

Kalau korang masih rasa ragu-ragu lagi korang boleh bancuh cat masukan dalam tin spray aresole..caranya kamu pergi kedai jual cat biasanya kedai bancuh cat(bukan bengkel spray) .. kamu sebut aje colour code apa..Colour apa ajer yang korang nak...


Pastu dia boleh tolong bancuh cat. Atau kalau nak sama colour tu korang tanggalkan tutup minyak tangki petrol kereta korang bagi kat kedai bancuh cat tu dapatkan sama colour serupa dengan tudung cat kereta tu..


Pastu dia isi dalam tin gas macam spray yg biasa jual kt kedai. Harga dia tak berapa pasti lah mungkin dalam RM 15.00. Nak cantik lagi, lepas korang spray, terus masuk 2k. 2k pun ada jual tapi syaratnya beli hari ni, terus kene guna. Kalau tak, 2k rosak. Kalau nak clear biasa, ambik clear yg biasa 1k. Yang ni bila2 boleh spray mengikut masa lapang
_______________________________
Jumlah bajet DIY buat sendiri
_______________________________
a-Kalau Spray Kat Bengkel cat Paling kurang RM 150.00

b-Tapi kalau DIY buat sendiri
Spray Brand ‘DOVE’ atau ‘Matahari’ atau ‘DPI’ sahaja @ RM6/botol
beli 5 tin spray 400ml = RM6×5 = RM30
Kertas Pasir / Sand Paper Grade 400 x 2, 600 x 2, 1200 x 2 = RM6
Primer/under coat Spray Brand sama macam Spray biasa @ RM6/botol x 3 = RM18
Clear Coat Spray Brand sama @ RM6/botol x 3 = RM18
Plastik Primer 1 botol = RM22
Jumlah keseluruhan Hanya dalam lingkungan RM 64.00 Sahaja..( tapi boleh cut kos lagi barang yang tak perlu, ikut keperluan koranglah)
_______________________________
DIY Cat Bumper
_______________________________
Cara Membuatnya..
1) Tanggalkan bumper terlebih dahulu.. gunakan kertas pasir grade 400 untuk melicinkan permukaan kasar pada lapisan hardputty dulu. Buat dengan kehadiran air supaya air dapat membuang terus habuk dan tidak bersepah-sepah serta lebih efektif.Kemudian gunakan kertas pasir grade 600 untuk keseluruhan bumper.

Akhir sekali gunakan kertas pasir grade 1200 untuk menghasilkan permukaan yang betul-betul licin dan sesuai. Pastu cuci dengan air dan jemur sampai kering air pada bumper tersebut..

2)Untuk bumper yang kali pertama nak cat contohnya bumper pada kereta basic ( mmg tak bercat bumper tu atau baru tukar bumper PU) di nasihatkan spray dulu Plastik Primer bagi memastikan cat dapat melekat pada permukaan plastik supaya cat dapat grip lekat tak mudah tanggal atau terkopek..Tunggu kering sebentar
3) Lepas tu korang spray undercode pakai spray murah-murah ajerr colour silver atau putih untuk colour base supaya sekata dengan colour yang di inginkan.Tunggu kering sebentar


4)Pastu Spray colour yang di inginkan ( Kat sini digunakan warna merah Brand colour Aikka paint , aku dapatkan kat kedai bancuh cat untuk samakan ngan warna kereta asal) Aikka colour ni mmg Brand cat kereta yang di maksukkan dalam tin.. Selalunya kalau kita lihat orang cat spray pakai spray gun tapi yang ni kita guna tin aeresole ajer..Spray selapis demi selapis sampai benar-benar rata..Tunggu kering cat..
5) Pastu Baru lahh spray lacquer aikka sebagai pelindung lapisan cat dan kasi kilat sikit..
_______________________________
Kalau nak spray cat bumper warna hitam
_______________________________
Bumper memang dah hitam tapi nak spray juga warna hitam.. Sebabnya warna hitam macam macam hitam kan... tak semua sama hitam...

1. Untuk bumper pertama kali cat..Seperti yang disyorkan Spray dulu Plastik Primer supaya cat mudah lekat dengan sempurna nanti kat permukaan bumper..

2. Pastu terus ajer cat spray warna hitam.. kalau dah memang bumper hitam nak spray pun hitam kita tak perlu spray under code.. jimat sikit... kat sini pun aku gunakan warna hitam bancuh kat kedai bancuh cat Aikka brand nak kasi colour sama ngan warna hitam kereta asal..
3. Last sekali spray Lacquer untuk perlindungan cat dan nampak kilat di permukaan bumper..

4. Tunggu benar benar kering cat tu pastu bolehlah pasang semula bumper pada kereta...
_______________________________
B) Pertanyaan di ajukan..
Adip46 : Slm bro kawe nok tanya mcmna nak cat pada handle grip pintu kete waja kawe pasal grip kawe asal tak cat (color dia itam). bleh tak pakai cat tin DPI bleh sama warna asal keta kawe tue.Timo kcih
Jawapan kami
Thanks bertanya.. Ok langkah nak cat grip handle pintu kereta basic hitam cam tu nak guna Brand DPI colour tu boleh tapi kena cari ngan colour yang hampir serupa.. Sama tu tak lah cuma hampir serupa..
_______________________________
DIY Spray Handle Grip Pintu Kereta
_______________________________
Cara membuatnya
1) Mula mula basuh bersih handale grip dari sebarang kotoran dan minyak terlebih dahulu..

2. Tutup sekeliling handle grip dengan masking tape pastu lapik pula dengan kertas surat khabar lama ..
3. Pastu Seperti yang disyorkan spray dengan Plastik primer terlebih dahulu pada permukaan grip handle supaya cat melekat dengan sempurna nanti..

4. Pastu spray pula ngan warna silver sebagai ganti undercode untuk colour base supaya sekata dengan colour yang di inginkan.Tunggu kering sebentar
5. Ok Spray warna yang di ingini..kat sini guna cat spray DPI Auto Spray Paint.. Macam yang aku cakap cari yang hampir sama atau sama code colour ngan warna asal kereta


6. Pastu bolehlah gunakan spray clear coat bran DPI Anchor sama brand jugak..
7. Tunggu benar-benar kering baru boleh buang masking tape dan surat khabar lama tersebut.. lihat hasilnya...

Mudah-mudahan apa yang saya kongsi di sini boleh berguna untuk kegunaan masa -masa memerlukan terutama untuk safe kos dan bajet ciput...

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"