Pertanyaan yang diajukan...
Maaf agak lambat balas balik jawapan tersebut..agak kesibukan kebelakangan ini... Insya Allah kami cuba jawab seperti di bawah ini
_______________________________
Masalah Bumbung kereta karat Dan Bocor....
Mari kenal pasti masalah tersebut.... Karat yang menyebabkan bumbung bocor secara basic kami kelaskan seperti dibawah...
1) Tukar Kulit Bumbung Kereta
Bahagian bumbung kereta yang lama akan berkarat dan menyebabkan kecacatan kepada kenderaan anda.Karat yang teruk akan menyebabkan bumbung kereta berlubang kebocoran. Jika kerosakan karat yang serius penggantian bumbung baru boleh dilakukan ... buang bumbung lama masukkan bumbung baru... biasanya karat tersebut telah merebak hingga ke bahagian tulang bumbung...kosnya agak mahal... bumbung boleh bertahan lama dalam 7-8 tahun lagi ..
first kena buka cermin kereta tersebut... baru dapat tanggalkan bumbung tersebut... kemudian kerja-kerja pasang kulit bumbung baru boleh dilakukan..Cermin hadapan dan belakang dikeluarkan bagi memudahkan kerja pemasangan dan memastikan pemasangan lebih sempurna.
Bumbung kereta yang lama dibuka dengan cara yang betul dan berhati-hati.Pastikan bahagian tulang (chasis) kereta tidak dipotong dalam kerja membaik-pulih bumbung.
Pemotongan tulang (chasis) kenderaan boleh menyebabkan kereta anda disita Jabatan Pengangkutan Jalanraya.Kerosakan yang terdapat di kerangka bumbung kereta perlu dibaik-pulih dahulu.
Kulit baru yang akan di tukarkan tersebut... Tulang bumbung juga jika berkarat akan ditukar sekali...
Bumbung yang baru dipasang dengan cermat dan disambungkan semula
pada sambungan asalnya.Pemasangan kulit baru perlulah dilakukan secara betul dan teliti.... Bahagian sambungan tersebut seperti dibawah... Sebarang kesilapan menyebabkan banyak masalah yang berbangkit kelak...
Bahagian luar bumbung dicatkan untuk menghilangkan atau menutup kesan-kesan Weld.Bahagian dalam bumbung juga dicatkan untuk menghilangkan atau menutup kesan-kesan Weld
Cermin depan dan belakang kereta dipasangkan kembali dengan sempurna.Pastikan tiada kebocoran pada gam cermin. Gunakan Gam (sealant) yang berkualiti tinggi..Selepas itu baru lah kerja-kerja mengecat semula bumbung tersebut dilakukan...
_______________________________
2) Simen Balik tempat lubang...
Kalau lubang pada bumbung tak terlalu kritikal.. boleh lah simen ajer menutup permukaan berlubang tersebut..Mula mula gosok bumbung kereta tersebut sampai tanggal catnya untuk buang karat dan tengok kat mana tempat berlubang kat atas bumbung tersebut... Pastu korang bolehlah simen tutup lubang lubangbumbung tersebut.. Gunakan Simen poly putty, iaitu simen yang biasa orang tampal kat body keta tu. ada dua jenis, kaler merah, dan kaler kelabu. simen ni kena campur ngan hardener/catalyst (kaler kuning). kalau simen ni je tanpa hardener, takkan keras. yang kaler merah lagi keras dari kaler kelabu.
Campur Hard putty dengan hardener sehingga putty tu yang asalnya berwarna kelabu akan bertukar warna menjadi krim kuning. Caranya campurkan hardener macam letak umat gigi dekat berus gigi banyaknya pada hard putty yang diletakkan dalam penutup hard putty tu. Gaulkan sampai warna bertukar. Hardener berfungsi mengeraskan hard putty lebih cepat. Jadi, cepat-cepat, Sapukan hard putty atau simen filler pada ruang-ruang yang terbuka atau celah-celah lubang menggunakan scrapper plastik atau besi.. Ratakan dan biarkan kering di bawah matahari selama 2 jam.
Selepas kering, gunakan kertas pasir grade 600 untuk melicinkan permukaan kasar pada lapisan hardputty dulu. Gosok pakai air supaya terus dapat buang habuk dan tidak bersepah-sepah.
Kemudian gunakan kertas pasir grade 1000 untuk keseluruhan bumbung tersebut. Akhir sekali gunakan kertas pasir grade 1200 untuk menghasilkan permukaan yang betul2 licin dan sesuai. Permukaan yang paling rata dan licin adalah yang terbaik dan hasilnya amat dipengaruhi oleh faktor ini.
Dah siap gosok licin, barulah anda spray lapisan pertama primer atau undercoat. Tapi ingat! Anda perlu gunakan surat khabar untuk melindungi bahagian yang x perlu di cat . Gunakan masking tape untuk melekatkan surat khabar. pastu baru lah boleh spray cat yang dikehendaki kemudian dah siap baru spray clear plak...
_______________________________
3) Tampalan Fiberglass
Jika bocor bumbung tidak terlalu kritikal jalan yang lebih mudah dan safe kos adalah dengan cara tampal fiber glass ... ianya lebih baik dari kita potong dan tampal plate kemudian welding bagi menutup kebocoran tersebut... cara ini juga masih boleh memanjangkan usia bumbung anda...
Bahan bahan pembuatan fiberglass seperti Katalis (MEKP Liquid Catalyst), Wax ( mold Release) dan Resin boleh menghalang resapan air pada permukaan bumbung tersebut...
Penggunaan Fiber glass untuk menutup kebocoran bagi menghalang air terus meresap .. Teknik ini sama seperti menutup kebocoran pada sampan, bot dan sebagainya...Caranya adalah seperti di bawah ini...
Tampalan gunakan serabut-serabut benang fiber glass... kemudian susun atas lubang pastu sapu campuran resin kat atas fiber glass tu... biar kering dan ianya akan mengeras .. kalau boleh buat lapisan demi lapisan... kalau lubang tersebut amat teruk...._______________________________
Fikir-fikirkan lah..ye..
Apapun jangan ambil mudah tentang bumbung kereta yang karat berlubang ...bila hujan air masuk dalam kereta... takut akan lebih melarat teruk lagi karang.... Kang banyak lagi duit modal nak kluar repair balik kereta tu....
Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
26 comments:
huhuh..penah jadi kt kete kakak aku..seat basah aku igt ade baby yg kencing..tp xkn ari2 kencing kat tempat yg sama..rupe2nya bumbung kete yg bocor..huhu
alamak. sampai macam tu sekali. hehehehehe... boleh pulak letak payung!
mcm2 cara yang ada utk tukar bumbung.xnak la sampai kena pakai payng. huu
keta akupun sepatutnya kena tukar kulit sebelum cat hari tu..tapi kos banyak sangat.
kalau ikut cakap tokey kedai, pintu, bonet depan dengan bumbung kena tukar kulit..
perghh kos semua campur cat dah boleh beli sebijik keta iswara second hand lagi satu.
so aku suruh dia cat jelah..kalau ada kesan mengelembung nak pecah tu suruh dia tampal simen je.
dan sekarang kesan mengelembung dah timbul balik kat tempat lain..perghh tension..
lecehnya kalau atap bocor. tak senang duduk.
Terbaik bro...mmg complete cara repair yg ko bagi...cuma ko x bg harga je..hehehe
Btw, kalau tuka bumbung mmg mahal sikit...paling murah yg boleh jimat guna fiber/putty fiber yg ko tulih tu..
Gambar keta guna payung tu mmg betoi ke bro? hehehe...lawak la plak...
adeh...
klakar la pic last tu...^^
bungkus dalam rumah le jawabnya.. kompom selamat dari habuk dan karat.. hahaaha
very nice info..pic last tak blh bla..hahah
tips yng berguna la.
uhhuuhhu
salam sahabat
menarik ni, jarang2 tgk bumbung berkarat...macam mana ya nak jaga bumbung supaya tahan lama?
huhu ada pasang payung rupa gitu.basah gak teman rasa.eh..teman tengok nak wat benda ni kene alat jugak.kalo wat sendiri entah ape jadi.
Aik...mana pegi komen yg bebanyak nih?? Sumer hilang gara2 blogspot yg bermasaalah...
Ape pun thanks bro..
aku dah agak semua komen akan hilang punya lepas tragedi 13 mei semalam hehehehe.
setakat ni bumbung keta kami ok lagi,tapi risau juga lama2 nanti..
mmg payah klu nak buat sendiri ,hantar kedai mesti kena cas mahal..
kena selalu jaga kereta jgn bagi terkopek bila da start tekopek mula la nak berkarat byk..
hmmm..apa pon kene pergi tukar gak bumbung klu nak tahan 10 tahun..yela kereta kesayangan kene tukar betul3..ssh nak tampal
kenapa kadang kadang cat tu macam mengelembung je?
keta aku elisya tu dah start kuar balik benda ni.
salam ke sini pula sambil tengok2 tips2 kereta..walaupun xda kereta..hehe..owh..nak bagitau jawaban kepada soalan yg encik aju kan pada sy sudah terjawab sila cek out di sini cara berpindah dari yahoo email ke gmail email utk login ke blogger
Susah la kalau bumbung dah bocor. Tapi camne boleh jadi karat ya. Adakah sudah terlalu lama catnya. Hmm..
saye ade tanye aritu. kat boot kete saye ade cat gelembung sket. besar die lebih kurang setitik air. nak kene cat balik 1 boot kete ke?
Thanks broo...
Info berguna ni....
Saya baru planing nk tukar kulit bumbung, harga siap RM900
Bos.. Buat cara nk custom tempat meter motor... Sbb bentuk meter lain... Bentuk inner motor tuh lain.. So ade lobang" kt situ... Nk isi tempat yg lobang tuh guna ape eh??
Assalam bro,nk tnya skit apa nma brang yg nk kena bli untuk tmpal bumbung berlubang ya?
I na tukar bumbung kereta iswara...harga dia brp...tukar bumbung je...cat x mau...
Nice information please share more of this type of information...
Thermo Acoustic Liners
Post a Comment