Thursday, May 26, 2011

Jenis-jenis kereta MPV



Pertanyaan Yang diajukan...
Woofer Storm said...
*nak tanya pasal kereta pulak, antara kereta mpv yang murah,yang manakah satu menjadi pilihan bro?tak kiralah brand apa,janji harga standrd la.heheee dan mengapa?

Jawapan kami
Maaf agak lambat jawab pertanyaan ni.. Kami tak ada pengalaman menggunakan kereta jenis MPV ni... but cuma nak kongsi sedikit infor ajer..

Kereta MPV = multi propose vehical/kenderaan pelbagai guna.., juga dikenali sebagai minivan. Inilah kereta idaman lelaki berkeluarga. Trend semasa menunjukkan keluarga sederhana besar dengan tiga atau empat anak juga sudah mula memikirkan MPV manakah yang sesuai dengan cita rasa peribadi, kemampuan kewangan, pakej promosi dan tinjauan pendapat umum mengenai model MPV itu. Dalam konsep nie, biasanya ia terarah kepada kereta MPV. Fungsi MPV nie biasanya adalah untuk membawa individu yg ramai

Bagi lelaki yang memiliki anak ramai, kenderaan MPV atau van mungkin paling sesuai dan praktikal. Ini tentunya memudahkan seisi keluarga setiap kali pulang ke kampung atau mengembara jauh beramai-ramai. Selain lebih selamat, hubungan sekeluarga juga bertambah erat. Tanyalah mana-mana lelaki bergelar bapa, MPV pasti menjadi idaman mereka! kereta tambah besar, ahli keluarga kene tambah lagi la.. Opssss.... he he he he. Biasanya, keluarga yang sudah besar memerlukan MPV ..Pasaran MPV mampu-milik kini makin meriah.....

Apa agaknya pilihan anda?

"Pada pendapat saya, semua pengeluar kerata telah
berusaha membuat yang terbaik dan yang penting telah
memenuhi standart yang di tetapkan, jadi soal yang
mana lebih baik bergantung kepada penguna yang menilainya."

Contoh kereta jenis MPV:-


1. Toyota Estima –
Harga baru anggaran RM325k. Kapasiti enjin 2.4 . ( rasanya kut tak pasti lah, main agak-agak ajer ni) kalu nak pikir jangka masa panjang baik amik toyota estima..8 seaters ada..7 seaters pon ada...boleh bawak keluarga...moon roof ada..sun roof pon ada..

2. Honda Odyssey –
Harga baru anggaran RM236k. Kapasiti enjin 3.5 L( rasanya kut tak pasti lah ) Honda Odyssey pula dikategorikan sebagai MPV besar kerana berasaskan model Honda Accord. Honda Odyssey terbaik dari segi perfomance. Memang laju. Saya pun minat sangat-sangat tapi tak mampu nak beli.kesemua ada 8 passenger seater.. Interior kalau tengok yang baru memang betul-betul lawa siap kerusi Honda tu boleh bawak keluar dari kereta.Tapi paham-paham sajelah kalo honda nyer sparepart tentu ler mahal.

3. Toyota Alphard-
harga dalam RM150K. Alphard ada yang 2.4 dan 3.0 .Alphard memang mewah gila, Alphard dalam sangat la besar,ada 8 seater penumpang kesemuanya. yang tak best duduk depan macam bawak lori, kena panjat naik kerusi driver.

4. Naza Ria –
Harga baru anggaran RM99k.spare part/service mahal.enjin komplex V6, harga 2ndhand rendah.Naza Ria body berat, hampir semua MPV Korea berat,tapi stabil, kalau atau highway, kalau ditiup angin lintang, kurang nak bergoyang, atau bila berselisih dengan bas atau lori besar.Cuma minyak parah la. Dan maintenance tinggi. naza, kalau ikut carnival nyerr spek, ada 7 seaters peumpang , kerusi belakang leh pusing mengahadap satu sama lain. dah tu, ada ruang utk jalan di tgh tgh ..cam bas mini..pastu kat bumbung dia boleh buka & tutup kalau nak keluarkan kepala pun bule tapi kat bhgn depan je la

5.Toyota Vellfire -
Harganya dalam anggaran RM 265k.kereta orang kaya ..tiada perbezaan ketara antara keduanya cuma bila tengok luaran,Grill, lampu depan da belakang tu ajer yang beza. nampak lagi cantik ajer. Beza dari segi pattern dan design.. lagi satu kapasiti tempat duduk sesuai cuma 7 dewasa penumpang (termasuk pemandu) ajer

6.Mitsubishi Grandis
Harga anggaran RM165k.Enjin berkapasiti 2.4 liter Enjin MIVEC Ia dipadankan dengan sistem INVECS-II. Rasanya 7 orang penumpang boleh masuk dalam satu-satu masa.Penumpang di barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh duduk dengan selesa berikutan ruang kaki yang luas. Mereka juga tidak akan kepanasan kerana corong pendingin hawa boleh didapati di bahagian sisi kepala. Grandis turut dilengkapi dengan unit paparan LCD yang tersimpan kemas di bahagian bumbungnya

7. Honda Stream –
Harga baru anggaran RM150k. Honda Stream ada 1.6, 1.8 and 2.0 VVTI timing chain. Honda Stream dikategorikan sebagai MPV padat kerana berasaskan model Honda Civic. Kereta yg di luar nampak sporty.. Ruang dalam yang luas walaupon mempunyai badan yang nampak kecil dari luar. boleh Bawak 7 orang penumpang dalam satu masa..Honda Stream lebih kepada handling, rupa lawa, minyak jimat.Packaging, space utilisation antara paling bagus dalam kategori MPV.lagi satu tertarik dengan dashboard dan segala control panel tu nampak jauh lagi moden

8. Toyota Wish –
Harga baru anggaran RM157k .Wish ada 1.8 import dan 2.0 pasaran Malaysia dan enjin pun ada 2 jenis bagi wish ni...vvti dan d4 vvti timing chain..Wish = 5+2 seater kira 7 orang lah penumpang boleh naik..

Cuma lebih tertarik pada bentuk lebih aero sport dimana ia seakan gabungan SUV, MPV dan kereta sedan bagi mendapatkan ruang seperti sebuah MPV, pemanduan dan keselesaan seperti sedan dan kedudukan poster pemandu seperti di dalam sebuah SUV.

9. Hyundai Starex -
Harga anggaran RM150k. Hyundai Starex didatangkan dengan enjin 2.5 liter diesel bercas turbo.Hyundai Starex ..memang besar bagak ..boleh pangil mini bas dah..MPV Hyundai Starex yang boleh memuatkan 11 penumpang.. boleh lawan Alphard...ruang dalam dia memang mewah.. ..seat paling belakang boleh adjust kedepan dan kebelakang - ini amat menolong kalau kita ade laguage yang agak banyak...

10. Toyota Innova –
Harga baru anggaran RM102k kapasiti enjin 2.0.timing chain.Pickup mpv ni ok la. Ruang pun luas. Innova -boleh duduk kat dalam 8 penumpang..Tapi minyak la yang tak tahan tu, kuat sikit la berbanding dengan mpv yang lain. MPV ni memang laju tapi kurang stabil bila amik korner. Lagipun mpv ni guna suspension belakang jenis blade. Jadi berbuai-buai la bila korner. Enjin memang tip top. Tapi bentuknya lebih kepada oldies sikit lagi satu tak nak pening kepala maintenance murah banding brand lain, second hand value boleh tahan masih tinggi.

11. Proton Exora –
Harga anggaran RM70K Ruang dalaman untuk 7 penumpang yg amat selesa memang agak luas cuma 1.6 timing belt ..tidak sesuai jika dibandingkan dengan saiz Proton Exora itu sendiri beban body yang beratnya lebih kurang 1.2tan. tapi still masih boleh bawa. Setakat naik bukit takdehal lah..Kalau ambik yang H-line.. Ada LCD, DVD player, built in hands-free, 2nd and 3rd row a/c blower, leather seat, GPS dll..

12. Toyota Unser –
Harga baru anggaran RM93k..kapasiti enjin 1.8. keluasan agak besar (kalu anak ramai..memang cantekk) spare part banyak, banyak boleh upgrade..unser, cam biasalah, orang belakang nak turun, kena lipatkan kerusi depan.

13. Nissan Grand Livina –
Harga baru anggaran RM97k.Enjin berkapasiti dari1.5, 1.6 Liter sehingga 1.8 Liter sound proof bahagian dalaman memang fantastik! senyap. tapi bumbung rendah lagi sbb GL ni just like a grown-up 7 seater wagon..kira 7 orang boleh naik lah..ride comfort bagus, fuel consumption pun ok.Seat belakang sekali kecik tapi seat tengah boleh slide, jadi boleh edjust. tempat duduk belakang sempit macam alza sesuai untuk bebudak kecik.Kerusi barisan kedua boleh digerakkan ke depan dan belakang selain boleh dibaringkan bagi memperoleh ruang bagasi lebih luas. Kerusi bahagian kedua yang senang digerakkan membolehkan penumpang barisan ketiga keluar masuk dengan mudah.

14. Naza Citra –
Harga baru anggaran RM84k Enjin 2.0 dan CVVT..Naza Citra ada 7 seater...Seperti diperkata orang Citra terkenal dengan kuat makan minyak terutama jalan bandar tapi kalau kat highway fuel comsumption agak reasonable. kelemahan takde air-cond belakang tapi ada sunroof so kalau panas, buka saja bumbung tu Lagi satu masalah korean car ialah second hand value. tapi sekarang rasa diganti oleh Rondo

15. Toyota Avanza –
Harga anggaran RM 77k.. Avanza 1.5 dari 1.3 adalah power. Avanza guna DOHC VVT-i.. .dari segi minyak masih ekonomikal .Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak tapi Kalau compare ngan boot tak ada tempat nak isi barang kecik sangat tak leh nak shopping lebih.second hand value boleh tahan tinggi.

16. Produa Alza –
Harga anggaran RM60k..Kapasiti enjin1.5..Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak tempat duduk blakang sempit sangat . Alza Walaupun enjinnya kecil, memang sesuai untuk ulang-alik pergi kerja. Yang pastinya first impression saya memang mengujakan.

Pesanan Kami untuk pengguna MPV
Apapun pilihan peminat MPV, dalam keghairahan untuk membawa keluarga berjalan dalam keadaan penuh selesa , jangan lupa untuk mengutamakan keselamatan sebagai keutamaan nombor satu memandangkan banyak kes kemalangan semasa turut melibatkan MPV pelbagai jenama.

Yang lebih menyedihkan ialah ekoran kemampuan untuk memuatkan jumlah penumpang yang besar berbanding kereta penumpang, maka bilangan ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai yang berhadapan risiko kecederaan ringan atau parah mahupun kematian akibat kemalangan juga adalah lebih besar.

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

31 comments:

Yastro said...

Pilihlah kenderaan yg menepati citarasa,ekonomik dan kemampuan sendiri..itu yg terbaik....

ayunda maajis said...

besor sgt..tak padan ngn tuan..haiih..

SHaRKFiQ SSM said...

THANKS 4 DA INFO..
dh kawen anti br beli yg ni,,heheh~

Mohd Ridhuan said...

anak ramai boleh la pkai mpv...
pkai yang paling murah...
alza...
hehehee

ayisy said...

Assalamualaikum...

Pengalaman aku naik Avanza member, dengan 6 orang penumpang dewasa, lalu jalan offroad, jalan kampung yg rosak teruk, jalan belum tar, bukit-bukit...memang boleh tahan lasak Avanza ni. Enjin boleh tahan kuat walaupun cuma 1.5

Apapun, aku minat dgn Honda Freed. Walaupun cuma mini MPV, bentuk moden dia yg aku minat. Huhu...

nabilah_2908 said...

oh..sngt teruja dgn info MPV ni..

sbb ayah sy mmg ada ura2 nak beli MPV...boleh bagi dia baca ni..thnks...!! :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
JUARA MENTOR 5

Edy Zaidi said...

kalau bujang pakai MPV mmg xsesuai langsung...

ABU said...

fmly type..blh la..
tp mhal siket..anak ramai sesuai pakai..:D

Shamsuddin Amin said...

tringin nak alphard hehe
luas n best...^^

NOOR FATIN said...

besarnyaaaaaaaaaaa. hehe kalau ada anak ramai, boleh la pakai :)

cucu umie said...

bagi ayie..ayie lebih selesa untuk menggunakan hoda stream wlopon blom berkahwin sebb design dia akak smart dan sesuai untuk lelaki

Faaein Talip Roy said...

kereta yang sememangnya mesra alam dengan keluarga2 besar.. hehehe.. =]

Alan said...

penah bawak innova masa kat langkawi dulu..syok woo..tapi memang rasa cam nak terbalik lah sikit kalau driff tang korner tu..standartlah mpv kan..bukannya kereta sukan.

aziekz said...

fuh...x mmpu dgn kete2 tersebut...ckup la ...kereta yang mmpu bwa g kje...jln2...itu sudah cukup...

Kakzakie said...

Kakak guna unser walau anak cuma tiga. Selalu seat belakang akan ada tilam memenuhi ruang buat mereka landing sambil baca buku.

Kakak tak suka bawa MPV kalau pergi kerja atau tempat dekat. Leceh ruang parking.

nas said...

salam lambat singgah sini
aku fikir akan beli kereta jenis ni (MPV) sbb sesuai untuk anak ramai..
hehehhee..future

kayrul-shah said...

mahalnya kereta MPV nie..paling murah pun alza..kalau ikut budget, rasanya mampu beli alza jer kot

ayie said...

besar sgt mpv.. mahal lak tu..huhu..xmampu

lalink7 said...

woww..mnarik sangat niee..heheheh..

berpinau lak mata nak pilihh..
banyak btol kete orang kaya ek mpv niee..heheheh =p

s h e e said...

kalau family besar lebih jimat pakai mpv...mase kt langkawi naik innova jatuh cinta plak ngan kete tu... ;)

MIZLAN DARKARTCASTER said...

tahniah bro...artikel yang best!...mpv ni memang seronok pakai ...superbbbbbb!!!

Mr Saga BLM said...

salam saudara pengarang, ada sedikit teguran, saya dapati ada beberapa maklumat yg di tulis di artikel ini tidak tepat/betul.tq

Woofer Storm said...

thank bro,tapi tak mampu nak beli pun ni.hehee cuma mampu berangan je la..hahaaa

aneetta said...

terima kasih ...seronok sangat baca artikel awak ni...membuka ruang untuk sy memilih dan berfikir...

mmg sy suka mpv...tp pokek kita nipis kena la cari 2ndhand...

apa2 pun awak byk berjasa ngan artikel tu...

haji sani said...

salam all...kawan nk tnya
hi,saya nk minta buah fikiran kwan2 yg menggunakan kereta mpv ni.
cth grandis,odc,estima,dll

model ape yg ok?
nk tnye pasal spaire part?
ok k xgrandis ni ngan kereta lain?
harap kawan2 dpat bg jawapan?
klu bleh nk pkai lame...
tq ni...

2kang said...

saya pakai minivan nissan serena C23..bagi budget ciput C23 terbaik. harga sekitar 14k-25k aje...memang power dgn enjin SR20DE. 16v twin cam...cuma tang minyak ler boleh tahan jgk..klu nk compare dgn exora 1.6 mmg serena c23 kala tang minyak..tang top speed..huhuuuu..wira 1.5se pun makan asap

gallmasrizan Gall said...

Vellfire guna ape, timing chain ke belt?

RosyFitrah said...

Ulasan kompilasi MPV yang menarik dan agak menyeluruh. Saya dalam proses mencari MPV. 1)Senaraikan dulu matlamat keperluan membeli MPV tersebut. 2)Spesifikasi yang mandatori sebagai keutamaan. 3)Sediakan bajet tahunan. 4)Sekarang nak pergi show room untuk test drive dulu.

darwisyah damia said...

hjg thn ni baru rsa nak ambk alphard....tp bila dah bca semua diatas....emmm dah tak tau nak bli yg mna...sbb anggaran bajet dlm 150k je...

Noru Azlina Nasir said...
This comment has been removed by the author.
Noru Azlina Nasir said...

semoga noru sekeluarga memiliki starex royal pada april 2015.. aminn
http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/