Wednesday, April 27, 2011

Curi side mirror motor, Tayar pancit & savvy

Memandangkan pertanyaan semakin hari-semakin banyak..Hari ni ada kesempatan sikit nak jawab 3 pertanyaan dari pembaca blog.. Maaf agak lambat nak jawab..
_______________________________
1) Pertanyaan Yang diajukan..
abu :nak tanya kenapa cermin sebelh kiri motor bnyk yng hilang...ada geng curi cermin motor ke?
_______________________________
Jawapan kami..
Curi Side Mirror Motorsikal...
Pencuri, pencuri… kenapalah kau menyusahkan orang? Kenapa tak berusaha untuk mendapatkan barang yang ingin di miliki dengan ‘mengambil’ barang orang sewenang-wenangnya? Curi side mirror pun ada! Nak buat laporan polis pun fikir masak-masak, kes kecil ini sudah tentu tidak akan mendapat perhatian polis..
_______________________________
Sila perhatikan gambar dan video ni..
Selamber ajer curi side mirror motor kat sebelah dia tu...
kejadian tersebut dilakukan di parking lot shoping complex.. Mungkin geng-geng curi side mirror ni tak perasan video dia dirakam..

Zaman sekarang ni semua nak kira mudah je...main kebas-kebas hak orang...

Mungkin kalau nak elakkan side mirror motorsikal dicuri ni, kena welding sket kat nut Side mirror tu.... biar dia susah nak bukak nut tu... Tak pun, ketatkan betul-betul nut tu...biar sampai loose pun tak pe...

_______________________________

Tips macam mana nak jaga motor daripada dicuri

  • Pasang kunci kedua, ketiga, keempat dan banyak – banyak kunci.
  • Letakkan motor anda dikawasan yang ramai orang dan mudah dilihat.
  • Pastikan kunci motor anda berada disisi anda. Jangan pula tinggal dimotor.
  • Kalau mampu, pasang sistem penggera seperti kereta tu.
_______________________________

Kalau tips tersebut tidak menjadi, gunakan tips ini

  • Gunakan motor biasa – biasa sahaja.Biar motorsikal korang nampak macam motor apek pakai pergi ke kebun, motor pakcik pegi menoreh dan lain-lain. Kalau naik LC ke, Nouvo ke, dan model – model lain, mesti orang yang tak mampu akan cemburu akan anda.
  • Kalau naik EX5 (motor biasa) pastikan motor anda tidak cantik dan tak menarik perhatian pencuri. Jangan basuh, biar nampak buruk.
  • Jangan pasang sebarang aksesori yang menarik perhatian. Pakai je biasa motor tu, biar nampak standart. Tak payah la sport rem yang lawa – lawa.
  • Sebelum tinggal motor (parking) tu, tanggal siap – siap komponen yang penting. Macam buang karburator ke, buang tayar ke baru la motor takkan hilang. Hahah.
  • Tambat motor anda di tiang yang besar. Ikat pakai rantai feri, kompom tak hilang.

Tetapi sebagai langkah pasrah boleh le letak sticker kat motor tuh, tak pon notis atas motorsikal tu, sapa curi kubur berasap, tak pon aku tuntut kat akhirat, hidup tak senang makan duit haram, lepas ni kena gelek lori najis....

_______________________________

2) Pertanyaan yang diajukan...
oren saya nak tanya encik, saya baru pakai proton savvy tapi tak jumpa kat mana tangki airnya..boleh tolong saya?

_______________________________

Jawapan kami...

Tangki Air Savvy...

Kepada oren saya juga tak pasti tangki air yang apa yang di maksudkan kat kereta savvy ni ada 2 tempat nak masukkan air
1) Coolant reservoir Tank- Untuk masukkan cecair coolant + air kat dalam ni
2) Wiper Washer Fluid Tank- Kat sini tempat air + sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid

_______________________________

3) Pertanyaan yang diajukan...
zezolla waa..!!tayar moto saya pancit..ta twu nak watpe..=( _______________________________
Jawapan kami..
D.I.Y Tayar Motorsikal Pancit...
A) Kalau Tayar Guna Tube Getah
kamu pakai tayar bertiub ( bukan tayar tubeless) agak payah sikit kerjanya..First periksa tayar kalau ada paku cabut dulu paku tersebut. Pastu bukak tayar keluarkan tiub tersebut menggunakan tool pembukak tayar.. kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut. Benda ni senang ajer tampal rubber patch dengan gam yang di sediakan kemudian urut-urut sikit kasi gam rata dah ok balik.

Pastu masukkan balik tiub tersebut kedalam tayar.. pastu pump angin tayar secukup rasa.. pasang balik tayar kat motorsikal..
_______________________________
B) Kalau menggunakan tiubless
kepada sesiapa yang berhajat nak tukar tayar tu .. tukar lah kepada tayar tubeless kalau pancit pun senang jee.. just pakai tayar tiubless agak senang sikit kerjanya..Kalau tayar pancit tahap flat maximum, tapi boleh redah jugak bawak motor slow-slow ke kedai tayar berdekatan untuk tukar
Tapi boleh jugak kalau nak baiki tempat bocor tersebut.. first periksa tayar kalau ada paku..tarik kuar dulu paku dari tempat yang bocor tu..tarik guna playar kalo susah guna tangan.. masukkan cacing pada alat skru tu, pastu cucuk ke dalam tayar pada tempat yang ada lubang tadi..pastu tarik semula cacing tu keau sikit, bagi die terkeluar pada permukaan tayar..
Sesetengah kedai/kit tayar pancit ader sediakan sekali gas canister ni .. cucuk je kat tayar dan pam angin guna gas termampat dalam tong gas canister.. kalau tak ada gunakan pump angin.. sehinggalah agak agak keras... Pastu dah leh guna tayar kembali pada keadaan asal..Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

27 comments:

Ibnushukran said...

tahun ni pun sy ada kene kebas side mirror 125 yg sy psng kt LC.. pastu pkai blik y stndard, xhilang plak.. dorang ni mmgn pntang nmpak barng cantik skit,curi.. isshh.. xde perasaan ke.. huhu

Mohamadazhan.com said...

pakai motor mahal pun susah sekarang.hehe

ParkAir said...

Kalu pakai motor buruk awek x pandang ler pulak heheh.. tapi cadangan pasang stiker ayat pedih tu menarik jugak..

Anonymous said...

wah, baguss tip2 nih..memang susah, pencuri ader kat merate2 tempat.moto buruk pun ley ilang.

Nas said...

owhhhh
gitu
pasni nak welding la kat tempat side mirror tuh
baru xleh pusing nat dia
hehehhee
padan muke...
geram!!!
asyik hilang jerk part tu :(

Abu Bagi said...

wah bagus la blog ni..
soalan aku telah di jawab..thanks.

bukanya apa, dah dua kali dah cermin sisi aku di curi, skrng ni malas dah nak pasang, opis mate pun sama juga..balek2 hilang..tak nak dah pasang cis!!

ada lagi satu benda yg selalu hilang. matgard bawah plat nombr kat blkang..in msti budak yg suka wellli yg curi..

btw, thanks tips2 yg berguna kat atas..

Faisal Admar said...

bro, aku berminat dengan blog veterinari. dah tak update ke?

Mermaid Ungu said...

bro..ape yg diorng nk buat ngn side mirror tu...nk kasi gadai ker? laku eh?

Kira Kekuri said...

aku x sangka ada jugak yg kebas mirror ni.kalao org kebas keta dorg kebas keta trus.aahha
dorg xda cermin kot dekat bilik 2 la pasal curik sidemirroer org lain.

Alan said...

pakai tiubles lagilah senang..kalau xnak side mirror kena curi, jangan pakai side mirror..gerenti tak payah risau hehehe

LiFe KaMi said...

soalan satu tu kami rasa fokus pada cermin belah kiri je, kat kaw. umah flat org tua kami pn asik kena curi je,masalahnya moto2 kat situ just hilang side mirror belah kiri yg kanan ada je..pelik2..

Ayie said...

dulu aku ada satu set mirror.. lengkap kiri kanan.. baru beberapa hari usia moto aku, dah hilang sebelah..

aku rasa mereka ada masalah kepala yang memereng ke kiri gamaknya.. tu pasal dia gilakan side mirror kiri.. ^^

Anonymous said...

thanks bro !
oww..pasni nak tgk balik la tayar moto tuh..
thanks sgt !

Noor Fatin said...

yang bab weld tu mmg betol. bila kita weld sikit. side mirror akan jadi ketat dan pencuri mgkin amik masa yang lama nak cabut. hahaa

ayie said...

waa cam senang je nak tukar tiub motor tu..

Santan Berlada said...

btul2 kene curi ke...?
ingtkan dorg berfesyen je tu x letak blah kiri... haha

nabilah_2908 said...

jakunnya saya...baru tau..motor pun ada alarm systm mcm kete...huhuhu...

jom ke APA KATA HATI pulak ;
HOMEMADE PIZZA

MNFT said...

haha..samalah..side mirror kiri mtor aku hilang..

Unknown said...

Dulu2 aku jaga gak sidemirror moto tz aku tu, tkut hilang....skg ni guna yg murah,x penah lak kene rembat...hehehe

tehr said...

otak mereka ni berat sebelah kiri kot

ada kawan aku kata, kalau tak mahu bagi hilang
angkat simpan kat dalam bilik
nak ke mana2 jalan kaki atau naik bas
hehe

lalink7 said...

Pastikan kunci motor anda berada disisi anda. Jangan pula tinggal dimotor.<<--- ini yg husz slalu buat..hahahaha....siann betul nasib moto xkene curik =(

Woofer Storm said...

orang skg ni suka bnda free walaupun mmpu dpt yang berbayar..adehhhhh

zsidentity said...

Salam ziarah.. Salam Blogger...

teruskan berblogging:! :_)

Anonymous said...

wahh mmg menarik..
yg paling shokk ayat menikam kalbu..
btul biar bruk asalkn org x curi...

Unknown said...

Kalo dh weld kt nat tu bole ke bukak balik?

Unknown said...

bgus blog ni

Sound Deadening Store said...

This content is very well written and very instructive. I greatly value the information you provided. Too much, I liked this. I hope you enjoy hearing my praise. our sound deadening for cars