History Evolusi, Perlumbaan & Volkswagen...
Evolusi Pembuatan kereta
Acara lumba kereta Paris-Rouen anjuran akhbar Petit Journal pada 22 Julai 1894 itu umumnya dianggap sebagai kali pertama berlangsungnya sukan lumba kereta, Acara lumba kereta yang asalnya permainan golongan bangsawan yang bosan itu bertukar pula menjadi perlumbaan serius di kalangan pereka-cipta kereta seperti Carl Benz, Gottlieb Daimler, Wilhelm Maybach, Peugot, Panhard, Emile Levassor, Henry Royce (RR), Renault, Hotchkiss dan Mors. Kemudian muncul pula pereka-cipta seperti Ettore Bugatti, Francis dan Freeland Stanley (Stanley Steamers), Herbert Dawley, Dante Giacosa (Fiat), John Carden, Ferdinand Porsche (Mercedes & Porsche), Andre Citroen, Carl Breer (Chrysler), Walter Owen Bentley (Bentley) dan lain-lain.
 Kalau korang nak tau, semua jenis kenderaan berjentera yang dicipta orang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu, misalnya kenderaan berkuasa petrol, wap, pendulum, levers dan compressed air. peserta dikehendaki menuang petrol atau memasukan arang sendiri dalam boiler enjinnya.
Grand Prix Pertama 1906Pada tahun 1906, Perancis telah menganjurkan Grand Prix yang pertama di dunia berdekatan dengan
Le Mans. Acara Grand Prix ini telah menyaksikan 32 buah kereta lumba mengambil bahagian di laluan
sepanjang 64 batu. Lumba kereta 12 pusingan ini telah diadakan selama 2 hari. Pemenangnya ialah
seorang rakyat Hungary bernama Ferenc Szisz yang memandu kereta Renault 90 kuasa kuda.

 
Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.
Sejarah VW

 
Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob WerlinNamun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.
Yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W. Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetap ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas Kelihatan...
 
DAHULU kereta Volkswagen Beetle atau kereta kodok menjadi satu kelegaan masyarakat dunia yang mahukan kenderaan murah dan berkonsep rakyat.Terkenal dengan keunikan reka bentuknya yang memukau setiap mata memandang, Volkswagen mendapat perhatian masyarakat tempatan sehingga ada sanggup 'membelanya' walaupun menjangkau usia lebih setengah abad. Selain sistem penyejukan tidak dijana dengan bantuan air, enjin Volkswagen Beetle unik sehingga diberi jolokan kereta katak, kura-kura, kumbang atau Herbie. 
 





 Begitulah permulaan kereta yang kita lihat di jalan-jalan raya sekarang. Ia bermula sebagai inovasi mekanikal yang dianggap 'kejayaan manusia paling penting sejak selepas mereka menjinakkan kuda.' Sekarang ia tidak hanya menjadi kenderaan penting bagi manusia, tetapi juga sebagai simbol dan status kejayaan pemandunya



















